Thursday, December 4, 2014

Bukan Anorexia Nervosa.

Assalamualaikum, selamat petang lovelies!
Hope you guys in pink of health, okey. harini pagi-pagi lagi sampai kelas, dah ada orang tegur sesuatu.



"Lia, makan banyak sikit. kurus sangat kau ni."
Aku senyum je. aku cakap; "Aku makan banyaaakkkk kot."
"Yeke. kurus je. tengok aku ni. dulu masuk USM kurus macam kau. sekarang dah Tahun Empat, dah gemuk sikit."
"Eh. aku makan banyak la. kau je yang tak tahu." *senyum*



Pagi-pagi lagi. tak menyempat. masa tengah parking Mojo pulak tu. helmet pun still lekat dekat kepala lagi. haha. korang agak, yang tegur aku tu mesti perempuan kan kan kannnn? salah. silap. wrong answer! haha. yang rajin sangat tegur aku tu, lelaki! classmate aku. boleh tahan jugak dia ni perhati orang.



Janganlah judge aku dari paras rupa. bentuk badan dan ketinggian. faktanya, aku adalah sejenis manusia yang tersangatlah suka makan. dan aku tak makan dalam kuantiti yang sedikit. biasanya, kalau aku dah makan nasi, aku mesti akan makan makanan ringan pulak. dan dalam sehari, aku akan makan makanan berat banyak-banyak kali. lagi-lagi bila kawan aku masak. mesti aku makan lagi. kadang-kadang bila dah makan malam, then member aku masak tak kisahlah meggi ke apa, aku akan makan lagi. kadang-kadang tu, aku rasa macam aku ni 'tong sampah', sebab tolong perabis makanan orang. hahaha.



mula-mula tu diorang peliklah jugak. tapi, lama kelamaan, diorang biasa dah. lagi-lagi bila minggu kritikal dah sampai (hujung bulan, time nak ABC). Ya ampun. nafsu makan aku. mula mengganas macam denosor!! aku sendiri pun takut. aku akan sentiasa lapar. dan aku akan sentiasa bernafsu untuk makan. tak boleh tengok gambar makanan, air liur meleleh aje haih (haha, okey tipu, selekehnya!!)



sebelum masuk USM, berat aku 39kg hingga 40kg. sekarang dah Tahun Empat, berat aku masih maintain, dan paling paling palingggg berat yang aku pernah timbang, 42kg. hahaha! aku pun tak tahu mana makanan yang aku makan tu pergi. paling gemuk pun, pipi aku je. tapi sekarang, pipi aku dah kurus jugak. aku bukan anorexia nervosa. aku bukan kurus cengkung tinggal tulang. bukan. aku cuma obses kurus. tu saja. aku takde amalkan gaya hidup yang sihat contohnya macam pergi gym, joging tiap-tiap petang, swimming. memang tak ada.



cumanya, aku jarang jarang jarang sangat makan daging, makan ayam. kalau dekat rumah, mak aku goreng ayam, memang jarang sangat berusik. aku tak berapa obses dengan daging ayam. aku makan bila aku betul betul rasa nak makan je. selebihnya, aku makan sayur. telur pun sama. kadang-kadang, aku makan daging ayam pun sebab makan dekat KFC. tu la rutin harian hidup aku. aku bukan sejenis manusia yang tak berselera makan kalau tak ada ayam goreng. kadang-kadang kawan aku pelik tengok aku makan nasi dengan sayur. hm, bagi aku, tak ada apa yang nak dipelikkan. normal apa.



aku tak makan ayam kampung, ikan keli, ikan talapia, daging arnab, rusa, etc. itu memang aku tak makan langsung.



dengan berat aku 41kg (sekarang, 04 Disember 2014), tinggi 158', aku memang kategori kurang berat. sebab tu aku tak lepas jadi Penolong Pegawai Kastam (SPA). semua tak cukup. harapnya- pahala aku taklah sekurus itu. kikiki :P






Ha, yang kiri tu aku. fakta ni! mungkin sebab aku dari baka kurus, dan gemuk selepas berkahwin nanti. mungkin- dan mungkin juga sebab tahap metabolisme aku yang tinggi. sebab salah satu minuman kegemaran aku adalah air teh hijau with jasmine. beli dekat kedai aje, three in one. tak manis, dan wangi. ya ampun. sedap betul!



(sumber abam Google)




Kadang-kadang aku selalu cakap macamtu. hm, mesti orang dekat sekeliling aku boring, menyampah, rasa macam nak campak aku kat dalam laut kat penang ni, kan? hahaha! ampunnnnn!!! bila dah kurus camni, macam-macam panggilan aku dapat. kurus, tulang, kering, papan, entah apa-apa lagi. aku tak kisah pun orang nak cakap apa. aku bersyukur dengan apa adanya yang Tuhan dah bagi. cuma- aku pantang kalau orang jadikan kekurangan aku tu sebagai bahan ejek. contoh; aku pendek. kau tinggi. haa yang itu aku pantang. kurus boleh jadi gemuk. bila-bila masa. tapi, kalau bab tinggi rendah pendek ni, memang susah nak adjust, memang payah nak ubah, aku rasa tak perlu kot kau nak jadikan bahan. kan?



Salah seorang pendidik dekat USM ni pernah cakap to the whole class. kalau kita menghina kekurangan seseorang, atau kawan kita, atau siapa saja, sama macam kita menghina ciptaan Tuhan. tak baik. tak elok. dosa. pokok pangkalnya, tak perlulah nak buat macam tu dekat orang lain. takut berbalik dekat diri sendiri pulak. Lagi satu, Allah tak pandang rupa paras tau. Allah pandang hati. 



bak kata Paka; I am thin, but I can eat. but, you're ugly. nothing can change. Entah siapa yang usik dia ni. sedih sangat status whatsapp dia. haha. itu mesti kes sentap sangat tu. kalau tak, takkan keluar ayat perli macamtu sekali. Jangan, jangan mulakan sesuatu yang boleh merugikan diri sendiri. lagi-lagi kalau orang tu tak kacau kau. kau tak perlu nak kritik orang, okey? biarlah dia. nak jadi macamana pun. asalkan dia happy (:



dan aku, aku tak ambik hati pun bila orang cakap aku kurus sangat macam tak makan seminggu. haha, sebab aku selesa macam ni. kurus sangat pun tak cantik jugak, kan? ye, tahuuu. tapi, aku rasa macam tak ada beza. bila kurus orang tanya, bila gemuk pun orang tanya. T____________________T





No comments: