Friday, December 5, 2014

Kata Nak Bagi Reward?

Assalamualaikum, salam Jumaat (:
Yeay!! harini aku berjaya submit dua assignments! deadline sama. dua-dua sama. Sosiolinguistik, dengan ICT. phewww. dan untuk itu, aku bercadang untuk bagi reward dekat diri sendiri. tapi harini malas sangat nak keluar. Ya ampunnnnn!



harap- dua-dua assignments tu okey. baik-baik saja. dan ada lagi beberapa nak kena selesaikan sebelum Ahad, dan sebelum Rabu. sebelum study week bermula. sebelum aku selamat membawa diri pulang ke Johor. untuk semester ni, aku ada paper 3 hari je. 29 Disember, 13 Januari dengan... entah. tak ingat tarikh. lupa. T________________T



Hm, rasa macam nak reward diri sendiri dengan kek. manhattan. beli baju. kasut. handbag. tudung. pensel warna. dan banyak lagi. tapi- aku boleh pilih satu je daripada semua tu. hahaha, nanti duit habis. jangan membazir! kalau tak nanti kena kick dengan mak aku. sebab ayah aku baruuuu aje bankin duit belanja bulan ni.



hm, saia ta kuadddd.
hujung semester macam ni memang mengharap ihsan duit belanja Pa&Ma aje lah. duit totalllyy habis! kikiki. aku pon tak tau mana duit aku pergi. aku bukan apa, setiap kali mak ayah aku tanya pasal duit, aku jawab camni je:



"Kite kesian tengok duit tu, duduk dalam purse, dalam bank takde yang guna. so kite guna bagi perabis je lah macam biasa."



hahaha, memang nak kena kalau bagi jawapan macamtu. tapi, setakat bebel panjang lebar dalam setengah jam, lepas tu diorang tak tanya lagi dah. haha. makanya, aku tengah berfikir, nak kasi reward apa untuk diri sendiri ni. hm?





Aduh. tetiba teringat ais kacang Penang Hill
;(



Rasa macam nak reward diri dengan makanan.
kek.




semua makanan hi-calories.
si kurus boleh makan banyak-banyakkkk yeayyy
hahaha



awaaa, saia ta kuadddd
;((
dah lah. aku nak tidur lagi best. kalau fikir pasal makanan-makanan kat atas tu, 
boleh kenyang serta merta tak apa jugak.
tadi aku dah membaham bihun sup sebungkus.
tapi, rasa macam perut masih ada ruang kosong lagi.
Ya Tuhan.
T___________________T







No comments: