Sunday, December 16, 2012

#LeSisters ♥

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu, selamat hari Ahad, salam sejahtera. dapat jalan-jalan kat Melaka hujung minggu macam ni, mesti best! hee. aku rasa happy betul hari nie. heh, tak tahulah kenapa. tadi, aku rasa nak ushaa novel baru, macam biasa. kat KELAB PEMINAT NOVEL .lepas tu, mata aku ternampak sesuatu yang ... susah aku nak cakap. aku menjerit dan cakap dengan begitu terujaaaaaaaaa sekali kat roomate aku. heh, cerita yang selalu aku ceritakan kat roomate aku pasal, tak lain dan tak bukan, novel The Wedding Breaker. meletoppps gila novel tu sekarang, heh. hot! memang layak laa novel tu laris kat pasaran sekarang nii (:







okay-okay-okay. emosi betul sekarang ni. mungkin disebabkan novel ni, The Wedding Breaker, aku asyik mimpi yang indah-indah je bila tidur. wahh. aku rindu watak Tengku Adam Kamil dengan Ariana Rose. sangat sempurna. roomate aku kata ; "...baca novel nie untuk orang yang forever alone. takde life. asyik nak berangan aje memanjangg" . haha, tak kisah lah nak cakap apa pun, dah namanya hobi, buat macam mana sekali pun, akan tetap jadi hobi. takkan ada yang mampu nak ubah, kecuali, jika aku ditimpa satu penyakit yang boleh buat aku tak mampu nak membaca, tak mampu nak berimaginasi. astaghfirullah'al azim, jauhkannn lah aku dari penyakit yang seperti itu!





"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)





dan untuk novel yang seterusnya, aku dah pun jumpa. esok aku nak pergi cari kat kedai buku Sungai Dua, USM. In shaa Allah. *tengok purse* haha! sebenarnya, aku nak update pasal benda lain hari nie. bukan pasal novel. tapi, pasal something. adik aku punya kerja laa ni. entah apa pulak lah masalah dia kali nie.




Back to Basics. Whenever I got problem. And there is no one to hear me. 
She'll come. Love her ♥ #LeSisters #EternityLove




the latest.





sebenarnya, dalam hidup nie, kita akan sentiasa ada untuk orang yang kita sayang. termasuklah di saat susah mereka mahupun senang. sebenarnya, dalam hidup nie, kita sentiasa dekat dengan orang yang kita sayang, walaupun hakikatnya, di mata begitu jauh. tak terfikir dek akal, terpisah beribu batu jauhnya. sebenarnya, dalam hidup nie, kita sentiasa sedia untuk mendengar apa jua perasaan mereka, termasuklah rasa gembira, suka duka, jatuh, dan bangun mereka.




sentiasa ada untuk mendengar. sentiasa ada untuk berpaut. sentiasa ada untuk meminjamkan bahu. sentiasa ada untuk menangis bersama. sentiasa ada untuk merasa kegembiraan. sentiasa ada. dan selalu ada. kerana apa? kerana kita memang telah diciptakan untuk menjadi saudara kandung, berkongsi darah, berkongsi daging dari ibu bapa yang sama. hasil didikan juga sama, dari ibu bapa yang sama. tak lebih, dan tak kurang. tapi, kadang-kadang tuh terasa lah jugak lebih atau kurangnya. hehe.




last year.




Itulah gunanya keluarga. sesakit mana pun, sepahit mana pun, semanis mana pun kenangan itu, itulah kita. keluarga kita. dan kenangan kita. takkan ada yang sama. aku adik, dan kau kakak, Mojo adik bongsu! haha :P




 
last few years.




dah lah, jangan nak sedih sedih lagi. Big Girl Don`t Cry.. itu namanya realiti. itu namanya kehidupan. aku dah cakap, kehidupan kat universiti, tak sama macam kehidupan kat sekolah. apa pun, be stronggg okay. I know you can do it! Brilliant Girl! 





Love You Too ♥ #LeSisters #EternityLove









3 comments:

Kina said...

kembar ke??

LiaNelissa said...

tak lah.
beza dua tahun (:

Mohd Sabrie said...

hye..done follow-mollo.. http://yieweezer5915.blogspot.com/ :)