Wednesday, March 27, 2013

nikmat gagal (:

selamat petang people! sebenarnya, dah lama terasa nak update belog pasal stori morie yang satu ni. tapi, asyik tak berkesempatan aje. lupa dah pun. tapi, disebabkan ada someone yang talk bout this today, aku pun rasa macam, ohhhh. kau boleh kata apa saja, tapi yang laluinya adalah aku. kau boleh ketawa macam mana sekalipun rupanya, tapi, yang rasa segala rasa itu adalah aku. so, aku rasa, adalah baiknya aku bercerita saja tentang perkara yang bukan lagi rahasia. hee ;)




dua tahun yang lalu, lepas tamat je STPM, hati ni tergerak untuk memohon SPA. hati ni sekali lagi tergerak untuk berbuat demikian sebab rasa gundah gulana tak dapat nak menempatkan diri sendiri kat dalam salah sebuah universiti tempatan kat Malaysia ni. segalanya seperti satu percaturan yang entah dimana untung ruginya. entah dimana bakal rezekinya. mohon saja semuanya. ya, aku apply semua tu.




mungkin masa tu, rezeki menyebelahi aku. gembira-tak-ingat-dunia. Alhamdullilah. tak pernah lupa. dalam beribu, aku yang bertuah itu menjadi salah satunya yang terpilih untuk menghadiri peperiksaan SPA. kali pertama, aku ditawarkan sebagai Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred 27. tapi aku tak pergi. belum cukup semangat dan kekuatan. tapi, kali kedua, sekali lagi aku ditawarkan jawatan dalam SPA, atas dorongan mak ayah, family dua-dua belah pihak *ecece, ngade* aku pun pergi. dengan semangat yang membara katanyaaa. hee. just imagine that, almost every week aku ulang alik, Penang-Johor, Johor-Penang, Penang-Johor semata-mata untuk ini. mencuba nasib. 







disebabkan pihak SPA ni suka sangat hantar notification melalui emel, makanya, aku tak pernah missed check emel semenjak hari itu sehingga kini. emel, salah satu medium penting menyampaikan maklumat. Alhamdullilah, selesai saja peperiksaan bertulis, aku mendapat satu lagi khabar berita gembira. LULUS! means, another step yang aku perlu lalui dalam hidup ni. mencari pengalaman kehidupan. yeah, pengalaman mendewasakan!




namun, siapalah aku untuk menolak takdir Tuhan. siapalah aku untuk menolak segala takdir-Nya. aku tersungkur di situ. tapi, sebelum aku mengalah, untuk pengetahuan, aku telah mencuba SEHABIS BAIK. ya, SEHABIS BAIK kat sana. sebab apa aku cakap macam ni? aku adalah di antara salah seorang peserta yang mendapat pujian dari Pegawai Imigresen yang memeriksa. masa tu, aktiviti pengucapan awam kat khalayak ramai, dalam bahasa Inggeris! lagi satu, masa aktiviti pengucapan awam dalam bahasa Melayu pulak, aku dapat pujian yang tak putus-putus dari kawan-kawan yang aku sendiri tak kenali. yang pasti, pesaing aku juga bukan calang-calang orang.. aku di antara yang paling muda waktu tu kat situ yang memohon jawatan ni.....




sukar. sangat sukar.




aktiviti berkumpulan speak in English, aku jadi ketua untuk terangkan apa yang telah kami bincangkan. masa sesi perbincangan, banyak idea aku disokong oleh orang lain dalam meneruskan hujah-hujah mereka. Alhamduliilah. --Allah permudahkan segalanya untuk aku..




aktiviti kecergasan pulak, semua aktiviti yang ada dalam jadual, aku lulus semua perkara. aku sendiri yang jadi volunteer untuk buat satu aktiviti, lompat berdiri, 1.5meter. sekali lagi, aku dapat pujian sebab aku orang pertama yang buat, dan aku BERJAYA! sekali lagi juga, aku dapat pujian dari semua orang termasuklah kakak cantik --Pegawai Imigresen. happy tak hengat oiiiiii.




dan bila hari ni, ada orang tiba-tiba bertanya : Lea, bukan ke kau pergi SPA.
aku jawab : Tak, Tak dapat. serentak dengan tu, dia ketawakan aku. 




Fine. tak mengapa. sedang hakikatnya aku tahu apa yang aku lakukan, aku tahu apa yang berlaku. realitinya. takde orang dalam, semakin sukar cita-cita nak kerja government. aku tersedar tentang hakikat itu. aku terasa rugi tentang satu perkara : kenapalah aku tak mintak tolong bla bla bla untuk kerja ni. damn it. aku dah terlampau gembira untuk meninggalkan USM dan ..... course ini, dan segalanya yang ada di sini. segalanya terasa pahit dan sukar sekali dengan apa yang terjadi. aku yakin. Allah pasti akan gantikan kedukaan ini dengan sesuatu yang lebih indah dan manis kelak. in shaa Allah. Amin!





"Aku bersyukur kerana diberi peluang 
merasai nikmat kegagalan atas usaha yang tidak berbelah bagi ini.
Usahalah selagi mampu.." -Lea










No comments: