Sunday, December 8, 2013

It's All About SONY ♥

masa kecik-kecik dulu, aku teringin sangat nak pakai laptop jenama Sony VAiO. itu masa aku kecik-keciklah. umur dalam 12 tahun ke atas macam tu lah. tapi, aku rasa macam mustahil je nak dapat. sebab kat rumah dah ada. nak dapat laptop sorang sebijik, macam tak ada fungsi je kan? lagi-lagi masa sekolah. bukan pakai sangat pun. tak macam budak-budak harini. masa sekolah, laptop dah jadi macam benda wajib. aku? tak ada tak apa. kalau ada lagi bagus. entah. guna Ayah punya laptop pun dah okay. so, aku abaikan jelah rasa nak pakai Sony VAiO.



tak lama lepas tu, aku rasa tercabar gila babas bila adik aku yang dapat dulu. as a reward for her sebab dapat 9A's in SPM. aku: aihh, sejak bila budak ni minat VAiO aku? sejak bila sejak bilaaaa? aku rasa nak nanges. sobsob. tak apa. tak apa. tak kisahlah. agak terkilanlah, sebab aku dapat pointer 3.83 dalam STPM tapi tak dapat apa-apa. haha. lol. ingat senang nak dapat 3.83? near miss 4 flat kot? haha :P



tak kisahlah. dapat Anugerah Emas pun dah okay. plus, dapat masuk USM. As a reward for me too ;) Allah Maha Adil. ye tak? DIA mendengar segalanya. okay, tak lama lepas tu, aku pun dapat jugak Sony VAiO kecintaan gua ni. haha, terima kasih banyak-banyak daddy. happy tak hengat baq anggg. sebab apa aku suka VAiO? pertamanya: aku suka nama dia. Sony VAiO. nampak eksklusif gitewww. keduanya: sebab bagi aku, lappy dia semua cantik-cantik. warna pun gorgeous semuanya. kan?





Serious talk. aku memang suka Sony VAiO sejak aku kecik lagi. brand lain aku macam tak minat sangat. setakat ni, sebelum pakai VAiO, aku dah pernah guna ACER, LENOVO. boleh tahanlah. not bad. tapi, kalau dah memang bukan minat, tak minat jugak. kahkah. demand teruk habis woi! 


ni VAiO aku.
baru aku perasan kalau, dah setahun lebih, aku baru tukar wallpaper original dia hari tu.
selama ni aku tak perasan kalau aku guna wallpaper yang sama dah setahun?!
haha, get a life, kid.



hello. we're sisters!
yang pink tu aku punya. yang silver tu adik aku punya.


Alkisahnya, akhirnya aku dapat jugak crush aku ni. tak kira lambat atau cepat, bagaimanapun caranya, inshaaAllah, apa yang aku nak, pasti tertunai jugak. ecece. so sekarang ni, cerita dia, SONY tengah buat promotion. tengah SALE lah kiranya. 15 November till 31 December 2013. aku scroll ads aku ni, nampak benda best, kat BPMALL pun ada jugak. heh. so, for more informations mohon klik ini : SONY TIME PROMOTION


selamat meng-upgrade-lappy anda!
*sorry, I memang suka benda-benda eksklusif giteww*
wahaha :P





No comments: