Thursday, February 18, 2016

the stories begin- merisik.

"get married with someone that you loved the most- is a gift. greatest gift that been given to you after you parents.."
True.
memang tidak dinafikan kalau semua orang pun nak merasa hidup berdua. melahirkan khalifah-khalifah Allah sebagai penyambung umat Islam. semua tu lumrah manusia biasa. atau bahasa kasarnya- dah gatal eh. haha. Alhamdullilah. semoga Tuhan berikan aku peluang untuk merasa semua itu. oh- bukan aku saja, harapnya- kita semua. inshaAllah.



the stories begin- merisik.
masa ni aku baru je balik dari Kedah Darul Aman selepas tamat tempoh Latihan Mengajar Universiti Sains Malaysia. aku pilih SMK Taman Jelutong. kiranya ni semester terakhir aku dekat USM lah, kena praktikal empat bulan. lepas je habis empat bulan tu, aku terus balik Johor selepas bercuti dekat Pulau Langkawi tiga hari dua malam. dan dua minggu selepas itu, aku dirisik.


masa ni muka masih lagi burn, sebab aktiviti bersukan masa dekat sekolah. memang tak bersedia apa pun. sebab tak ada pengalaman. tak ada kakak. tak ada abang. aku tak tahu apa nak buat. semuanya jadi panik because it is out of blue. masa mula-mula keluarga Fakha datang, aku sambut jugaklah bukakan pintu. bersalaman dengan ahli keluarga yang datang. tak ramai pun sebab ini cumalah merisik. fuh. lega sikit. sebelum tu, seharian masak-memasak dengan mak dekat dapur sebab nak hidangkan yang terbaik untuk tetamu merangkap bakal keluarga baru. inshaAllah. Fakha tak datang pun, cuma bagi directions aje. haha. Fakha mesej pun aku dah tak mampu nak balas dah. tangan ketaq.



lepas Isya', keluarga Fakha datang.. aku dah mula kelam kabut. panik. jantung macam dah berdenyut lain macam aje gayanya. menyampah tau bila ada darah gemuruh ni. buat apa semua tak kena. haih. mak dengan ayah mainkan peranan terbaiklah. thankyou. terima kasih sebab sambut dengan baik. terima dengan baik keluarga Fakha. bak kata adik aku. entah apalah agaknya perasaan mak dengan ayah bila anaknya dirisik orang. haha. eh.


merisik ni sekejap aje. banyak bercerita tentang keluarga masing-masing. latar belakang. senang cerita, proses berkenalan secara singkat sesama keluarga. tapi- mak aku ni. kalau dah cerita punya cerita, dia selalu lupa nak tanya nama. haha. konon macam dah lama kenal tapi dah lama tak jumpa. ha gituw. sekejap aje bincang-bincang, masa tu aku menyorok dekat ruang tamu lain, tengok tivi, sambil tu dah tak tahu nak buat apa sangat, melayan berdebarrr. aku pegi lipat kain baju dalam bakul. hahaha. nampak tak. jadi terrrajin pulak. tak lama kemudian mak panggil. nak sarung cincin. fuh. berdebar lagi......



aku pun keluar pergi ruang tamu utama. duduk sebelah mak Fakha. selepas tanya bisik-bisik dengan mak nak duduk belah mana. kahkah. Alhamdulillah. masa sarung cincin aku tahan macho sangat. tak menggigil pun. rileks rileks. take a very deeep breathhh. masa merisik ni lah akan ditetapkan jumlah hantaran. tarikh bertunang. tempoh bertunang berapa lama sebelum bernikah. dan sebagainya.. dan kebanyakannya, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk aku dengan Fakha berbincang sendiri tentang majlis bertunang dan jumlah hantaran sebelum akhirnya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. atau dengan lebih tepat, ayatnya berbunyi begini, "biar ajelah budak-budak ni yang bincang. kita setuju aje..." hahahaha.






aku pakai biasa-biasa aje. jubah labuh dengan tudung bunga-bunga sama warna. solek sikit-sikit. wangi-wangi sikit. tu je. Ayah tukang ambik gambar dan terus aje hantar kat whatsapp group family sebab adik aku tak balik pun. sebab next two weeks majlis bertunang so dia tak nak balik banyak-banyak kali. budak baik katanya tak skip kelas. gituw. Ayah memang pantas bab-bab ambik gambar dengan wassap-wassap ni. haha. mana taknya, handphone sampai dua.


simboliknya; keluarga Fakha datang merisik aku masa ulangtahun perkenalan kitorang yang keempat tahun (26 Mei 2015). ni Fakha yang request. permintaan dia, makanya aku ikut aje. memang tak ada hadiah mewah-mewah, makan kat restoran mahal-mahal. handbag berjenama edisi terhad semua tak ada. tapi, lebih istimewa daripada tu Fakha bagi aku. sebentuk cincin tanda "orang punya". dah booked. haha. sebenarnya bukan cincin aje. tapi penyatuan dua buah keluarga. dua buah hati. itu lebih bermakna, kan.


selesai je semua tu selepas keluarga Fakha dah balik, aku terus call dia. dari jauh aku boleh dengar- the sounds of happiness. the faces of love. happiness overload. dan hari-hari diteruskan lagi dengan perancangan untuk bertunang... dua minggu kemudiannya. Alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. as we planned. atas izin Allah. syukur. 



jantung berdenyut dengan lebih hebat kemudiannya.
things that I can't even describe.

[to be continued]









No comments: