Sunday, November 30, 2014

Hijab: My Beauty. My Pride.

Assalammualaikum, salam sejahtera, selamat tengah malam.
Harini masa tengah berus gigi (baru je beberapa minit yang lalu) tiba-tiba hati terdetik tentang satu post dekat Facebook tentang aurat, dan dosa. hati tiba-tiba terdetik tentang itu. tentang masa lalu. tentang jahil. tentang khilaf.





Ya, dulu- sebelum aku bertudung seperti hari ini, sekarang ini- aku pernah free-hair. bukan main, setiap kali nak raya, akulah yang paling sibuk fikir nak buat hair style macam mana, pergi salun mana, nak buat rambut bila. well- rambut aku lurus je. dan lebat. dan wangi. eceh. poyo pulak memalam cemni. geli tau. haha! hampir setiap kali raya la jugak, mesti pergi buat rambut. dari lurus jadi keriting. dari keriting jadi lurus balik. korea style la apa la. macam-macam gaya ada. tapi, setakat itu saja. aku tak warnakan rambut pun. tak highlight kaler-kaler. memang tak ada. aku rasa, aku masih simpan gambar-gambar dengan gaya rambut yang berbeza. rasa-rasalah. macam ada, macam tak ada. sebab aku dah delete semuanya yang aku upload dekat Facebook.



suatu masa tu, Hana Tajima, Yuna, terkenal dengan shawl diorang. gaya bertudung yang orang ramai gunakan. masa tu lah hidayah Allah sampai agaknya. hati aku terbukak nak bertudung. tapi tapi tapi. aku rasa niat masa tu tak betul lagi. bertudung sebab ikut aliran fesyen. kekonon boleh jadi cantik macam Hana Tajima la masa tu. haha! lol. so, dipendekkan cerita, aku gigih mencari selendang-selendang aka shawl. tak main dah tudung-tudung bawal empat segi ke apa ke nama dia. memang tak pandang. masa tu kan tengah musim main lilit-lilit. sampai satu masa, aku rasa penatlahhhh nak main lilit-lilit, pening kepala, so aku tinggal shawl semua. cari tudung bawal balik. sobs.



masa tu jugak, sebab niat belum betul, aku pakai tudung- tapi pakai baby-tee. pakai jeans, skinny. eh sekarang pun masih pakai skinny dengan jeans juga. hahaha. sabar-sabar- berubah sikit-sikit. masa tu entah fesyen apa entah. jeans, baby tee yang bebetul kecik saiz adik-adik sekolah rendah punya baju. hahaha! dan aku masih simpan lagi bebaju tu. hm, mungkin sebab masa tu badan aku belom membesar seperti harini mungkin. sebab tu selamba je pakai. muat. kikiki.



Lama kelamaan, aku mula berhijrah lagi. aku sedar satu perkara. kenapa aku bertudung tapi aku pakai baby-tee. tudung pulak style silang nampak dada- orang sekarang called-it-as-jilboobs. alah, nak type pun malu. apalagi nak ingat style cemtu dulu. malu malu maluuu. masa tu apa yang ada dekat fikiran aku, style apa pakai cemniiiii. hahaha! 


sumber: abam Google.



Lepastu, aku berhijrah lagi. aku dah pandai pakai tudung yang menutup dada dah sekarang. Alhamdulillah. kadang-kadang, bila terlipat tudung jadi saiz kecik, aku rasa serba salah sangat. rasa macam, Ya Tuhan- buruk betul rupa aku! so, even lambat pun, aku cuba untuk adjust balik mana-mana bagi tudung tu nampak labuh. bila dah labuh sikit, aku rasa aku cantik. hahaha! sila muntah pelangi :P



betul- bila pakai tudung labuh, rasa lain macam. walaupun aku tak lagi pakai tudung bidang 50 ke 60 atau tudung ala-ala ustazah sekolah agama tu, tapi, bagi aku cukuplah setakat itu dulu. inshaAllah, masa akan datang, mungkin? berubah sikit-sikit. tak rugi mana pun tutup dada bila bertudung. kita rasa cantik pakai macamtu, Allah nampak lagiii cantik. kan? sekarang pun aku dah banyak pakai baju loose cover punggung. kalau ada terpakai baju pendek ke singkat tu, maknanya aku memang tak ada bajuuuuuuuuuu. hahaha!



Mostly- aku akan pakai baju yang sama je. dan sekarang, aku pakai palazzo, seluar yang loose, pakai jubah walaupun tak berstokin tapi aku pakai kasut flat walaupun kadang-kadang masih berselipar ke kelas. hm. malas. aku beli dress labuh, sebab nak elakkann pakai skinny atau jeans walaupun kadang-kadang terpakai juga dengan baju lengan three-quarter dengan tudung tutup dada. aku rasa macam- ape benda yang aku pakai ni?! aduhhh. nak berubah memang bukan senang. take time. and take too much effort...



Sebenarnya juga, banyak faktor yang mendorong aku berubah sikit demi sikit ni. antaranya, aku tertarik dengan gaya bertudung labuh dari butik-butik muslimah terkenal contohnya macam Calaqisya, Bella Ammara, novelist Evelyn Rose, blogger terkenal macam Shea Rasol, Irene Nadia, Amoi Heaxa dan banyakkk lagi yang mana sangat menekankan konsep bertudung- menutup aurat. dan mereka kelihatan sangat cantik walaupun menutup aurat. aku pun teringin nak jadi cantik macamtu. inshaAllah. semoga Allah permudahkan.



apa? berniqab? hee. niat ada dah.....
inshaAllah....



aku rasa setakat tu je la perkongsian aku untuk malam minggu ni. malam ni aku tak melukis. so, aku sibuk mencurah rasa dekat blog. setelah sekian lama aku tinggalkan kesayangan yang satu ni. hehe. sorry, malam ni bebel panjang sikit. aku harap, aku terus istiqomah dengan apa yang aku buat ni. dah terlalu banyak petunjuk yang Allah bagi dekat aku. takkan aku nak persiakan. ye tak? hehe. jumpa lagi nanti. bye.



What stage are you?




No comments: