Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 8 | 5 Lagu Cinta Kegemaran.



hm, cakap pasal lagu cinta- aku rasa ada banyak sangat lagu cinta yang aku suka. tapi- ada beza jugak dengan lagu cinta kegemaran dengan most played song- haha! hm. tetiba teringat masa dekat rumah, bilik aku dekat tingkat atas, then aku memang takut gelap, so ayah standby dua buah lampu yang membuatkan aku TAKKAN tidur bergelap setiap malam. satu suis dekat sebelah kepala aje, satu lagi lampu tidur oren yang teramatlah malap. kalau ada apa-apa just tekan suis sebelah kepala (lebih terang berbanding lampu tidur dan bukan lampu bilik utama) contohnya kalau terbangun tengah malam ke apa ternampak apa-apa atau nak check Gebus tidur dekat celah mana. 




makanya- almost every nights aku akan lepak dalam bilik  (lebih awal dari biasa contohnya around 9pm), off lampu utama, on lampu tidur dengan lampu kecik tu, on lappy, standby iPad celah bantal, dengan phone, and make sure lock the door. apa lagi, layan lagu. melalak macam orang tak cukup tidur siang. hihi. sabar je lah orang bawah terpaksa dengan suara I yang comel ni. kikiki :P



motif-
acah-acah romantik gitewwww.




okey- 
most played song-  
(1): Hampa- Ari Lasso
entah kenapa suka sangat dengan lagu ni semenjak beberapa tahun lalu. mungkin sebab faktor Long Distance Relationship (LDR) kot. "tak bisa aku ingkari, engkaulah satu-satunya.. yang bisa membuat jiwaku tak pernah mati.."




(2) Kehilangan- Firman
sebab apa? sebab FT beria sangat nyanyikan lagu ni untuk aku sambil main gitar. ohemgee! I'm so touched you know. rasa nak menangis ada, nak ketawa pun ada. that time, I was like acah-acah 'nak dengar awak nyanyi lagu tu sambil main gitar', and effortlessly he sang that song so beautifully. mana tak jatuh cinta kalau macamni. haih.





(3) When I Was Your Man- Bruno Mars.
memang win. mendalam betul lirik lagu dia. kenangan pun ye jugak.



(4) Mewangi- Akim Ahmad
lirik dia sangat beautiful. sangat.




(5) Galau- Five Minutes
lagu ni kenangan jugak. masa tu aku dengan FT nak putus dah. dia bagi aku lagu ni, and he said 'saya dengar lagu ni ulang-ulang sebab sedih sangat,' hm, meleleh la jugak. wahaha. kadang-kadang perasaan kita boleh terluah bila dengar lagu. tak perlu banyak pun. cuma dengan lagu, kan? bila ada sesuatu yang kita rasa susah nak luah, tak tercakap, lagu banyak membantu. mungkin jiwang- tapi kadang hati kita suka macamtu. nak buat macamana, kan? rockers tu pun dressing punyalah gaya gangster tapi hati....... bila nyanyi....... alahai. melting beb. melting! tak payah banyak. tengok je Ayah aku tu. muka rock, dalam hati ada taman siap dengan kolam katak okey- bila on musik, amboih. kemain lelagu jiwang je semua. siap boleh ikut nyanyi even though bukan lagu zaman aku. wahaha. peace Ayah, don't get mad :P




sebenarnya, ada banyak lagi, tapi dah kata lima aje kan? heh, kira yang tu top five la. ;)
jejari dah makin kurus sebab banyak menaip. kahkah! byeeeeeeee!





No comments: