Sunday, December 16, 2012

the pendants ♥

Assalamualaikum, selamat pagi. salam sejahtera, selamat hari Ahad.
mesti korang rasa blog aku nie tak best langsung kan? tak menarik, kan? tak ada apa-apa pun, selain dari iklan Nuffnang, tu pun kejap ada kejap hilang, kejap ada kejap hilangg. tak mengapa, kalau ada, anda dikira bertuah. haa, silalah klik iklan Nuffnang tersebut. banyak manfaat tau. banyak benda baruu korang boleh dapat. heh, sila klik. jangan tak klik!




Lagi satu. blog aku nie memang takde chatbox lagi dah. maaf maaf maaf ya. bukan apa, dulu aku pernah ada. dan memang ada. benda wajib kot nie, letak dalam blog. tapi, aku tak ada. everything happened for reasons, right? camni cerita dia, dulu, chatbox aku, ada anonymous mana entah, aku tak tahu, dia ada masalah mental apa entah, aku still tak tahu, suka suki dia aje guna harsh words kat chatbox aku. dan itu buat aku bengang, bertambah malu. Lahaiii, aku tak ade dengki orang, orang dengki aku. haish. tak faham betul.




so, disebabkan itulah juga, belog ini tiada chatbox sehingga sekarangg. hari nie rasa bosan duduk dalam bilik. cakap-cakap dengan roomate (kaki jalan mengalahkan akuuu), tanya nak pergi mana hari ni. rasa macam tak ada life aje bila duduk dalam bilik. makanan pon dah nak habis. ada maggi beberapa bungkus je. lama lagi pulak tuu nak cuti semester. begitulah di antara ceritanyaaa. then, we decided to went out. I thought everybody at home spend their weekdays! but, I was wrongg. haha, sorry, tak ajak! Jom tengok apa yang kami dapat hari nie ... :)





tadaaaaaaaaa!
hantu gelang berjumpa dengan kedai gelang ;
can-choose-pendants-by-your-own.
(:
RM10, with 4 pendants.
see? too many pendants! arrghh, I want all of them.
T_________________________T






ada bentuk owl, bunga, love, Eiffel, rabbit, guitar.
banyak lagi laaa. tak cukop satu page kalau nak cerita semua.


rantai!
heh, kegemaran akuuuuu.
satu tu RM10 je. tapi aku tak beli rantai sebab aku dah ada dua.
don't waste, please. Leanelissa (:


selepas beberapa jam berada kat situ,
barulah dapat buat keputusan terbaik. terbaik. terbaik. dan agak baik.
setiap pendant, ada makna yang tersendiri.
bagi aku lah. korang nak tahu tak apa makna pendant yang aku pilih tu?



satu : bunga :
- aku sangat sukakan bunga, corak bunga, floral. bagi aku ia membawa maksud lembut, tak mudah untuk memiliki. kena kerja keras sikit. heh.



dua : mask :
- MYSTERIOUS! aku bukanlah jenis manusia yang suka menonjolkan diri, dan watak aku pun, aku rasa ramai yang tak tahu lagi. kebanyakan watak aku mainkan kat USM nie, hipokrit. berbeza dengan aku yang dulu. and nobody's know (:



tiga : Eiffel Tower :
- kalau part nie, aku rasa memang dah ramai yang tahu akan kegilaan aku dengan senibina France ni. Pendant rantai aku berbentuk eiffel.

kawan : kau nak tahu tak Leaa? aku rasa, kau lah manusia yang paling kuat dalam Penang ni. err, tak. aku rasa, kau lah manusia yang paling kuat sekali dalam dunia ni.

Leaa : hm, yeke? apesal pulak? *buat muka blur*

kawan : sebab kat leher kau ada tergantung rantai dengan menara Eiffel. tak ke kuat namanya tu?

Leaa : okayyyyy..............!! haha



empat : kamera :
- Aku memang sangat sangat sangat addicted dengan kamera dan photography. maaf, DSLR kini sedang berada di rumah. kalau tak, habis tak berehat natangg tu dengan aku.




gelang aku dengan roomate aku.
dia punya pulak, lain cerita. heh, tak perlulah aku nak ceritakan (:



ambik gambar guna kamera biasa saja.
sobs. sedih pulak rasanya. haha! tak cantik!




kesimpulannya, loket-loket kat gelang tu melambangkan siapa diri aku. hm, serba sedikit. mungkin ada. tapi, sebenarnya, ia lebih kepada minat aje ponnn. mana yang lawa, ambik je la. dah rambangg mata. kalau tak pilih, maunya ada kat situ sampai Kompleks Bukit Jambul tutup! make it fast, Leaa, Lin! kali ni, kami memilih Kompleks Bukit Jambul sebab dah selalu sangat kat Queensbay. plus, Queensbay takde CoolBlog. masing-masing mengidam nak minom CoolBlog cendol. haha, part tu je kami sama minat. lain-lain perkara, tak sama langsung. aku minat A, dia minat B. 




lagi pulak, kat situ ada Mydin. boleh dapat diskaun untuk beli barang, guna Kad Siswa 1Malaysia. heh, thanks to Kerajaan Malaysia di atas kemudahan ituu. jimat duit kami. Alhamdullilah. walaupun tak banyak. tapi, ada lah jugak sikit. (:




okay-lah. itu sahaja untuk malam ni. aku dah penat nak menaip. takde idea dah. nak zzz. sebelum tidur, maafkan segala kesalahan atau kesilapan manusia lain terhadap kamu, dan bermohonlah kepada-Nya agar manusia lain yang terasa hati atau apa saja dengan kamu akan memafkan segala kesalahan kamu terhadap mereka. In shaa Allah. kita manusia biasa, tidak pernah lari dari melakukan dosa. ayat ayat cinta dari #TheWeddingBreaker. sekian saja, selamat malam. mimpi indah!












4 comments:

Zaidatul Hasna (Ana) said...

comelnya ! ^^
tempat kat mana tu yang ? nak jugak

LiaNelissa said...

kalau kat area Penang ni kat Kompleks Bukit Jambul (: betul-2 kat depan entrance utama. hee

Anonymous said...

ohsem! cantik sangat :)

LiaNelissa said...

hee, thanks dear !