Saturday, December 15, 2012

review | The Wedding Breaker

Assalamualaikum, salam sejahtera. selamat petang, selamat hari Sabtu!
apa nak buat eh hari hari yang macam nie? assignment hampir selesai, kelas dah banyak yang takde. almaklumlah, nak dekat final, kan kan kan. tapi, minggu depan still ada jugak kelas, kalau tak silap aku, ada dua kelas lagi kot. selepas tu, fokus kat final lah gamaknya. adoii, seram pulak bila time nak final nie. 




untuk itu, aku dah putuskan, tak nak beli sebarang novel lagi, sebelum menjelangnya peperiksaan akhir tidak lama lagi. *ecece, macam boleh percaya je kan aku nii*. hari nie, aku nak storie morie pasal satu novel yang tersangatlah hebat, tersangatlah menarik, tersangatlah best untuk aku. novel ni, sebelum aku beli, ada jugaklah kisahnyaa.




apa dia? heh, macam biasa. aku akan ushaa novel-novel terbaru melalui Facebook : KELAB PEMINAT NOVEL .kat sini, dorang akan preview novel-novel yang terbaru, laris kat pasaran dan macam-macam lagi. so, satu hari tu, aku mencari satu novel nie, kat Popular takde, kat Borders pon tiada jugak. cis cis cis. disebabkan oleh itu, aku terbeli novel lain. hm, nevermind la (:




satu hari tu jugak, aku keluar pergi cari majalah kat kedai buku Sungai Dua, USM, terjumpa pulak novel yang aku nak ni! aku rasa macam ................ awesome! dah lah kedai biasa-biasa je, tapi siap ada diskaun 10% lagi. tak payah guna member card pon tak apa. jimat-jimat (: so, this book`s considered as my special one selepas novel Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik (STRTA) atas kesusahan aku untuk memilikinya. heh. love story betul !





The Wedding Breaker.




jalan cerita dia memang best. penuh dengan islamik, ilmu pengetahuan. hero dengan heroin dia pon sama darjat. takde la macam selalu, sorang kaya, jutawan, sorang lagi miskin, takde harta, atau biasa-biasa saja. jalan cerita yang penuh dengan kemewahan. gangguan orang ketiga pon takde sejak mereka berkahwin. sweet gilaaa alam rumahtangga dorang. haha, tak habis habis dengan lingerie lingerie lingerie :P




kaki novel memang kena ada novel nie, tambah koleksi anda. I gave this 5 stars from 5. heh. plus, cover novel dia cantik! tak boleh pinjam gua punya. haha :P *thumbs up to Evelyn Rose* gigih betul aku nak habiskan novel ni. kononnya, nak baca perlahan-lahan laa, nanti cepat habis. cis. kenangan hanya tinggal kenangan. time tu jugak aku baca, nak habiskan cepat! nak tahu ending dia yang sangat super duper sweet. Lahai, melting betul. nak husband macam tuuuu boleh? hehe..








p/s : novel nie buat aku sedar, betapa pentingnya dalam menerima seseorang tu,
"...let past is past, dear.."
tak  kira apa pun latar belakang dia sebelum ni,
atau macam mana sekali pun dia sebelum ini.
semua sudah tertulis oleh-Nya ...!






tuan tanah yang sungguh gembira dengan novel-baru-beli beliau (;
The Wedding Breaker.
sampai nak makan KFC pon duk belek novel ni dulu, baru makan.
such a satisfaction!











5 comments:

Unknown said...

Mcm best.. nk beli jugak la nnti.. Thank for the info XD

LiaNelissa said...

memang best! kena belii!
sure tak menyesal :D

mommyfarah said...

ramai yg review novel ni best. farra dah beli tapi tak baca lagi..huhu..in sha allah akan review juga di blog bila dah habis baca...hehehe

Evelyn Rose said...

wah lovely review ! thanks babe :)

juicy X said...

ohhh x sabaq nk baca!