Sunday, February 14, 2016

Don't judge A book By its Cover.

"Don't judge a book by its cover."
Tapi- sejauh mana kita mampu buat? rasanya macam dalam sehari tu mesti ada aje ter-judge orang lain samada tersengaja atau pun tak sengaja. ye dak?
hari ni aku ter-judge sorang manusia ni luar sedar. entah- salah aku. tapi, itulah. terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata...



perempuan ni sebenarnya sangat susah kita nak jangka hati, perasaan dan juga tindakan dia. terlalu kompleks. sukar. benda kecik je padahal pun tapi merengek-rengek macam bayi. sebab nakkan perhatian untuk sesuatu walaupun dah besar-besar panjang dah jadi mak orang. bini orang. tapi, itulah. dah memang Allah ciptakan perangainya sebegitu, kaum Adam harap mengerti dan banyakkan bersabarlah ye. barulah nampak macho. handsome. sado.



perempuan ni- kalau rapat sangat dengan kawan-kawan dia pun tak boleh jugak. nanti jadi gaduh. end up with tak bertegur sapa selama bertahun pun boleh tahan. ye dak? lepastu bila dah okey, terjumpa atau terserempak dekat mana-mana, keadaan mesti akan jadi awkward gila. nak tegur- segan. tak tegur dikatanya sombong, belagak, blah blah blah. ye dak? aku pun pernah melalui keadaan macamni. almost everyday. sorry, bukan sombong, but I don't know how to start the conversations with... what kind of phatic communion is suitable to be used. heh. end up, aku diam. dia jalan- aku jalan. begitulah rutin hariannya pun. entah, rasa macam kekok tak bertempat. mungkin sebab dah terlalu lama tak bercakap- jumpa- borak-borak in a table. aku ni pendiam orangnya kalau tak kenal rapat mana. tapi, kalau dah kenal, dah rapat, huh. Tuhan aje yang tahu camana kepohnya aku ini. terutamanya Wana, Ayu, Mok, Pohlyn, Ecah, Byla. haha. aku jumpa diorang ni sehari berjam-jam dekat tempat kerja. selalunya diorang akan tanya aku " kau umur berapa seh," sebab aku childish sangat. kahkah. lepastu ketawa macam orang tak betul.


itu masa bergelak sakan. masa serious, jadi serious. serasa macam dunia ni bunyi krik krik krik bila kitorang talk about world. talk about something serious. bercakap macam orang dewasa. haha. tapi lepastu sambung gelak-gelak macam orang tak betul. kadang-kadang pergi kerja tak rasa penat pun buat kerja. tapi penat ketawa. penat mental mencarut saja. kikiki. bersabarlah nak. hakak kerja dah tak lama. sila tahan kena carut. miahahaha.



kita takkan tahu perangai orang tu macamana pun sebenarnya selagi kita tak duduk semeja. minum hot chocolate. hot coffee. hot mocha. nahh. favourite drinks. sebab tu kadang kita suka judge people. sebab kita tak kenal dia camana. tapi, bila dah kenal... mesti keluar ayat, "aku ingat kau ni sombong, kerek. belagak. pandang orang macam nak cari gaduh aje." tapi, hakikatnya- semua orang pun tak macamtu. sebab itu out of her/his zone. tak biasa. manusia ni sama saja. adik aku yang tak ada perasaan tu pun, kalau jumpa kawan-kawan dia, mesti berubah punyalah. ketawa sampai nampak-nampak gusi senget. tapi kalau tak kenal, huh. kerek memanjang. ye dak?



tapi, masalahnya satu. nak tegur malu. nak mulakan cakap lagilah malu. phatic communion tiba-tiba hilang dari kepala. lagi-lagi kalau pernah berkawan rapat, lepastu ada salah faham masa zaman kecik-kecik zaman belum akil baligh zaman tak matang. huh. sampai bila-bila takkan bertegur punyalah. lain cerita kalau dekat Facebook atau Instagram atau Twitter. kahkah. sembang bukan main. bila jumpa berdepan- zzz. betul tak? aku agak semua orang pun macamni. tapi, lelaki simple. hidup diorang mudah. kenal tak kenal, tegur aje macam kenal atau buat-buat kenal padahal memang tak kenal atau salah orang. haha. itu biasanya tunang aku. "B macam kenallah dia ni," bila tegur- salah orang rupanya. itu biasa. 



nampak tak betapa kompleksnya perempuan ini berbanding lelaki. aku selalu terfikir-fikir. kadang sampai termenung panjang bila memikirkan, bagaimana cara nak menangani masalah ini. mungkin- kalau aku kaya sikit lagi- berharta- cantik sikit lagi- kerja bagus lagi- barulah senang nak bergaul dengan orang kot. kan? hahaha. tak apa. one fine day. inshaAllah.



konklusinya- manusia itu lahirnya memang pelbagai. memang suka menilai. nak pilih bakal suami pun kena pilih betul-betul, cari yang jenis bukan suka meninggikan suara, bukan jenis merokok, bukan jenis angkat kaki dan tangan bila bergaduh. apatah lagi benda-benda lain. tepuk dada tanya selera. don't judge a book by its cover- try me. let bygone be bygone. I'm no longer the old Lea. I am the newest version of human being. I  will love you more even though you love me a bit. kikiki.




No comments: