Thursday, July 4, 2019

Its Been Years...

Hello diaries.

Harini masih lagi pencemaran udara di Pasir Gudang, since a week masih ada lagi murid yang jatuh sakit, demam, muntah, pening, sesak nafas etc. Tapi, sesi persekolahan masih tetap berjalan seperti biasa. Gentle reminder; kalau dah rasa tak sihat dari rumah, tak perlu hadir. Keselamatan, kesihatan dan nyawa jauh lebih penting. Don't worry be happy. So today, keadaan nampak ok. mungkin sebab esok Jumaat maksudnya cuti hujung minggu. such a bless. seronoknya cuti (:


Well- harini rasa rajin nak update belog. entah kenapa, mungkin sebab tak busy sangat jadual harini. lagi pulak, aku dah pindah bilik guru lain, so rasa positif sangat aura bekerja ni. Kalau tak, memanjang nak jadi negatif sebab.. hm, panjang jugak kisahnya. so malas nak cerita. benda tak penting. actually, aku nak share pasal skincare routine aku, tapi inshaAllah nanti aku update. sebabnya, aku happy nak share dengan semua sebab skin aku nampak ada perubahan sangat-sangat. terasa cantik, confident level tu up another stages wei. haha. 

Sepanjang setahun tak update belog ni, macam-macam berlaku. tapi kesempatan nak update tu takde. harini  rasa nak jugak update sesuatu sebab dah bawa laptop, dah on hotspot, data 3GB nak kena habiskan sebelum jam tujuh petang. sayang kot data tak terhabis setiap hari. tak menyempat nak online. hihi. 


So- hello diary.. I missed you a lots!
teringin nak update header, tapi siyesly aku dah lupa cemana nak buat. lol. aku dah donlod photoscape, tapi bila belek-belek, tak tau nak mula ikut mana. nak tekan apa. eh, nak cemana ni. eh eh eh. macam-macam lah eh dia. Ya Allah, its been so longgggggggggggggg. apa dah jadi dengan aku ni? haha. macam noob gila rasanya. hm. yalah, mana tak nya. setakat skroll Instagram tengok barang online, bulihler. kikiki.


Kalau tak Instagram, tengok HERMO. tak pun SHOPEE. tak pun LAZADA. tak pun ZALORA. Allah. ada lagi ke yang layan blog blog ni? hihi. takpe lah, tak kisah pun kalau tak ada yang baca, ini untuk simpanan peribadi je. tak kesahlah. hihik. So today- anak aku masih lagi seorang. dah berusia 2 tahun setengah dah dia. kepohhhh sangat mulut dia sejak dah pandai cakap ni, dah wean off puten kuning dia sebab aku letak kopi. hehe. dah banyak sangat cakap, kalau tak cakap, dia bantai jerit sebelah telinga. dah banyak akal, dah berakal sangat dah. pandai usik orang walaupun masih lagi penakut orang. last night conversations dengan Naura:


Mommy: Adik, nanti atuk datang, atuk tidur mana?
Naura: Tunjuk tilam. sini. situ.
Mommy: Habis, mommy tidur mana?
Naura: tunjuk sebelah dia.
Mommy: Papa?
Naura: tunjuk tempat sama.
Mommy: Mana muat? ramainya nak tidur sini. tak muat.
Naura: Muaat mommy.
Mommy: Papa tak muat ni. Papa kena tidur mana?
Naura: Papa tidur dengan kucing.


Pecah gelak mak nak. 
aduhai anak bertuah. disuruhnya papa dia tidur dengan kucinggg. hahahaha.
Gasaklah sana, kucing pun kucinglah. 



shes really a big girl now, so lovely. I love you so much anak.
terima kasih Allah sebab kurniakan anak sebijak ini untuk kami.


okey- rasanya sampai sini dulu nak bebel. nanti aku share skincare routine aku okey. bye, kissed and hugs!

No comments: