Saturday, December 1, 2012

1st of December | HB ♥

H I L A N G . hilang seseorang yang kita sayang, itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita terima. itu adalah sesuatu di luar dugaan, tak terfikir oleh akal fikiran. Namun, apa pun ia, "mati itu adalah pasti!" . kehidupan di dunia itu semuanya adalah sementara, kehidupan di sana adalah selama-lamanya. walaupun kematian itu adalah pasti, tapi, bagi aku, aku tak bersedia untuk kehilangan orang-orang yang aku sayang. Jujurnya, ia terlalu pahit untuk ditelan, terlalu sakit untuk merasa. terlalu perit untuk diceritakan.




namun, apalah daya kita. hanya manusia biasa. yang tidak pernah mampu untuk lari dari qada' dan qadar-Nya. aku sentiasa percaya, setiap apa yang berlaku tu, ada hikmah-Nya. Allah akan sentiasa menggantikan sesuatu yang sedih, yang tidak menggembirakan, dengan sesuatu yang menggembirakan, yang menyeronokkan. setiap kedukaan pasti ada penawarnya. dan, Alhamdullilah. Alhamdullilah dengan apa yang kami miliki sekarang.







Ramai yang tak tahu tentang sejarah kehidupan aku yang pahit ni. kalau ada yang tahu pun, mereka tak merasai apa yang aku rasa. tak peduli. "...hidup kau, bukan hidup aku." tak mengapa. itu semua lumrah. orang tak merasa apa yang kita rasa. dan orang jugak belum rasa apa yang pernah kita rasa, apa yang pernah kita lalui. kadang-kala, perbezaan di antara kita dengan orang lain yang menjadikan kita begitu istimewa. Special Edition Person In Earth! and sometimes in Mars. hee :)






1st December.
tiap-tiap tahun pun ada.
setiap tahun tak pernah lupa.




why so special? haa. walaupun orangnya dah tak ada di dunia yang fana ni, tapi, segala kenangan yang ditinggalkan, mana mungkin kami akan lupa. dia segalanya. dia satu-satunya.. Abang yang aku ada dalam hidup ni, dalam kehidupan ni. tak mungkin akan ada pengganti. tak mungkin akan ada yang mampu untuk ganti tempat itu. 




1st of December. Happy Twenty-Forth Birthday ; my beloved late brother. may his soul placed among the believers. I missed you. Al-Fatihah.






2 comments:

Fieeq said...

Al fatihah. Semoga arwah sentiasa dalam naungan Allah. Ameen

cik Leaa said...

insyaAllah, amin .... :)