Friday, March 22, 2013

My E-Day *dreaming

dah lama tak tulis-tulis-type-type macam ni. selalu post gambar aje, kan? okay, kali nie, aku terasa dan teringin nak kongsi storie morie dengan korang semua tentang salah satu impian, harapan, dan cita-cita aku yang masih dan belum lagi terlaksana. namun, perancangan untuk ke arah itu, in shaa Allah masih ada dan telah ada. yang pasti, bukan dalam masa terdekat ini. tambahan pulak, one of my friends, going to get engaged soon, so, aku rasa nak share jugaklah tentang apa yang aku rasa. terbaik untuk aku dan dia.




kalau kita tengok, sekarang ni, banyak sangat dah kan majlis bertunang, ada pelamin, ada encik tunang datang sekali kat majlis. sedangkan, kalau mengikut adat kita, encik tunang tak perlu hadir sekali semasa ahli keluarga pihak lelaki yang datang ke rumah pihak perempuan. unless, bila majlis dah selesai, itu terpulanglah macam mana. ambik gambar sampai lebam, then keluar tengok wayang ke apa ke. terpulang. hak masing-masing.




 

contoh mini pelamin : Google



kalau dulu pun, lepas pihak lelaki balik je, encik tunang akan datang rumah pihak perempuan, pakai baju biasa. I mean datang dengan hanya pakai jeans, baju kemeja. tapi sekarang, mesti nak sedondon dengan baju tunang perempuan. memang nampak sweet, tapi, bagi aku, aku tak nak macam ni. aku nak encik tunang pakai biasa-biasa saja. untuk aku, eh, sukalah kita nak pakai lawa-lawa, cantik-cantik camane pun. hee.




bagi aku lagi, aku nak majlis tunang yang simple-simple aje. no pelamin, no mini pelamin dan sebagainya. simple kan cantik. jimat kos, save bajet, save duit mak ayah dan duit semua orang. sebab apa? ni baru tunang, yangg datang pun tak ramai, private, ahli keluarga terdekat saja. bukan apa. takut pulak meriah-meriah ni tup-tup tak ada jodoh. tak ke pelamin anganku musnah? haaaa. lagi satu, aku tak nak encik tunang datang semasa majlis. lepas majlis baru boleh. kalau tak nak datang terus pun tak apa. haha! tak lah tak lah. main-main aje. then, masa majlis tu, aku nak duduk dalam bilik je, tunggu bakal mak mertua sarungkan cincin, lepas tu baru nak keluar bilik. tak nak sarung cincin kat ruang tamu. hee. nak ikut adat orang dulu-dulu. kan best? 




so, senang cerita, aku nak segalanya simple, tak payah nak pening-pening fikir. simple and sweet. eh eh. talk bout engagement ni, ada apa-apa ke? haaa, tak ada apa-apa motif pun. hanyalah perkongsian pendapat tentang apa yang aku rasa. apa? majlis aku? hee, lambat lagi........................ (;












2 comments:

~batrish♥~ said...

cantiknye..boleh la tu cepat2 tunang =) hee

cikLeaa said...

Hee, lambat lagi lah dear (: