Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 9 | 5 Lelaki yang Menarik Perhatian Aku.



Dalam dunia ni, cita rasa setiap manusia adalah berbeza-beza dan susah nak cari someone yang punya 100% cita rasa yang sama dengan kita, kan? kalau ada, tu namanya kebetulan. takdir Allah selalu cantik, kan? teringin jugak nak ada someone yang camni. suka apa yang kita suka, feveret kita jadi feveret dia. heh- siapa kata tak ada? tuuu FT tu. kalau aku cakap aku suka ros pink, dia pun tetiba suka jugak. alasannya mudah- saya suka apa yang awak suka. noktah.




tapi aku, aku jarang nak suka apa yang dia suka. haha, selalu sangat argue pasal ni. maaf ye awak. buah hati intan payung sudu garfuuuuu.




hm, kalau nak cakap pasal lelaki, lebih-lebih pulak tu, confirm kena piat dengan FT. mana boleh puji lelaki lain. mana boleh suka lelaki lain. mana boleh pandang lelaki lain tak kelip-kelip mata. dah lah kena piat, kena cubit pulak tu. aduhh. macam kena gigit Gebus je rasanya. hehe, senang cerita, aku ni sejak lahir lagi dah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang wanita, dan seorang lelaki. tak lain tak bukan, Mak Ayah aku.




so, kat sini jenis lelaki yang menarik perhatian aku, lebih mirip dengan Ayah aku. dengan abang aku, dengan FT aku. manada orang lain. sebab sepanjang masa aku, hidup aku saat ni dipenuhi dengan tiga lelaki tu aje. men of my life, ala-ala pwincess gittewww ;)




(1) Respect women.
Hormat tu penting. tahu privasi kita, dan faham kalau kita tak nak cakap pasal sesuatu. tak perlulah sampai jadi gentlemen sangat. kalau FT gentlemen sangat, maunya aku yang pengsan. haha! bukakkan pintu kereta pun tak pernah kot, apatah lagi tarikkan kerusi sebelum duduk makan. kikiki. setakat ni, FT calon terbaik yang aku pernah ada- sebab dia sangat hormatkan privasi aku dan jugak life aku.



(2) Penyabar.
sangat. sebab nak kena layan perangai, kerenah, dan macam-macam lagi 'kepala gila' aku yang entah apa-apa. belum lagi nak PMS. selaluuuu aje nak marah tak bertempat. tapi FT penyabar orangnya. sabarr sangat sangat. selalu cakap; 'yelah, nanti awak okey.' langsung tak marah. walaupun kecik hati, merajuk dengan aku. langsung tak tinggi suara maki aku. langsung tak tinggal, tak abaikan aku. walaupun merajuk, marah dengan aku, bila aku call, tetap jugak pick up call dengan suara yang lembut sejuk perut mak dengar. wahaha! thumbs up dear!

Ayah pun sama. lagi-lagi time 'nak ini, nak itu' aku datangggg. wahahaha, mesti dapat punya. nasiblah ada dua orang anak perempuan yang kuat shopping. 'yelah, nanti ayah bayar balik,' sukenyewww kittewww. paling aku suka, bila aku balik dari Penang ke Johor jejauh, turun je bas, Ayah dah ada dekat bustand, dah standby nak angkat luggage aku yang berat macam penuh dengan batu-bata 100 biji tu. pheww. terharu terharu terharuuuuu!! thanks dad!!



(3) Good looking.
Sungguh tidak dapat dinafikan. ketiga-tiga lelaki aku memang good looking. heh. tengoklah Mak Ayah aku, sebab tu rupa aku cantiikkkk begini. kahkah, puiiiii!



(4) Tinggi.
aku memang suka dengan lelaki tinggi-tinggi ni. taklah tinggi galah, tapi standard size la, kan? tapi itu tak bermaksud aku nak pandang rendah dengan lelaki yang kurang tinggi ni. itukan ciptaan Tuhan yang maha indah. kenapa nak pertikaikan? plus, aku pun bukan tinggi mana, bukan perfect mana nak dapat lelaki perfect. ye tak? untuk FT, aku pandang hati dia. aku tahu hati dia, impian dia, cita-cita dia setinggi langit. ingat ye awaaaa, jangan lupa 'swords barrel wedding' kita satu hari nanti, inshaAllah. hiks!



(5) Penyayang, Setia Jujur.
haa, ambik ni. aku masukkan semua sekali in a row. kikiki. senang cerita, semua orang pun nak jenis lelaki macamni kan? bukan jenis panas baran, marah sikit stok kaki dengan tangan naik ke badan. hish, jauhkanlah Ya Allah. nahhh todia random pick lelaki yang menjadi pujaan hati aku. yang selalu menarik perhatian aku. apa pun, pokok pangkalnya, hati. duhai hati, moga terus setia. amin. okey- bye. ILY.






No comments: