Friday, December 6, 2013

Kisah Tiga Segi.

Salam Jumaat yang penuh barakah. Alhamdullilah. masih dikurniakan nyawa. masih dipanjangkan usia. masih mampu bernafas. masih bisa memandang alam yang indah. Alhamdullilah. Syukur. there's a story that I want to tell. today.


Kisah Sahabat Tiga Segi.

orang dulu-dulu pun pernah kata; tak baik ambik gambar/berkawan yang nombor ganjil. sebagai contoh, tiga, lima, tujuh dan sebagainya. well said, kalau korang tak pernah dengar, mak aku selalu je pesan. nenek aku pun sama. selalu sangat dah dengar. tapi, selalu tu jugaklah aku ignored. sebab? entah. aku tak nampak lagi kat mana silapnya. kan?



pernah korang dalam situasi, 'tengah-tengah'? means, kalau kau ada orang terima je lah. tapi kalau kau tak ada, tak apa pun. eh, ada orang perasan ke? haha. lol. okay- dalam situasi ni ada si A, dan jugak si B. si A dengan si B dah kawan baik sejak sekolah- okay, yang tu memang tak boleh nak cakap apa. sebab memang dah rapat sejak zaman batu lagi, kan? perjalanan kehidupan diteruskan lagi sampailah satu saat terjumpa dengan si C. hidup bermasyarakat katanya, so, terima sajalah si C in a group of three.



mula-mula tu memang rasa macam happily ever after, kan? biasalah. mula-mula memang indah. semuanya baik-baik belaka. baru kenal, banyak yang nak diceritakan. banyak benda untuk dikongsi. banyak benda. okay, banyak benda--- tapi, langit tak selalunya cerah. kan? sama jugak macam dalam kehidupan manusia. takkan selamanya ada kat atas. roda berputar. bumi berputar. segalanya berputar ikut paksi. takdir hidup manusia juga begitu.



Tumblr on we heart it / visual bookmark #28131181


Alkisahnya, dah bertahun, still remains the same, till thing became so much worst. Yang aku nak highlightkan dalam cerita ni, apabila berada dalam persahabatan "3 orang", salah seorang MESTI dan WAJIB akan terasa "tersisih dan dipinggirkan". Bukan aku reka-reka cerita, tapi benda alah ni kenyataan dan aku pasti ramai yang pernah merasa dalam situasi ni. Kawan yang tersisih tu mungkin pada awal mula cool jeee, tapi lama kelamaan disebabkan terlalu pendamkan perasaan kecil hati, akhirnya yang tersisih tuh mengundurkan diri, lalu membiarkan kawan dia yang 2 orang tu. Yang 2 orang tuh mungkin berasa pelik dan hairan, dan timbullah berbagai-bagai persoalan antara mereka, seperti contoh : "kenapa dia punya perangai macam pelik, kenapa dia dah taknak kawan dengan kita lagi, kenapa dia macam menjauhkan diri dengan kita, kenapa dia macam nak elak daripada nak bercakap dengan kita, kenapa dan seterusnya kenapa".



tapi, pernah tak korang fikir? apa sebenarnya dah jadi. eh come on. ribut takkan terjadi kalau tak ada sebab. hutan takkan terbakar kalau tak ada punca. senang. situasinya begini:

1. kau keluar dari kelas terlewat sikit, then bila kau keluar, si A dengan si B dah lesappp.
mana?

2. 'nanti kalau nak buat kerja tu, bagitahu aku. nak buat sekali'.
-korang dah buat ke?
-dah. dah nak siap dah pun.
-ok.
(walaupun dah bagitau sejam awal)

3. kau jalan kat belakang sorang-sorang.
si A dengan si B ada kat depan berdua.
jarak, sebatu.

4. si C nak balik bilik, tidur.
si B nak pergi library.
si A refused to do so. tak tau mana nak buat.
dengan si C atau dengan si B.
lastly, si C kata; 'tak apa, aku ikut je.'
si A; punya happy dapat teman si B macam apa.
si C: ok.
(sedar menumpang)

4. group dalam 10 orang.
semua ada partner kecuali si C.
mana mungkin si A dengan si B nak buat kerja sama si C.
tak selesa untuk si B mungkin?
kahkah.



walaupun ada yang cakap, fikirkan yang manis, tak akan tak ada? eh, siapa kata tak ada. banyak manis. tapi untuk  kali ni, pahit tu lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyak. usah kata; 'aku tak sedar apa aku buat'. 'aku tak sedar apa salah aku', 'aku tak tahu apa salah aku.' EH COME ON. takkan kau tak rasa? takkan kau tak ada perasaan? keluarlah dari zon selesa kau tu. cuba untuk rasa apa perasaan orang lain. cuba untuk berada dalam situasi orang lain. nilai. Jangan butakan mata. butakan hati. Habistu, perasaan si C? apa? tunggul? kayu? eh, aku ni siapa sebenarnya bagi korang? haa, macam tu lah.



"If I have to hurt YOU, for the sake of my own feelings, I WILL DO. 
I wont let anybody hurt my heart anymore. Its just TOOOOOOOOOO much!"



so, untuk tak nak sakitkan hati sendiri lagi, baik angkat kaki, dan pergi. kalau si A dengan si B tak boleh nak anggap kita sesiapa, tak apa. kawan lain kan ada? selama ni, aku cuba sedapkan hati sendiri. aku muhasabah diri sendiri. mungkin--- banyak sangat mungkinnya--- I couldn't tell. mungkin ada yang kata, tak matang lah macamni. terpulang. aku yang rasa sakit hati setiap hari. sampai satu tahap, aku dah rasa, aku tak mampu. aku tak mampu. aku tak mampu. Allahuakbar.



aku pun ada perasaan. ada hati---
sampai bila nak dicarik, rabakkan oleh manusia?
aku dah tak mampu nak jaga hati sendiri ke?


Jangan dicabar diamnya manusia. jangan dikira diamnya lemah. jangan dikira diamnya boleh dipijak. Jangan. manusia seperti inilah yang mampu menggegarkan dunia. Jangan. Jangan diuji.. sekarang, aku dah rasa tenang. aku dah tak fikir pasal sesiapa pun. aku okay. rasa sakit hati dah tak ada. Alhamdullilah. terpulang kau nak buat apa. aku tak peduli. aku tak nak ambik tahu pun. Live your life and do the same things too. aku okay, tapi, aku tak nak jadi macam dulu lagi. cukup cukuplah. aku takkan menangis. takkan--- hati aku dah cukup batu dah sekarang.



thanks for everything.
Sejak bila kau peduli bila aku tak ada?
SEJAK BILA?
aku mengalah bukan kerana aku kalah.
aku cuma. dah penat---




2 comments:

LiNaLiNo said...

:) suke bace dis part sygg

cikLeaa said...

@linalino thanks yanggg. Rindu awak!!