Saturday, December 7, 2013

Finally, FROZEN!

kesibukan melampau sampai tak ada masa untuk diri sendiri. tak ada masa nak have fun and enjoy. tak ada masa nak live up my life. pergi kelas, balik, assignments, dateline, tidur. dah berapa minggu tak jumpa shopping mall. sedih T________________T


paling sadis, selalu je missed tengok wayang. 
last, Thor.
lepas tu. tak ada lagi. sampailah semalam.
Frozen babe. Frozen!


dalam hidup aku, aku dah dimomok-momokkan dengan kartun sedari kecil lagi. dan sampai sekarang. kartun dengan aku dah jadi sebahagian dalam hidup dah. orang lain mungkin sama, tak kisahlah. aku bukannya extra-ordinary person pun. antara kesukaan aku, Chowder, Phineas & Ferb, Oggy & The Cockroaches dan dan dannn banyak lagi. tu kalau kat tivi lah. kalau kat wayang, mana-mana pun okay. aku suka cerita yang tak logik, tak masuk akal. Disney especially. cerita-cerita yang diadaptasi dari novel atau buku-buku, lagilah aku suka. then, cerita princess-princess Disney pun sama. cerita dongeng tak masuk akal, seronok apa. secara tak langsung, aku membantu otak aku berimaginasi. berfikir di luar kotak ;)



Frozen last night with le girlfrienddddd:

 



SINOPSIS:

Frozen Walt Disney Anna Dan Permaisuri Salji berdasarkan cerita dongeng The Snow Queen membawa kisah kekeluargaan yang membabitkan hubungan kasih sayang antara kakak (Elsa) dan adik (Anna) yang terpisah kerana kuasa ajaib yang dimiliki Elsa sejak kecil. 

Elsa disumpah menjadi raksasa selepas menyalahgunakan kuasanya yang mencetuskan musim sejuk abadi yang membekukan kerajaan Arendelle, lalu dia melarikan diri bersembunyi. Duke Weselton yang angkuh merancang untuk meyakinkan semua untuk menentang Elsa, untuk kepentingan jahatnya tersendiri

Anna perlu mengembara untuk mencari kakaknya Elsa (kini dikenali sebagai Permaisuri Salji) untuk menyelamatkan kerajaan Arenbelle mereka daripada musim sejuk abadi (kekal selamanya) yang penuh dunia magik. Anna juga akan dibantu oleh penjual ais Kristoff dan orang salji yang kelakar Olaf.


****


dah macam teater muzikal dah aku tengok. sikit-sikit nyanyi. part menyanyi je rasa boring. haha. tapi seronok boleh tahanlah. Olaf dengan Elsa memang cantikkk. aku suka tengok figure dorang, cantik comel! hehe. Aku rasa dalam cerita ni Sven lah hero, sebab kalau tak ada Sven tak ada Kristoff. Kristoff takkan dapat sampai tepat pada masanya masa Anna hampir membeku. OH, lagi satu. kisah ni lain dari yang lain sebab a power of kiss (untuk merungkai sumpahan) bukan jadi satu trademark lagi. Tapi sebenarnya, nilai kasih sayang yang tak terhingga di antara seorang kakak dengan adik yang berjaya merungkai sumpahan tu. bukan lagi a kiss from the hero ;))


No comments: