Friday, September 5, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 1 | Gambar dan 5 Fakta

selamat petang Jumaat!
harini muka banyaaaak senyum. heh. bukan dapat duit ke dapat novel baru ke dapat cincin emas ke apa. bukan okay- bukannn. meh sini hakak nak cerita. harini terlebih rajin masuk Kelab Blogger Ben Ashaari dekat Facebook. tetiba terbaca satu entri best. bloggers sekarang tengah 'main' benda ni haa. dah macam kat Instagram pulak ada 20 Facts About Me kannn. okey, yang ini lain sikit. nak tahu apa? bloggers lain mesti dah tahu punya. kalau belom tahu, meh nak cerita.



Cabaran 30 Hari (30 Days Blogs Challenge)!
mudah, satu hari satu entri ikut tajuk yang dah diberi. meh usha link ni: http://www.mamaniza.com/2014/09/bagaimana-cara-untuk-menyertai-cabaran.html hanya di blog sahajaaa. aku dah terlewat LIMA hari. so, harapan aku, aku sempatlah nak kejar entri-entri yang tertinggal ni. 



bak kata someone; bagus sebenarnya, sebab blog dah tak berhabuk dan bersawang lagi! hehe. betul jugak tu. kan? okeylah tak nak bebel panjang-panjang kalau bebel macamana nak kejar entri yang dah terlepas tu. kan? here it goes:


Cabaran 30 Hari: #1 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Aku.


#1: Aku sangat-sangat-sangat-sangat suka dengan ciptaan Tuhan (SubhanAllah) macam bulan, bintang (termasuk nama-nama bintang; contoh Perseus, Sirius, Polaris dsb) sampailah ke bima sakti. paling aku teringin sangat nak buat; baring kat tempat tinggi macam atas bukit ke, gunung ke, semata-mata nak tengok bintang kat dada langit sampailah matahari take part. Allah, saia ta kuadd!

#2: cita-cita dan harapan mak ayah nak tengok aku masuk universiti dah tercapai. thanks to Allah, Alhamdullilah. pulak tu, universiti pilihan pertama- Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. dan sekarang ni dah jadi final year student dah pun. Ahad ni nak kena balik Penang. tinggal satu semester je lagi untuk study, lepas tu praktikal. InshaAllah. semoga Allah permudahkan.

#3 Hati aku tersangatlah tisu. kena tiup angin pun boleh terbang melayang apatah lagi tergores walau sikit. terlalu sensitif. MashaAllah. bila something wrong somewhere around me, I won't talk. I prefer to keep silent and muhasabah diri banyak-banyak. I'm not perfect. obviously not.

#4 Aku mula blogging since 2011. curi-curi online nak update blog sebab masa tu aku nak menghadap STPM. syarat Ayah masa tu, boleh online tapi setiap hujung minggu, sekali dan sejam SAHAJA. tak ada kompromi. siapa langgar peraturan ni, Ayah will cut off the internet connection. take it or leave it. okay-

#5 sangat-sangat-sangat-sangat minat tengok World Cup! haha, team mana? mestilah Germany youuuu. sorry, match bola lain aku tak layan even though team JDT yang main. I layan world cup aje. heh, gitewww. (sanggup stay back every nights just because of fusball! wehuuu)



p/s: mula-mula menaip entri ni, rasa macam- eleh, 5 fakta je ke? mana cukup! well- bila dah menaip, Ya Allah. tak ada idea tak ada idea tak ada ideaaaaaaaaaaaaa.
kbye. tunggu cabaran ke-2 pulak selepas ini. stay tuned. tengah marathon ni.
:)






No comments: