Friday, November 30, 2012

Part II : Breaking Dawn ♥

Alhamdullilah, bersyukur kerana masih mampu untuk bernafas, dan menghadapi hari-hari esok walaupun entah apa agaknya yang ada, yang akan berlaku pada hari esok. tak tahu. semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah, Amin!



untuk hari nie, aku dah beli tiket bas. balik rumah. RM60. itu adalah perkara biasa. heh. RM60, boleh buat beli macam-macam. boleh makan steamboat kat Johnny's sampai muntah, boleh borong barang dekat Daiso melambak-lambak, boleh dapat dua kadang-kadang tiga buah novel secara serentak!




tapi sayangnya...........ada urusan yang perlu untuk aku selesaikan. pulang ke rumah! YA, itu adalah salah satu jalannya. minggu depan, akan bermula satu lagi kisah perjalanan yang panjang, dari Pulau Pinang pulang ke Johor Darul Takzim. berapa jam? 8. awwhh. itu adalah lumrah. erk. patah tulang. pening kepala. sakit satu badan. awh. itu juga adalah perkara biasa. hm, why so sadddd? apa urusan yang penting tu? "tiada satu pun urusan yang paling penting selain menyahut seruan Ilahi" . okay okay. ini perkara penting yang kedua. akan aku cerita untuk post yang seterusnya.



sebenarnya aku nak cerita pasal Twilight Breaking Dawn : Part II. yay! lompat happy-happy! walaupun orang kata ; aku lambat! cerita dah basi. atau apa-apa sajalah, yang penting, aku dapat tengok jugak penutup segala cerita. dari zaman sekolah dulu kot aku follow cerita nie, sampai sekarang, dah kat universiti. masih lagi addicted dengan cerita ni. kisah percintaan yang sungguh romantik, tragik, penuh suka dan duka. hm, agaknya, kisah cinta aku ada mcam tu ke tak ek?



entah.



The Twilight Saga : tengok kat rumah, lepaking dengan ayah, adik. buat ala-ala tengok wayang (tak berapa nak wayang sangat la) tutup lampu utama, pasang lampu kecik, tengok Twilight sama-sama. sebenarnya masa ni tak disengajakan pun. tengok kat HBO je. hee, tivi 40" pon okay (:



The Twilight Saga : New Moon : aku tak ingat la aku tengok yang nie dengan siapa. aduhai.



The Twilight Saga : Eclipse : kalau tak silap aku, masa nie aku tengok dengan salah sorang bestie aku. Ummi Atthiyah. masa tingkatan enam yang lalu.



The Twilight Saga : Breaking Dawn Part I : tengok dengan Fakha.


The Twilight Saga : Breaking Dawn Part II : tengok dengan rumate. wuwuwu~ tak berapa nak feeling-feeling la sebab pergi dengan rumate. haa. 




ciss. aku ingatkan peperangan tu betul-betul berlaku. Ingatkan Carlisle memang betul-betul mati. aku ingatkan Wolf tu memang betul-betul jatuh dalam rekahan ais tu. aku ingatkan semua tu betul-betul berlaku! rupa-rupanyaa... itu hanyalah vision dari Alice dan Aro. ciss ciss ciss. aku dah nak menangis dah. dah sedih betul tengok babak tu. sikit je lagi nak nangis. huwaaa ;(



rupanya, tak ada apa-apa yang berlaku. bagus la!




why so sweet ? heh.



Such A Great Love Story.








No comments: