Sunday, November 30, 2014

Rambut & Syampu.

Assalamualaikum, selamat petang people and stalkers!
Have a nice day okey ;)



Harini aku nak kongsi sikit tentang tips penjagaan rambut. haha! takde la tips sangat pun. aku cuma nak kongsi tentang benda yang aku suka dengan korang. even though aku tahu mungkin aku yang terlambat. haha! takpe. nak kongsi jugaakk!



sejak dua menjak ni aku perasan kalau rambut aku tak wangi. walaupun guna syampu wangi, tapi, aku rasa tetap tak wangi. aku rasa tak best. aku nak rambut aku wangi macam orang lain. sebab aku suka orang cantik plus kalau rambut dia bau wangi. rasa perfect sangat. lagi satu, aku memang ada masalah kelemumur. haha! aku tak tahu macam mana nak hilangkan benda alah tu dari kepala aku. plus lagi, aku bertudung. dan kadang-kadang, seharian aku bertudung. buat kerja itu ini. aktiviti itu ini. berpeluh-peluh.



balik tu- lagi stress bila bukak tudung, bau rambut tak best walaupun baru je syampu pagi tu sebelum pergi mana-mana. keringkan pakai hair-dryer lagi. sebab tak nak rambut tu terperap, tak kering bila pakai tudung. boleh bayangkan, kan?



aku bukanlah jenis syampu rambut je pergi salun. eh, macam tak boleh syampu sendiri aje kot. hehe. dan aku jugak tak boleh pakai syampu yang bukan-bukan. means, kalau sekali aku pakai syampu tu, dia boleh merawat dan menghilangkan masalah kelemumur dan gatal, aku stick aje terus dengan syampu tu. even lama mana pun. sebab aku tak yakin nak pakai syampu lain-lain dah. my bad.



mak ayah aku pun dah sedia maklum tentang hal ni. kalau kata nak beli syampu, takde lain dah. mesti beli syampu yang tu untuk aku. dan lain-lain untuk diorang. ye lah, jenis rambut, kulit kepala, mana nak sama setiap orang pun, kan? oh lagi satu. aku memang ada masalah rambut gugur. tapi tak adalah sampai jalan sikit je, rambut pun luruh. tidak okey. tidak. means, kalau sikat, kalau syampu, memang luruhlah. kadang-kadang melebihi tahap normal 100 helai sehari je gugur dia.



so, aku dah fedup dengan keadaan camni. semua rasa nak jadi cantik gila ni timbul bila sedar- tak lama lagi nak jadi bini orangggg dah. hahahaha! inshaAllah. siapa tak nak kawen, kan? kikiki. walaupun belum tahu bila dan siapa, atau di mana. hahaha. normal human being, right?



bila sedar semua tu, I feel like, okey. time to transform, a lots. nak jadi bini orang kena wangi-wangi. semua kena perfect. haha! 







suatu haritu-
aku suarakan masalah aku ni dekat kawan-kawan aku masa melepak dekat 'rumah tumpangan 225'. kikiki, tu bilik kawan aku. port melepak kitorang semua. so masa bual-bual tu, aku tanyalah pendapat dorang syampu apa yang best serta masalah-masalah aku yang lainnya. ada dua jenama yang diorang suggest. satu: sunsilk. dua: safi.






vs



Korang mesti dah boleh agak, kan? aku pilih yang mana. haha! ramai rupanya kawan-kawan aku yang dah pakai Safi Shayla ni. diorang pun suggest kat aku untuk cuba jugak. esoknya, aku pergi kedai. beli Safi Shayla. tapi botol kecik je la. sebab aku takut tak sesuai dengan aku. rugi je kan kalau beli botol besar. sebab sebelum ni aku dah pakai Pantene, Dove, Sunsilk, Rejoice, Head & Shoulders. semuanya- hm. good good aje. so, aku beli Safi Shayla botol biru. Anti Kelemumur.



balik tu, tak sabar nak cuba. haha. well- aku memang gelojoh sikit bab-bab try barang baru ni. tak boleh bawak bersabar. macam tak ada esok. haih. tahu apa? aku rasa okey sangat. best. terbaik. kepala aku tak gatal. masalah kelemumur kurang. yang penting, rambut aku jadi wangiiiiiiiii sangat. mestilah aku suka! haha. terus serasi dengan kepala aku. haaaa. aku test power tahap wangi dia bila bertudung (pergi kelas, pergi jalan-jalan), ya ampunnnn. memang best laaa. balik tu bila bukak tudung, rambut still bau wangi. apa lagi jejoget la kite. rambut gugur pun rasa macam dah kurang sikit. masih, tapi dah kurang sangat laaaa. 



Ya Tuhan, syukurrrr!



paling best bila- masa tu lepak dekat bilik 225 macam biasa. ada sorang kawan ni puji, dia cakap rambut aku bau wangi dan rasa lebih lembut. mengghairahkan. kahkah. sengal betul ayat!!!! siap tanya aku pakai syampu apa. aku apa lagi, memang suka bab promote-promote ni. haha! inshaAllah, lepas ni aku akan pakai syampu tu secara konsisten, dan beli botol besaaaarrr pulak. kikiki. syampu yang dicipta khas untuk wanita bertudung. memang betul. aku rasa keajaiban dia. ecece! geli tauuuu. okey, aku rasa cukup la takat ni dulu aku bebel-bebel. jumpa lagi esok. kalau rajin, aku update lagi. bye-bye. muah cikedddd :P




I'm a happy girl.
eh, hello encik future husband! haha






No comments: