Friday, February 12, 2016

life is short.

life. senang nak sebut. pejam-pejam mata pun boleh sebut. tak ada masalah. tapi, bab nak melalui life tu bukanlah sesenang kita sebut. life. see? aku sebut sambil menaip. sambil pejam mata. tak pandang skrin laptop pun. senang.


tapi.
lumrahnya hidup ini pahit manis dia kita seorang je yang rasa. Allah je yang tahu. kadang-kadang ada jugak terfikir- entah kenapalah takdir hidup aku begini. macamni. terasa susah. sukar. kadang-kadang tersalahkan takdir pun ada. itu pun bila dah rasa susah sangat. teramat susah. tapi- lama-kelamaan, rasa sedar diri. Allah takkan uji hamba-Nya melebihi kekuatan dan kemampuan yang ada. Allah bagi jalan. usahalah sendiri. Allah nak kita usaha, nak tengok macamana kita handle situasi yang kita rasa teramat susah tu. Alhamdulillah. hari ini Allah bagi rezeki yang sangat manis. kehidupan yang teramat manis dan selalu saja murah rezeki. itu semua atas rasa sabar, dan tawakal. kebergantungan kepada Allah yang satu. harini mampu senyum. syukur Tuhan atas segala nikmat ini.



Degree life. Alhamdullilah, selepas beberapa tahun yang sukar, Allah bagi rezeki lagi. selamat berijazah sama dengan orang lain. tepat pada masanya. tak pernah lewat walau satu semester ulangan. tak semua orang bertuah macam kita, dan tak bermaksud orang yang tak ada Ijazah ni, tak ada masa depan. tak. jangan salah sangka dengan maksud aku. pada aku, orang yang biasa-biasa dari segi akademik ni, mampu terbang setinggi langit melebihi orang yang ada Ijazah ni. its a fact. tak ada pun istilah orang yang ada Ijazah je mampu cari kerja bagus-bagus, gaji besar, boleh naik kereta Audi. harta berbilion. tak. kau tengok aku aje lah, dah konvo berapa lama. bayang kerja bagus-bagus, gaji besar, malah nak memandu pun takut- tak ada. masih lagi kerja biasa-biasa. mengharapkan gaji naik secebis cuma ditambah lagi dengan beban kerja yang makin menimbun. hari-hari aku merungut. tapi sabar saja. apa mampu buat?



Aku tahu akan ada je ramai yang cakap; alah, ada Ijazah pun kerja situ jugak. bukan aku tak tahu. mesti ada aje yang cakap.


Tapi- sebenarnya aku yang tak nak. aku selalu aje berazam untuk cari kerja baru. yang standard dengan kelulusan aku. 'dilahirkan' dari universiti terulung seantero dunia. Made in USM. pointer masuk ke USM saja haruslah 3.5 dan ke atas. gila kau, ingat senang? tapi kerja biasa-biasa? ohmai. dosakah? rezeki tu haramkah?



Begini- bagi kau biasa-biasa. tapi bagi aku, sangat luar biasa. sebab apa? sejak aku berusia enam belas tahun, aku dah duduk berjauhan dengan keluarga. sebulan sekali balik rumah jumpa mak ayah. duduk asrama. kalau aku tak balik, mak ayah yang akan datang- jenguk. lepas tu, habis je SPM, aku dapat panggilan pergi PLKN. tiga bulan merantau lagi. duduk berjauhan lagi. lepastu aku dah fikir masak-masak untuk sambung Tingkatan Enam. pernah sekali, ada kawan aku tanya aku, apa yang aku akan buat lepas habis SPM. sebab aku ambik Kejuruteraan Mekanikal. takkan nak masuk Tingkatan Enam pulak. haruslah ke Politeknik. kan? tapi, aku tetap pendirian. aku nak masuk Tingkatan Enam. tak kiraaaaaaaaaa.



dua tahun aku duduk rumah. habiskan Tingkatan Enam dengan pointer 3.8 (Alhamdullilah). tak sia-sia aku fikirkan yang terbaik untuk masa depan aku. lepastu aku apply UPU. USM tu pilihan kedua aku. yang pertama UKM kalau tak silap. sambung belajar kat USM empat tahun. jauh oiii. Penang ke Batu Pahat. dua belas jam perjalanan kalau naik bas. naik kapal terbang memang sekejap. tapi, aku malas nak naik bas dari Senai ke Batu Pahat macam sama saja jam perjalanan tu. tak suka buat kerja dua tiga kali ni.



Empat tahun duduk berjauhan dengan keluarga. luangkan masa bila balik cuti je. tu pun setiap enam bulan sekali, tak pun tiga bulan sekali. tiket balik saja dah berapa. baik aku buat perabis makan sedap-sedap dekat Seoul Garden tak pun dekat Manhattan Fish Market.



Sekarang- dah habis empat tahun. dah berIjazah. dapatlah duduk rumah walaupun kena pergi kerja cari duit. cari pengalaman. duh. realiti tu perit bro. tapi, yang manisnya dapat duduk rumah, dapat tengok muka mak ayah. bukan apa- bila duduk jauh-jauh ni macam-macam perkara yang akan terfikirkan. paling takut kalau Tuhan ambik diorang lebih awal daripada kita. pulak tu jauh susah nak balik. kan sedih pedih tu. sekarang pergi kerja- siap bekal untuk lunch. duit poket bila mintak je dapat. pergi berhantar. balik kerja berjemput. haih.. seronok. duit gaji tak terusik. tak payah nak bayar bil itu ini. duit sewa rumah duit makan. haha. kadang-kadang pergi kerja bawa seringgit je, ye lah. makanan dah ada. air minum tinggal bancuh. sapa tak mau? kahkah. paling best- gaji katanya nak naik seposen dua. wehuuu. sapa tak mau?



tapi- sekejap aje.. lepastu kahwin. langsung tak duduk dengan mak ayah lagi dah. kena ikut inche suami pulak dah. nampak tak? betapa singkatnya waktu yang kita ada bila kita makin menginjak dewasa ini? kita semakin tua, mereka lebih lagi. life is short. hargai apa yang ada depan mata. tengok puas-puas. tenung dalam-dalam. meleleh air mata. cuba bayangkan- kalau rasa nak mencoba nasib kerja jauh-jauh ni. berapa minit aje masa untuk mak ayah? belum lagi dapat kerja tetap nanti. entah mana agaknya aku akan tercampak pabila posting nanti.



Nah. ini jawapan aku kalau kau tanya kenapa. aku dah ada jawapan. atau dalam bahasa mudahnya- aku nak duduk lama sikit dengan mak ayah aku. sebab apa? aku dah nak kahwin dah. lepas kahwin, aku akan ikut suami aku entah ke ceruk mana entah dia nak bawak aku. sure aku kena ikut. haha! kalau aku tak ikut karang, dibuatnya dia mengangkut entah sapa-sapa, siapa yang susah. aku jugakkkkk. 
T_____________________________T








No comments: