Friday, August 31, 2012

SUKA&DUKA RAYA'12

dah lama tak berbelog . rindu sangat ! rinduu awak tahu tak Cik Belogg ? hee, maaf saya tercurang dengan awak laa. saya asyik kat twitter je, nak follow? do add (: 








boleh la kita share segala benda sama-sama. hee. alhamdullilah, raya pon dah berlalu. cuti pon dah hampir tamat. #Merdeka55 pon sudah. Alhamdullilah, masih bernyawa. seems like banyak benda aku nak ceritakan dari A sampai Z secara telus. tapi, apakan daya. siapalah yang mahu membaca. saat suka duka gelak tawa bertukar menjadi mimpi ngeri dalam sekelip mata. Aku hanya mampu bersimpati, kerana aku juga pernah melalui detik itu. YA. pernah aku lalui.




detik pertama : SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam di seluruh dunia. hari yang begitu dinanti-nanti (: tidak banyak bingkisan yang mampu untuk aku titipkan kala ini. gambar mungkin mampu untuk ceritakan segalanya ....... :)









detik kedua : bermain boling bersama sebahagian daripada sepupu di hari raya kedua. bukan selalu dapat rasa macam ni. happy tak ingat. and aku just mampu untuk dapat tempat kedua daripada enam. still hebat. hihi. 








detik ketiga : setelah berhari-hari, hari raya minggu pertama juga sudah berlalu, ada pulak Majlis BBQ untuk semua ex-student Form Six. meriah tak terkata. sungguh. masing-masing happy dan penat. aku ada lah jugak tolong kipas ayam bakar, sausage, dan apa-apa. dapat jumpa semua. hm, tak lah semua. hampir semua. termasuklah mereka yang tak dapat masuk universiti. Raya sememangnya menyatukan!








indah sungguh saat dan ketika ini. sumpah! seronok dapat jumpa kalian semua. terhibur rasa hati ... masing-masing sibuk tanya itu ini, dan paling best bila masing-masing sepakat nak pergi kenduri kahwin kat rumah Jieha. tahniah Jieha! semoga berkekalan hingga ke akhir hayat! one of our friends had married. happy for her (:









antara sebahagian yang hadir. seronok sungguh! ketawa sana sini. dikejutkan lagi dengan kehadiran kakak-kakak Puteri UMNO. antara sebahagian gambar. oke, majlis tamat. pulang dengan sedikit harapan, esok lusa aku pon akan kahwin jugak. hehe. Huza dengan Rin jangan asyik termenung je. dalam otak ada persoalan. AKU? BILA? heh. sabarlah. akan tiba juga detik dan waktunya.




detik sedih : pemergian adik Huza ke rahmatullah, Al-Fatihah. masih terkejut dan bersedih di atas pemergian arwah yang begitu mengejutkan. namun, bagi pihak keluarga, arwah memang dah berubah, ada di antara perkataan-perkataan yang dilontarkan, buat hati terdetik pelik. namun, apakan daya, urusan Tuhan, siapa dapat duga? yang pergi tetap pergi. Mati itu pasti!







itulah raya kami pada tahun ini. 2012. begtu banyak suka dan dukanya. diharap, kami masih lagi seperti dulu, saling memerlukan apabila bersedih, saling mengingati apabila gembira. kawan susah senang sukar untuk di cari ganti. ada kawan, sekelip mata jadi lawan. ada kawan, sekelip mata dia pergi tinggalkan kita keseorangan. ada kawan, tikam belakang. Jujur tak salah. menipu tu salah. 


Moga tahun depan bawa sinar ceriaa kepada kami semua. Hidup mesti diteruskan. Perjuangan belum berakhir.










No comments: