Tuesday, December 2, 2014

My-EX and EX-to-be.

Assalamualaikum, selamat petang!
Harini macam nak cerita sedih-sedih sikit. haha! tak adalah sedih mana. tadi scroll timeline Twitter, tengok gambar-gambar lama. kalau nak tengok balik gambar dekat folder hard disc, memang harapan sangat-sangat-sangat-sangat sebab aku pun dah tak tahu gambar yang aku cari tu duduk dekat folder yang mana. toksah cite. gambar memang banyak gilaaaaaa!



nak scroll satu-satu, open folder satu-satu, alamatnya, esok baru siap update entry terbaru. haha. betul apaaa. folder gambar sahaja melambak kot. folder untuk movie, ada dua je. tu pun cerita dah habis tengok, agak boring malam minggu, tengok lagi cerita yang sama. hampagas sangat kan. aku memang malas nak download cerita baru. yang last pun aku download cerita indonesia. tajuk dia Dealova, Pupus. kikiki. entah apa-apa. oh, aku ada satu entri best nanti tentang satu movie ni. A should watch movie!



Ni, aku nak cerita ni. sepanjang aku belajar dekat USM ni, dah masuk Tahun Empat (tahun akhir), setakat ni, aku baru ada dua orang roommate. Pertama, masa Tahun Satu (dua semester), kedua, masa Tahun Dua (dua semester). Sejak roommate kedua tu, aku dah tak ada roommate lagi dah. entah, aku pun tak tahu apa yang aku fikir. apa yang ada dalam otak dan jugak minda aku. aku memilih untuk duduk dekat bilik single. which means, no roommate. alone. tapi bukan forever alone tauuu.


Roommate yang kedua tu, bila dengan dia, aku rasa lain. haha. eh eh. jangan fikir bukan-bukan pulak. aku bukan lesbian. lain, maksud aku. feelings. dulu, aku pernah jugak rasa macam tu. masa duduk asrama. menghadap orang yang sama hari-hari, jumpa orang yang sama, layan perangai yang sama, cerita tentang benda yang sama. memang sama macam zaman asrama aku. yang mana aku sangat rindddduuuuuu.



setiap malam sebelum tidur, kitorang akan cakap pasal life. pasal impian. pasal cita-cita. pasal itu ini. paling best bila, aku ni suka bercerita. so, kadang-kadang cerita aku tu dah jadi macam bedtime stories dia pulak. haha! aku ni suka bedtime stories. tak kisahlah cerita apa pun. termasuklah cerita yang mengarut, merepek-repek. aku tak kisah. sebab aku tau, takkan ada orang pun yang nak cerita macamtu kat aku. so, apa salahnya kalau aku buat orang lain happy. kan? aku suka bila orang ketawa. ketawa dia ketawa yang ikhlas. walaupun kadang-kadang terpaksa jugak ketawa. 



Tapi, bila dah nama pun manusia, pasti ada cacat celanya. bak kata pepatah, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. mungkin silap aku. aku tak reti nak ambik hati orang, jaga hati orang. cuma aku, bila aku marah aku tak suka nak cakap dengan sesiapa. aku akan diam. dan aku pun tak tahu diam tu ambik masa berapa lama. my bad. dan satu lagi masalah aku. aku tak suka ucap selamat tinggal. even nak balik rumah je pun. konon-konon misteri la. aku balik macam tu je, lepas tu tengok berbakul kena maki. haha!



sorry-


dan selepas itu, aku putuskan untuk tidak ada roommate lagi. sebab aku takut kalau tersakitkan hati sesiapa lagi. nak tanggung beban rasa bersalah, rasa berdosa tu, tak terdaya rasanya. sampai ke mati pun masih bersisa. kalaulah waktu tu boleh diundur, akulah orang pertama yang request benda tu. banyak benda yang aku nak perbetulkan. banyak benda yang aku akan elak daripada terjadi. too many things.



tak apa. aku pun manusia. belajar dari kesilapan. dan sekarang ni, dah hujung semester satu Tahun Empat, lagi tiga minggu nak berdepan dengan peperiksaan akhir Tahun Empat yang mana memang peperiksaan terakhir aku. lepasni dah tak ada lagi peperiksaan. tunggu Latihan Mengajar pulak. pheww. lagilah mencabar rasanya. dan aku sedang menjalani hari-hari terakhir aku dekat bilik single ni. bilik yang aku saiyangggg. kalau tak, takkan aku mampu bertahan dekat bilik yang sama selama dua tahun? haa. nampak sangat sayang dia macam mana, kan? my room, my rules. eceh!






Tapi ni gambar lama. gambar semester lepas. Lebih kurang je la. ni lah rupa bilik aku. kemas gilaaa kan? eh, mestilah sebab baru kemas. haha, masa tu baru je start semester baru. bilik memang kemas. cantik, tersusun. habuk pun takde. dan ni pulak bilik waktu kritikal.






sumpah. aku memang akan rindu bilik ni. sangat-sangat-sangat. bilik yang banyak kenangan jatuh bangun aku, sakit pedih aku, suka dan gembira aku, semua aku kongsikan dengan bilik ni. 235A. Tikar getah tu bukan aku punya. ihsan dari penghuni sebelum aku, Fatimah Azzahra kot nama dia. haha! bye bilik. lepas ni awak jumpa pengganti baru, penghuni baru, kawan baru. jangan rindu kite. awww, seram pulak rasa. tapi, bilik ni pun ada kisah seram dia. aku tak nak lah cerita. takut menghantui aku pulak. berbaki tiga minggu lagi ni, kalau dia buat hal, tak ke pengsan aku jawabnya. dahlah sorang-sorang. haha. yang tu, aku cerita lain kali. okey.



motif entri kali ni: saja je nak cerita pasal kenangan dengan ex-roommates, then, kenapa mengapa dan sebab aku tak ada roommate selama dua tahun, dan bertahan di bilik yang sama (well, nak dapatkan bilik yang sama bukan senang kot, ada pengorbanan dan tanggungjawab yang aku kena laksanakan untuk tetap bertahan dengan bilik ni. Tapi nasib aku baik sebab ada kabel besar kot. miahaha). untuk pengetahuan jugak, bilik single ni bukan calang-calang orang boleh duduk. individu tu mestilah aktif, sentiasa sertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Desasiswa, contohnya macam sukan atau apa-apa je lah. dan paling penting, kena jadi ahli MPD (Majlis Penghuni Desasiswa/ wakil penghuni) untuk rebut bilik mana yang kau nak. Tu je lah. dan salah satu lagi sebabnya, aku dah rasa sedih nak tinggalkan bilik ni tak lama lagi....... sedih gila. tapi, hidup mesti diteruskan. aku kena cari pengalaman dekat tempat lain pulak. haha, okey- bye! Jumpa lagi kat entri seterusnya. Take care, people! Jangan lupa solat!!






No comments: