Saturday, September 6, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 3 | Sesuatu Yang Menguatkan Aku.

Selamat pagi readers, stalkers, and dearie diarie! 
Niat di hati nak marathon buat Cabaran 30 Hari ni tak tercapai sebab malam tu tak ada mood selepas seharian tidak tidur petang. hehe. baru buat dua cabaran, dan sekarang nak masuk cabaran hari ketigaaa!







okey- aku bukan iron lady even though ada rupa sikit-sikit. cuba cakap dengan aku, walau macamana tough pun seseorang tu, mesti hati dia ada terusik dengan apa-apa yang menyakitkan. masalah tu datang macam ribut, nak pergi.. macam semut. hm, semut laju sikit, kasi siput babi la (teringat pulak cerita Turbo, kikiki).




selama aku bernyawa ni, macam-macam dugaan dah aku lalui. macam-macam perkara aku dah jumpa. macam-macam benda dah jadi dekat aku. tak kira lah sama ada manis, pahit, masam, sweet sour, bittersweet, semua dah. ada satu ketika tu, memang seronok sebab sentiasa ada dekat atas, tapi, bila sekali sekala terjatuh ditimpa tangga pergh memang sakit tak hengat. sakit woi. sakit gila. sakit PMS pun tak macamni la, sebab hati. kalau hati yang sakit, memang take time sangat nak fully recover.




kadang-kadang tu, bila kita buat baik dengan orang, orang takde pun nak buat baik dengan kita, aku rasa terkilan sangat. ye, memang betul, buat baik jangan harap balasan, tapi.. sekurang-kurangnya layan kita dengan baik pun dah okey. kan? bukan mintak balasan emas permata zamrud berlian. takde pun. part ni memang aku terkilan. sampai aku rasa macam malas dah nak buat baik dengan orang. oh, I wish I could. tak apa. tak apa. Allah tahu niat kita macamana.




so, bagi aku, takde benda lain yang menguatkan aku saat aku bangun pagi celik mata selain, Allah. Mak dengan Ayah (including le families) dengan buah hati jantung pengarang sudu garfu aku. senang cerita, orang yang sayang aku setiap masa 24/7 tanpa henti walaupun jauh kat mata. macamtu juga keadaannya saat abang aku dijemput Ilahi, yang menguatkan aku selama saat itu-- Mak Ayah aku. dengan izin Allah, Alhamdullilah. kesakitan tu beransur pergi, dan tinggalkan kenangan yang cukup merindukan. kenangan-kenangan dengan arwah buat aku jadi kuat, walaupun dia dah tak ada di dunia yang fana ni..




banyak sebenarnya yang buat aku jadi kuat- tapi cukuplah kot tu je di antara faktor-faktor utamanya. heh, dah macam buat karangan STPM aje. faktor-faktor yang menguatkan anda. bhaha, lol! okey- bye- marathon marathonnnnn!




No comments: