Friday, September 21, 2012

Tahun Melawat Perak | #1





alhamdullilah. minggu lepas, berjaya jugak aku teroka lagi dua tempat kat Perak Darul Ridzuan ni.
semua orang dah pergi sana rasanya. heh. aku je kot yang belom.
dua tempat je yang berkesempatan untuk singgah.
masa sungguh singkat untuk teroka keseluruhan negeri Perak.
nasib baik ada kawan-kawan daripada pelbagai negeri. boleh laaa jalan-jalan tempat dorang.




tempat pertama yang kitorang pergi : Zoo Taiping.
heh, jumpa kawan-kawan katanya. hampeh betul.
well, dah lama tak masuk zoo. berpanas di bawah terik mentari.
cuti semester hari tu, aku tak keluar rumah sangat pon. 
*jaga kulit katanyaaa*




best jugak lah Zoo Taiping ni, walaupun banyak binatang takde.
sedih dan kasihan melihat haiwan-haiwan terkurung dalam jeriji besi,
kurus, yang mana best je orang datang tengok.
yang tak best, atau dah biasa nampak, orang tak pandang sangat lah. 
*haish. kasihan double double*




 




tuan tanah tak nak kena cahaya panas matahari.
beli topi itu semata-mata. heh. membazir gilos.
apakan daya, tapi, kerana topi, buat aku kelihatan bertambah comel. hee







with Yuni and Jannah.
gembira sungguh mereka melihat 'kawan-kawan' yang terpisah sejak sekian lamanyaa.
hee.
sungguh, penat betul kalau pusing satu zoo dengan hanya berjalan kaki!
letih tak hengat, macam nak tercabut je kaki ni.
kalau naik kereta api dia, memang rugiii sangat.
sebab apa? sebab tak dapat nak tengok haiwan dengan lebih dekat.
so, bila jalan kaki, walaupun penat, tapi rasa sungguh puas!







Encik Giraffe ni memang suka usik orang.
dan orang yang lalu depan dia mesti bagi dia makan daun.
entah daun mana-mana je dorang ni petik, bagi Encik Giraffe makan.
krg dia sakit perut kan dah susah. ish ish. bertimbangrasa lah sikit!




aku sempat lah pegang badan dia.
kasar. dan cantik.
Subhanallah!







OH. sorry. I tak makan ikan keli!
hee, geli rasanyaa tengok ikan keli besar macam tu.
ikan keli gergasi! besaaa gilos.
kalau korang nampak, ada sekor ikan keli warna putih kat situ.
yang lain semuanya warna yang sama. lumut. hee








oke then. rasanya itu sahaja untuk entri kali ni.
kalau nak tahu lebih tentang Zoo Taiping, apa kata korang pergi tengok sendiri.
hee.
OH YA! untuk mereka yang lahir di negeri Perak, dapat diskaun.
aku bukan orang Perak, tapi, bila berjalan dengan TIGA manusia berasal dari Perak,
aku pon dapat diskaun jugak lah. hee. I LIKE !






Selamat Melawat Perak Darul Ridzuan guys!
have a nice day ^^











2 comments:

Unknown said...

hey untung lah !

LiaNelissa said...

hey untunglah! jom jalan-jalan @syidah razali :D