Saturday, December 15, 2012

Aku Yang Khilaf.

kadang-kadang, aku tak faham dengan permainan dunia. kadang-kadang aku rasa aku mampu nak hadapi nie semua dengan tenang. kadang-kadang aku rasa aku kuat nak tempuhi dugaan nie. kadang-kadang aku rasa aku hebat dalam menguruskan masalah yang aku ada. kadang-kadang aku rasa perfect dalam semua perkara. Itu, kadang-kadang. Ya, kadang-kadang.




kadang-kadang aku rasa aku bertuah, dilahirkan tanpa punya berjuta masalah. kadang-kadang aku rasa bertuah, dilahirkan untuk terus tersenyum walau punya sejuta masalah. kadang-kadang aku rasa bertuah sebab mampu sembunyikan masalah tanpa ada yang tahu. kadang-kadang, aku rasa bertuah kerana masih dikurniakan sahabat yang sudi mendengar apa sahaja... Ya, itu, kadang-kadang....








Tapi, sesungguhnya, aku terlupa akan segala kelebihan dan kehebatan yang diberi. Aku alpa. Aku lalai. Aku ingatkan, masalah itu akan selesai kalau dibiarkan lama-lama, tanpa sebarang penyelesaian. Aku silap. dan aku akui itu salah aku. Aku penakut. lari dari masalah yang telah aku ciptakan. untuk melupakan, aku buat-buat gembira, aku teruskan hidup dengan gembira. sedangkan ada hati yang sedang berduka. ada hati yang sedang bersedih. sebab siapa? sebab aku.




sebab aku pentingkan diri aku sendiri, aku terlupa, atas perbuatan aku sendiri, aku ditimpa pelbagai masalah yang dahulunya aku sangka dah pun selesai. salah aku, jika kau berdendam. salah aku, kalau kau sakit hati. salah aku kalau kau membenci. Ya, semua salah aku. aku terlalu mengikut kata-kata manusia yang menganggap, ini semua untuk " kita ". Percayalah. baru aku sedar kini, itu bukanlah untuk " kita ". tapi, untuk dirinya saja..




Ya Tuhan. betapa selama nie aku terlupa aku sedang menghancur-lumatkan hati seorang manusia. berdosanya aku. mengejar cita-cita, harapan dan impian, sedangkan ada yang tidak meredhai kejayaan yang aku miliki. Itu semua disebabkan oleh dendam. baru aku tahu kini, mengapa, dan kenapa hati rasa sungguh tidak tenang.. Ya Tuhan..








Aku yang khilaf. aku yang salah. aku tak mampu nak menjaga hati orang sekeliling aku dengan baik. Apalah gunanya hati aku, kan? masing-masing campakkan ke ... laut. maafkan aku kalau aku berputus asa dengan apa yang terjadi. perkara bertahun-tahun, takkan mudah untuk selesai dalam masa seminit. dan nampaknya perkara ni makin membuahkan benci di hati. Maafkan aku.









No comments: