Monday, April 9, 2018

Selamat Hari Lahir, Naura!

Assalamualaikum, selamat malam.
nampak sangat dah dekat setahun tak update apa-apa dekat blog ni sejak ada seorang anak. nak login tadi pun ambik masa lamaa, dekat 10 kali cuba password, tapi salah. haha. nasib baik cubaan yang terakhir tu betul. nasib baik. kalau tak, dah ingat nak delete aje blog ni. hihi. apa? delete blog? memang tak lah. salah satu kesayangan yang aku ada. yang menyaksikan zaman tak matang hingga ke zaman matang. semuanya ada kat sini, dekat 700+ blog posts!

sambil-sambil layan lagu Jar of Hearts ni, sambil menaip. tadi kemain lagi banyak idea nak taip apa, tapi bila dah duduk menghadap benda ni, terus lupa segala. dah teringat anak yang sedang tidur tu, tak sabarnya nak tidur peluk bushuk masyam sorang tuu. oh- okay, dah ingat!

SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA, NAURA AMEENA ILLOREA!

Walaupun lewat dan terlambat, tapi aku cuba juga nak abadikan di sini. Naura dilahirkan pada 13 Januari 2017, Jumaat, jam 1 petang, seberat 1.9 kilogram, vaccum. masa tu memang sepatutnya jadi yang terindah buat diri aku ni, tapi...... Tuhan lebih mengetahui segalanya. Naura dilahirkan cukup sifat, Alhamdulillah, walaupun kecil, tiga hari duduk dalam inkubator NICU, 7 hari di wad biasa dan pada hari ke-13 Naura dibenarkan pulang, yay! Tak ada masalah kuning. Alhamdulillah. Sepanjang hari itu, aku ulang alik ke hospital setiap hari sebab nak hantar bekalan susu, sambil melawat si kecik ni. tapi, setiap hari pun tak kuat. setiap hari pun menangis sebab tengok wayar berselirat sana sini, berjuang untuk hidup walaupun sesaat!

Naura lahir dua minggu awal daripada tarikh due, 24/01/17.

Seminggu sebelum Naura lahir, aku dapat berita mengejut, mak mertua dimasukkan ke hospital, kes kecemasan, kritikal. dekat pukul dua belas tengah malam, suami ambil aku dekat Ulu Tiram dari Bandar Penawar, terus gerak balik ke hospital Batu Pahat. sepanjang perjalanan kitorang senyap aje, doa-doa dalam hati, masing-masing ambil emergency leave, dan dalam perjalanan ayah mertua dah telefon... "Apa pun terjadi, redha.." Allah. "Doktor dah suruh anak-anak berkumpul..." masa ni aku tengah sarat, menunggu hari. dan masih lagi bekerja, masih gagah.

Tapi- Allah masih panjangkan umur mak mertua walaupun masih lagi dalam ICU- seminggu. sampailah hari Khamis, 12 Januari 2017, suami ambil aku kat Ulu Tiram dan terus gerak balik ke Batu Pahat. dalam kereta aku cakap sambil usap perut " Anak, kalau nak keluar, keluarlah masa ni.. Kita nak balik kampung ni, nak jumpa Atuk, nak jumpa Nenek.. " Lagi pun masa tu aku tengah confused, nak bersalin dekat mana, HSA ke, HSI ke, HKT ke, HSNI ke. adoi, tak habis fikir. sebelum tu sempat lagi mintak suami cookies subway. suami cakap "Esok aje, nak pergi hospital kita singgah Subway beli cookies," aku pun.." OK ". badan penat. layan je lah mana-mana yang ok. balik mengajar terus gerak balik Batu Pahat, 2 jam perjalanan. dengan saratnya. adoi.

Sampai Batu Pahat, kat rumah ayah mertua tengah buat yaasinan untuk mak yang sedang sakit. sampai aje, dengan badan letih terus ke dapur tolong-tolong apa yang patut. kemas-kemas itu ini selepas orang kampung balik, turn aku la pulak mengemas. sebab aku sampai lambat. Allahu, penat gila. dekat pukul 12 balik rumah mak aku pulak, sebab esok suami nak tidur hospital, jadi dia hantar aku balik rumah mak aku. malam tu aku tidur macam biasa, tapi...... lebih kurang jam empat pagi perut aku dah mula sakit kontraksi. agak kerap, selang 5 minit sekali! sakitnya menggigil-gigil aku tahan, huhu. aku terus masuk bilik mak aku, cakap aku sakit perut. bukan sakit perut nak buang air besar, tapi ni sakit lain... lebih kepada nak beranak! suami aku masih lagi relaks tidur. aku baring sebelah mak aku, sambil tengok jam. kontraksi aku selang berapa minit sekali.

Sesudah Subuh, lebih kurang jam 7 pagi aku terus ke hospital. check bukaan, masih lagi 1cm, tapi aku dah sakit sangat, siap cakap dalam hati kalau kena operate pun operate lah, aku tak kisah dah sebab aku saaaakkkiiitttt. haha. tunggu diorang check CTG jantung baby, dekat pukul 11 pagi, diorang suruh balik sebab masih 1cm kan. aku dah gerak pergi kereta, kejap lagi nurse telefon, suruh naik atas balik. sebab CTG baby dah tak cantik. dah tertelan air ketuban. Punyalah seksa aku berjalan dari dewan bersalin ke kereta, last-last diorang telefon suruh naik balik. dah lah berjalan kaki, tak de wheelchair ke apa. dengan menahan sakit lagi. Allah. tapi, aku macam biasa.. kuat.

Jadi kes jugak masa ni, check bukaan 1cm jam 730 pagi tapi aku sakit kontraksi macam nak gila. dekat pukul doblas baru nak check semula, dah 3cm. jadi kes sebab 1 cm aku dah sakit sangat, dan diorang dah nak tolak aku masuk OT untuk czer. sebelum tolak tu check lagi dah 3cm, terus aku dibawa masuk ke dewan bersalin. untuk bersalin normal. Naura lahir. vaccum sebab aku memang dah tak ada tenaga nak meneran. kau bayangkan, balik dari Ulu Tiram, aku terus mengemas rumah itu ini langsung tak ada rehat ke apa, makan pun tak lalu sebab badan penat. terus tidur. sarapan pun tak lalu, terus masuk dewan bersalin. tenaga memang OUTTTTTT. tapi, sebelum aku menyerah untuk di vaccum dan digunting, aku dah berusaha sehabis baik. meneran sehabis baik. suami tak ada di sisi. aku redha.

Sejam sebelum Naura lahir, mak mertua aku dijemput Illahi.
hospital yang sama, blok sebelah-sebelah saja.

Ya, hari Naura lahir, mak mertua aku meninggal dunia.
Kesian suami aku, ke sana sini nak uruskan dua hal penting dalam satu-satu masa. sampaikan terlupa masa untuk aku yang sakit bersalin. tak apa, aku faham. Allah lebih mengetahui, kitorang redha.




to be continued-

No comments: