Sunday, February 14, 2016

Realiti. who cares?

Semenjak berhadapan dengan realiti kehidupan ni, aku belajar banyak benda. aku dapat nampak banyak benda. ada yang manis. ada yang pahit. lagi-lagi bila kerja kau nak kena intertain orang dari pelbagai peringkat umur. kanak-kanak, sampailah ke tua.



apa yang dapat aku simpulkan dekat sini, aku lebih suka berhadapan dengan murid sekolah- kanak-kanak walau bagaimana sekali pun latar belakang mereka. entah- aku suka. daripada perlu melayan orang tua- dewasa yang entah apa-apa. maaf cakap. tapi, bila berhadapan dengan mereka yang sebegini, mereka lazimnya berlagak sombong tak bertempat. bajet bagus. aku tak cakap semua, sesetengahnya je lah. segelintir sahaja. kadang-kadang terus buat mood aku swing lalala. tahap kesabaran tu tak payah cakap, dah paling maksima dah. tapi, nobody cares. eh, who cares?



bila kita tak senyum dengan orang- cerita kita sibuk dijaja satu Facebook. siap mention mana- apa- siapa. eh, tapi kalau awak yang macam tu, tak apa. kan? kau tak tahu apa yang aku lalui seharian, lepastu kau senang-senang aje nak judge entah bukan-bukan. eh, come on. banyak lagi jenis manusia yang lebih teruk kau boleh judge, kot. well, ini bukan kisah aku. aku tolong jernihkan suasana saja masa tu. tapi memang itulah realiti hakikatnya. langsung tak berterima kasih, malah diburukkan-burukkan. berbaik sangka. kan senang? tak apa. nanti kau pergi minta maaf sendiri.


Realiti- mahasiswa hijau daun macam aku. selepas seronok disediakan segalanya selama belajar, hari ini kena berhadapan dengan realiti yang tak seindah mana. bersediakah? berbeza cukup berbeza mengikut suasana persekitaran. kalau mentaliti rapuh- tak kemanalah jawabnya.



pernah sekali- merasa susah. tapi, sebenarnya, ada lagi yang lebih susah daripada aku. duit gaji yang tak seberapa nak kena tanggung keluarga. bayar bil itu ini. hutang itu ini. belum cukup dua puluh empat jam dapat gaji, duit dah habis buat bayar komitmen. yang tinggal cumalah duit beberapa keping untuk dicukup-cukupkan hingga ke hujung bulan. Allah. yang ni cukup sedih bagi aku. terkadang, bila rasa diri ini susah, tak cukup serba serbi, ada lagi yang lebih susah daripada kita. bila kita rasa lebih sikit daripada orang, rasa bersyukur tu, Tuhan aje yang tahu... tak semua orang senang macam kita. tapi, cukup menyentuh hati aku bila aku demam, walaupun dia tak cukup duit untuk diri sendiri, dia tetap jugak belikan aku air 100plus. biar cepat sembuh katanya. see? walaupun susah, ada hati yang baik. semoga Tuhan murahkan lagi rezeki kamu semua.



Realiti- aku sebenarnya tak minat kerja berhadapan dengan pelanggan ni. sebab aku tahu, mesti ada banyak kerenahnya. dan aku bukanlah sejenis manusia yang  penyabarnya melangit. aku manusia biasa, sabarnya ada had. dan berhadapan dengan manusia yang suka across the border ni kadang-kadang buat aku hilang sabar. tak sanggup nak melayan kerenah 1001 manusia yang pelbagai. mana yang okey, okeylah. mana yang tak okey, memang aku dah pangkah siap-siap. terkadang ni, orang tak tunjuk melalui perbuatan, tapi melalui intonasi. nada suara. cukuplah- tahu.


entahlah. kalau aku nak cakap semua, memang tak terhabis. tapi aku diamkan aje. cakap dengan kawan-kawan sekerja. kira luahkan perasaan la tu. kalau nak dipendam-pendam, melarat jadinya. realiti ni jugak mengingatkan aku tentang jaga perasaan. orang lain takkan peduli pun perasaan kita. kalau nak marah, marah kat situ jugak. padahal benda boleh dibawa berbincang. kau patut tahu jaga air muka. patut tahu jaga ada dan susila. menjatuhkan air muka orang sebegitu, it wasn't good. poor you. kasihan. sangat kasihan...


tak apa. aku anggap ini satu cabaran berhadapan realiti. berhadapan wawasan 2020. orang semakin bijak pandai. tapi sayang.... mudah lupa. asal usul. sopan dan santun.






No comments: