Monday, December 1, 2014

Lupa Nak Cantik Depan Allah.

Assalamualaikum, selamat petang!
Sejak akhir-akhir ni aku rasa macam aku je lah yang selalu update blog. terlebih rajin ke macamana ni. kalau malas, ambik kau. berbulan aku tak update. nuffnang langsung tak melekat. pheww.



bukan apa, sejak akhir-akhir ni aku rasa macam banyak sangat benda yang aku nak kongsikan. ada je benda aku nak cerita. aku nak cakap, malas. penat. makanya, aku menaip aje la. okey kan? haha. walaupun aku tahu tak ada orang nak baca. tak apa. buat peringatan untuk diri sendiri.



sekarang ni, ada banyak telekung warna-warni dekat pasaran. jenis kain lycra, dan cantik-cantik semuanya siap ada laces, sulam, kain telekung pun warna warni. hijau, biru, pink, hitam, purple, dan banyak lagi. aku sebenarnya dah lama mengidam telekung macamni. aku tengok ramai je yang pakai walaupun keluar statement sana sini pasal telekung lycra ni. biasalah. macam-macam fatwa pujangga keluar. terpulang pada kita nak ambik yang mana. yang penting, niat. pakai telekung untuk solat. untuk menutup aurat. untuk beribadah. kan?



kadang-kadang, kita terlupa. terlupa nak gantikan telekung yang dah lusuh, kotor, buruk dengan yang baru. tapi, kalau bab berjalan sana sini, pergi event itu ini, pergi wedding dekat hotel, baju bukan main. nak bling-bling. nak cantik. nak yang paling baik. nak orang puji. kalau boleh kita nak baju kitalah yang paling cantik masa tu. kan? aku admit. kadang-kadang aku pun punya pemikiran seperti itu. tapi tapi tapi- kita kena ingat satu benda:





Jenuh tau kita scroll FB nak cari post ni. hehe. sebab nak kongsikan dengan semua orang. lagi-lagi kalau telekung dekat surau shopping mall, macam-macam jenis orang guna. pelbagai manusia guna telekung yang diwakafkan tu. tahu je lah kan bau dia macam mana kalau dah ramai sangat yang guna. yang pakai. bau busuk, kotoran mekap melekat dekat kain telekung, dah lusuh. kalau kat tempat-tempat macam tu, mana ada orang peduli nak bersihkan satu-persatu telekung yang ada, kan? seeloknya, bawa telekung sendiri. puas hati. bersih. tak perlu nak tunggu turn, lepas orang tu pakai, kita pulak ambik.



kita nak jumpa kawan, boleh cantik-cantik. tapi kenapa masa jumpa Allah, yang wajib hanya lima waktu sehari tak boleh nak cantik-cantik? haa. bukan ke kita kena taat pada perintah-Nya, sebab Dialah pencipta sekalian makhluk, yang menciptakan kita dari tanah, atas perjanjian yang telah kita persetujui. untuk apa? hm, kadang-kadang, kita kena back to basic. muhasabah diri.



Aku ada sebuah kisah tentang warna kegemaran Rasulullah SAW:

Annas bin Malik mengatakan, 
“Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun
selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran."

Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata: “Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih.”

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau karena warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya: “Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumat.”

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata: “Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu.”

Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi saw menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”



See? tak salah pun kalau kita solat pakai telekung warna apa sekali pun. yang penting menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. kalau tak ada telekung pun masih boleh solat yang penting tutup aurat kan? sama juga macam solat pakai jubah, berstokin, bertudung. solatnya masih sah.


Dari Imam Muda Asyraf
"Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”



Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih."




Nah. ada banyak telekung cantik sekarang ni kan? bagi aku, pendapat aku sendiri, bila pakai telekung cantik untuk beribadah, buat aku rasa seronok, rasa cantik tu tak payah cakaplah, memang sentiasa ada. haha! bagus sebenarnya, yang penting niat. niat. niat. bukan nak riak atau apa. tapi, telekung putih pun sama aje. terpulanglah. lain orang lain cara dia, kan? Ini sebagai salah satu cara aku untuk terus memupuk diri dan memotivasikan diri "Jangan Tinggal Solat walau sekali", telekung dah cantik-cantik, bukan bermakna kena simpan dalam almari je tau, Lia!! hehe. tak ada sesiapa yang akan bantu kita, ingatkan diri kita, kalau bukan diri kita sendiri.



 


boleh buat hantaran ni. kikiki!
Dekat website EUPHORIA pun ada jual telekung cantik-cantik camni. dan aku tak pasti sama ada Bella Ammara, Mia Mikhail dengan Calaqisya keluarkan lagi tak telekung dorang yang super lawa ni. 



Ini sekadar perkongsian dan pendapat aku aje, okey. yang buruk tu datang dari diri aku sendiri, dan yang baik tu semestinya datang dari Dia. bye! 








No comments: