Monday, December 1, 2014

Zawara in Penang.



Selamat pagi, dan selamat hari Isnin!
Bagi yang bekerja, mesti fobia sikit dengan hari Isnin ni. eh apa orang kata? Monday Blues? haha. takde dah istilah Monday Blues dekat Johor sejak cuti hujung minggu ditukar ke hari Jumaat dan Sabtu. means, Ahad kerjaaaaa. Sunday Blues sangat. Oh sorry. untuk yang kerja swasta, masih lagi weekend hari Sabtu dan Ahad. Lupa pulak kitteww. haih.



Oh- kenapa Johor aje? sorry. sebab aku kan orang Johor. Penang still lagi weekend hari Sabtu dan Ahad. dan aku, tengah menghargai hujung minggu macam ni. sebab apa? inshaAllah, aku akan menjalani Latihan Mengajar (LM) dekat Kedah semester depan. makanya, hujung minggu aku akan bertukar ke hari Jumaat dan jugak Sabtu.



Selalunya- bila balik Johor je aku kinda weird la nak adapt dengan suasana macamtu sebab dah terbiasa. since Johor tukar cuti weekend pun, aku masih kat Penang. tak merasa sangat suasana camtu. unless if holidays. dah nama pun cuti, mana ada kesan pun dekat aku. yang aku tahu, cuti- makan- tidur- baca buku- pergi jalan-jalan. cuti bukannya kerja. so, memang tak rasa apa.



okey- cukup la tu introduction. haha!
Eh eh, tahu tak kalau Zawara dah ada branch dekat Pulau Pinang? haaa. minggu lepas, hari Sabtu (29 November 2014) perasmian dia. tapi aku tak pergilah. sebab aku tak pasti dekat mana letaknya Zawara Penang tu. haha. rupanya, senang aje nak cari. sebelah Hotel Vistana belakang Kompleks Bukit Jambul. kalau keluar ikut gate Bukit Gambir ni senang sangat nak cari! Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini: ZAWARA atau follow instagram diorang: http://instagram.com/zawara 



bila first time nampak, I was like- Oh kat situ rupanyaaaaa!





Baju-baju kat Zawara ni memang comel-comel. selalunya aku beli online je. bila tengok diorang buat sale kat butik-butik, memang menangisssssss sebab dahlah tak dapat pergi, lepastu harga kemain menjunam. harga sendu kat tepi gunung nama dia. bila beli online, satu je, kena tambah untuk postage standard RM9 hingga RM10 ikut berat baju. so, kena bayar lebihlah kan? EH, sejak bila aku peduli pasal kos postage ni? ahaha. peliknya akuu.



Kali pertama aku beli dengan Zawara, baju Ayu Dress. tu pun lama dah. lepastu takde beli lagi. lepastu adik aku beli Alicia Dress untuk pakai raya yang lepas. aku pernah cuba pakai baju tu masa nak pergi dating, tapi, labuh sangat and baju tu berat. maknanya material dia memang best, berbaloi dengan harga. tapi, tak adalah sampai aku nak pakai pergi kelas. haha. function apa pakai dress cecantik pergi kelas. hm. mesti orang pandang samada; eh cantiknya dia ni ataupun eh overnya dia ni. kikiki.



Tapi sekarang ni design baju-baju Zawara tersangatlah menggugat keimanan dan $$$ aku. hm, awak. saia ta kuad!! banyak sangat jubah cecantik sekarang ni. aku ni dahlah gila jubahhh. sejak Ayah aku suruh kitorang dua beradik pakai jubah dan sejak aku cakap dengan mak aku, aku dah tak nak lagi pakai jeans. haha, nak jadi muslimah dan feminin sikit. makanya, jubah, skirt, loose top adalah sangat sesuai. walaupun kadang kala masih lagi nak ber-skinny dan ber-jeans. haih.



Di tambah lagi dengan sale hujung tahun (Year End Sale) dekat mana-mana. ya ampunn. lagilah aku tak kuattt! hahaha. Paka dah biasa dengar ayat ni, paling-paling dia akan cakap "Lepasni pergi gym okey, biar kuat sikit." haha, hampagas sangat tau awak ni! Tak apa Paka, awak standby je okey dengan gaji pertama awak sebagai pensyarah tu. haha, saya janji tak bagi perabis. bhahahahaha!! (harapan sangat).



Tak apalah Zawara, ada rezeki nanti sampailah daku ke sana. awak tunggu ye. tunggggguuuuuuuu! untuk sementara masih ada dekat Penang ni, bolehlah beli. tak risau pasal kos postage. tapi nanti kalau dah balik Johor, dah habis belajar, takdenye nak pergi JB semata-mata beli baju Zawara. siapa nak layan? eh. lupa. adik aku kan ada lesen memandu nanti. haha. kau pun kena standby jugak untuk jadi driver tak berbayar aku. aku ni dikecualikan, harap je ada lesen memandu, tapi simpan dalam frame, gantung kat dinding. bawak kereta ke laut!



Selain Zawara dress, ada lagi butik-butik lain yang aku tengah aim je sekarang ni. haha! tunggu masa je ni. tungggguu masa je. Ya Tuhan. nafsu semua ni. nafsuuu! Aaaaa, awaaa saia ta kuaddddd!!!
T_________________________T



Last but not least. aku memang suka baju-baju dari Zawara walaupun pakai masa pergi kenduri kahwin, kenduri kahwin, kenduri kahwin dan raya. haha! Thanks Zawara sebab buat saya nampak cantik, I love you :P





No comments: