Monday, September 8, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 7 | Sejauh mana Kepentingan Pendidikan?






Cabaran 30 hari- hari ketujuh! masuk part pendapat pulak dah. Sejauh mana kepentingan pendidikan? bagi aku, pendidikan memang penting abad ni. tak kira la walaupun setakat Sijil, Diploma atau Ijazah. yang penting perlu ada- bukan mesti. depends on people, too. pendidikan ni penting untuk menaikkan taraf kehidupan manusia, untuk berubah dari kekal di tampuk yang lama. kalau dulu, mungkin hidup susah, tapi dengan adanya pendidikan, kerjaya dan masa depan akan lebih terjamin. malah, faktor pembayaran gaji juga berbeza mengikut taraf pendidikan, bukan? bukan setakat itu, malah kedudukan dalam sesuatu institusi pekerjaan juga berbeza. tidak dapat dinafikan.




selain itu, bagi aku, pendidikan ni penting atas dasar respect. bukanlah aku nak cakap orang yang tak berpendidikan ni tak dihormati atau apa, bukan. jangan salah faham pula. aku lebih berfokus kepada kepentingan pendidikan, ye hakak hakak? bagi aku, orang akan hormat kita lebihhhhh kalau kita educated, ada pelajaran. macam dalam kalangan keluarga pun, kalau kita educated lebih sikit, rasa macam orang tak pandang kita sebelah mata lagi dah. kalau dulu, kita tak punya apa-apa, tapi kali ni rasa berbeza. tak sewenang-wenangnya orang nak memperkotak-katikkan diri kita, pandang sebelah mata pun tak mahu. tapi, ini bukan alasan untuk kita jadi belagak ke, sombong, riak, bangga diri pulak. Ingat, rezeki datang dari Allah.




macam aku- aku rasa pendidikan tu penting untuk diri aku sendiri. untuk mak ayah aku. cita-cita mereka mungkin tidak kesampaian, tu lah tugas aku untuk menggalas harapan dorang. kan? Ijazah tu satu pencapaian terhebat dan tertinggi untuk diri aku sendiri, dan mungkin aku akan sambung lagi pada masa hadapan sampai bergelar Dr of philosophy, mungkin. setiap manusia ada cita-cita kan macammana nak majukan diri sendiri :)




kalau diperhatikan, taraf pendidikan jugak mampu menunjukkan mentaliti seseorang tu macamana. aku memang suka perhatikan gaya manusia bercakap- menaip- update status. aku memang suka sangat sebab lepas tu boleh dianalisis! haha. tapi, aku taklah maksudkan pelajar Ijazah ni mentaliti dia 100% bagus, ada juga sesetengahnya yang tidak. hm, tak kesemua orang la macamtu. depends on their attitude, personality and mentality, too.




untuk negara pulak, negara kita memang kekurangan tenaga kerja profesional. kebanyakannya mungkin ada- lebih suka bekerja di luar negara yang mana income lebih tinggi, dan pengalaman baru. kesudahannya, negara terpaksa membawa masuk lebih ramai pekerja dari luar yang berkebolehan dan berpotensi yang mana memerlukan kos yang tinggi. kan lebih elok jika kita menumpahkan bakti di negara sendiri? bak kata pepatah hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. pepatah orang-orang tua tidak pernah menipu yang mana konsep verifikasi yang tidak mustahil dan memang benar berlaku dalam masyarakat.




konklusinya, kepentingan pendidikan masa kini amatlah banyak benefit yang mungkin golongan muda belia masa kini tidak sedar. jika tidak mampu sekalipun, sumbanglah tenaga muda anda untuk memajukan negara dalam mana-mana bidang yang berpotensi. tak rugi pun. mana ada senang dulu baru susah? mestilah susah dahulu sebelum senang. kan? apa pun, tepuk dada tanya hati- pilihlah yang tepat. banggakan kedua ibu bapa selagi terdaya- selagi termampu. inshaAllah, Allah sentiasa ada membantu hamba-Nya. just pray- :)





No comments: