Monday, September 3, 2012

novel | TRAGEDI CINDERELLA

jom review novel best-best dengan kitaaa. first, that day aku beli novel Tragedi Cinderella. lama jugak lah kat dalam book store. ushaa the best novel untuk dibeli. Fakha pon melayann aje. and sometimes, dia akan pilihkan novel yang best untuk aku jugak. hee, thanks dear! and aku dah pun berjaya habiskan baca novel tuh dalam masa kurang 24 jam. ohsem I tell you. kalau aku baca lajuuu je maknanya, novel itu berjaya menarik perhatian aku. BEST !









tak rugi kalau beli. RM19.90 je. memang best. sangat! 





SINOPSIS TRAGEDI CINDERELLA :

Dek kejelitaan dan keanggunan yang dimiliki oleh Lisa, dia dicemburui oleh gadis-gadis di seluruh NiuryLand. Dia hanyalah orang biasa yang tak punya apa-apa, namun dialah Cinderella yang berjaya mencuri hati Putera Airil dalam suatu majlis tari-menari.

Bermulalah episod percintaan antara dua insan yang bagai langit dan bumi ini. Namun di sebalik percintaan mereka, Lisa sedang menjalankan suatu misi. Misi yang diputarbelitkan oleh lelaki tamak bernama Adam. Kerana kasih yang kian mekar, Lisa tidak tegar mempersendakan perasaan putera raja itu lalu dia membawa diri jauh dari NiuryLand.

Segala-galanya menjadi gelap-gelita bagi Putera Airil. Dia terkapar-kapar hidup tanpa Lisa di sisi. Gadis itu hilang entah ke mana. Untuk mempertahankan cinta sucinya, dia bangkit dan mencari Cinderellanya. Lisa harus ditemui untuk menjadi suri hatinya dan hidup bahagia di istana. 

Maka bermulalah tragedi yang tidak disangka-sangka...




*****




kisah percintaan yang sungguh tragis bagi aku.
tabah betul Putera Airil bila dapat menerima dan mengahwini tunangnya yang suatu masa dahulu merupakan seorang pelacur kelas atasan.
permaisuri Niuryland bukanlah berasal daripada latarbelakang yang baik.
best ! lain daripada yang lainnnnnnn :D









No comments: