Wednesday, December 3, 2014

D3200 | Lensa 300mm

Assalamualaikum, people, readers, and stalkers.
Sebenarnya harini busy. nak buat assignments. assignments terakhir untuk Tahun Akhir. ada lagi, banyakkk belum siap. ada yang nak kena edit sikit, final touch sebelum submit. ehem. tapi tak kisah. tetap jugak nak update blog. tak kiraa.



sebelum tu. kita dah letak gambar kat blog. haha. yeay!!  walaupun separuh-separuh, okey lah tu. The King of LeaLand, gitteewww.



Alhamdullilah syukur. aku di antara manusia yang Allah kurnia kelebihan dalam bidang seni. arts, crafts, drawing, designing, sewing (beads). Bakat tu semua tinggal nak diperkembangkan dengan lebih lagi. mana-mana yang aku rasakan boleh buat duit. haha. Adik aku dah bagi idea untuk men-doodle atas beg tote. dia ajak aku jadi business partner dia, tapi, aku tahu mesti aku je yang akan kena melukis, dan dia marketing. kot. atau semua pun aku. haha!



tapi, buat masa ni, aku belum ada masa nak buat benda-benda tu semua. belum ada komitmen untuk ber-business. nak uruskan diri sepanjang empat tahun ni pun kelam kabut, tunggang terbalik, siang jadi malam, malam jadi siang. sabarlah. mungkin satu hari nanti. dan bila aku dah ber-business, korang kena beli okey. paksaan ni paksaaaaan. haha!



selain tu, aku suka jugak bidang fotografi. tapi, aku tak pandai lagi nak snap orang. makanya, aku mulakan dengan snap small creatures, scenery, etc. paling aku suka bila nak snap small creatures. contohnya macam belalang, ulat, ladybird, kumbang dan lain-lain yang sewaktu dengannya. kecik. dan kecik macamtu la yang sungguh mencabar. belum sempat kau tekan shutter, ladybird dah terbang, ulat dah mati, belalang dah hilang, kumbang tukar posisi. haha. ya ampunnn. sungguhlah. paling cantik, bila rama-rama tengah hisap madu bunga. pheww. memang payah dan aku belum ada koleksi yang tu. berpeluh jugaklah nak melayan si rerama bergambar.



Aku mulakan karier (cehhh, karier sangat!!) fotografi ni atas ihsan kamera Ayah aku, Nikon D3200. dan Ayah aku ni memang sekepala dengan aku. dia memang rajinnnnnnnnn beli lens. wider, micro, lagi apa entah, semua ada. lens pendek, lens panjang, semua ada. tu pun nak beli lagiiiii yang 500mm. kau bayangkan, kalau 500mm boleh snap apa? haha. tiny creatures kot!! Ya Rabbi. tak sabarrr!!!



sebenarnya, aku pun tak expect kalau Ayah aku melayan benda-benda camni. memang best. super sporting I tell youhhh. dan harga lens tu bukannya murah. kalau kumpul-kumpul, dah boleh dapat sebijik iPhone 6 plus untuk aku. eh. hahaha! tak apa Daddy. teruskan teruskannnn. Anakmu ini akan meneruskan legasi fotografi anda. and, kitorang ambik gambar pun bukan untuk bisnes ke apa. saja suka suka. memenuhi masa lapang petang-petang. passion. its all about passion bebeh.



Ni antara hasil yang aku, Ayah dengan adik aku snap. random pick dari galeri. Nikon D3200 Lens 300mm. (koleksi paling latest, tapi tak tahulah kot dalam masa dua bulan aku tak balik rumah ni dah ada koleksi terbaru. kikiki)





snap dari jarak 5 kaki dan lebih.


Tak adalah cantik mana kalau nak dibandingkan dengan photographer yang expert, yang profesional. aku pun tak ada basic fotografi. asal boleh snap. asal boleh tekan shutter. banyak lagi yang aku tak sempat nak belek DSLR tu, banyak lagi fungsi/function yang belum terusik. sebab zero-knowledge. tak apalah, nanti aku belajar lagi. okey.



Aku teringin nak snap sunset, kawasan berlalang, laut atau mana-mana scenery yang cantik. aduhh. saya tak kuaddd. tapi belum berkesempatan since aku tak reti nak memandu sendiri ni. kalau tidak, phewww. mesti penuh hard disc dengan gambar-gambar kat tempat yang cantik-cantik! setakat ni aku tak penah bawak DSLR jalan-jalan Penang. Ayah aku tak kasi. dia risau tengok aku bawak luggage berat, beg belakang yang berat jugak lepas tu nak bawak DSLR lagi. takut kemera dia tercicir katanya. haha! Lagi pulak, dengan naik scoot je nak pusing Penang bawak DSLR, elakkan jadi mangsa ragut je. haih. seram jugak rasa.



apa pun. aku tak sabar nak balik rumah. nak capture moments! hehe. okey, bye. jumpa lagi esok! take care people, Jangan lupa solat! :)

No comments: