Sunday, May 6, 2012

kisah seram 050512

selamat petang , Assalamualaikum (:

korang tahu kan semalam aku pergi tengok teater kat Dewan Budaya USM , Kasanova . pada aku lah kan , teater nie menarik sebenarnya , tapi agak membosankan laa . teater nie jugak merupakan satu final project pelakon , Arja Lee . ouh , dia study kat sini rupanya . haha . baru aku tahu . ramai jugak yang datang , prop pun menarik , ala-ala kelab malam . nyanyian and performance dorang memang superb laa . boleh tahan . 




takde ambik gambar sebab tidak dibenarkan . ouh , oke fine . hee , *actually , aku yang tak nak* . tapi memang tak boleh pun laa . 



  




Jimmy merupakan seorang penyanyi kelab yang sangat berbakat dalam mengalunkan kelunakan suaranya. Bukan hanya hebat di pentas tetapi juga pandai bermain kata-kata dalam memikat hati wanita dan membuat banyak hati terpaut bagi menampung kehidupannya yang serba mewah. Namun, segalanya berubah dengan kemunculan seorang gadis, Tasya yg bekerja sebagai Event Manager. Walaupun Jimmy menyesali dengan perlakuannya dahulu, akan tetapi sukar baginya untuk melawan identiti lain yang menguasai dirinya.




pukul 9 malam start , then tamat lebih kurang pukul 10:45 malam . selepas itu , nak tahu tak apa yang berlaku ? satu peristiwa yang agak aneh dan menyeramkan happeneddd . tak tahu lah kenapa , mungkin kami terlebih gembira suka suki sana sini agaknya . mungkin lah .





****




macam biasa , balik dari Dewan Budaya , kitorang mesti kena jalan kaki , sebab masing-masing takde transport , and nak call student cab pun macam sia-sia , sebab dekat sangat . lagi pulak , jalan kaki malam-malam nie best . tak penat , tak panas . tapi maklumlah , kena lalu kat tempat-tempat yang boleh lah dikatakan , boleh buat bulu roma meremang . nak tak nak , ignored je segala jenis perasaan yang ada , ye laa , kitorang tak kacau , hope jugak lah tak kan kena kacau . ye tak ?




plus , hostel aku nie , jauh kat belakang , kiranya dah macam kat hujung dunia lah kan . masing-masing lapar tak hengat , sebab tak dinner lagi , ye laa . kafe tutup sabtu petang , so , semua pun memang tak makan . tahan lapar , dengan niat , balik krg makan meggi la . tapi , Lin ajak aku makan nasi kerabu dia , aku pun on je la . hehe . aku dengan Lin je yang tahu pasal perkara nie , yang lain tak tahu .




sorry ek . bukan apa , tuh bukan nasi aku T______________T . then , sampai kat tingkat tiga , tiba-tiba elektrik terpadam ! ouh damn . aku Hanim dengan Lin , tak sengaja terpeluk satu sama lain , takut weh . dan terjerit-jerit jugak lah kat situ . ouh , lepas tuh , mula calm down and dapat berfikir dengan betol , phone aku ada flash , so aku on flash , hanim ada torchlight , so masing-masing on la , bagi terang sikit tempat tu . dalam 5 minit kemudian , lampu on balik . tapi lampu koridor je la , lampu dalam bilik tak menyala . kat semua aras pon sama . semua pun agak panik la . bising kejap :/




so , hanim pergi masuk bilik Yunie , aku pergi bilik Lin , sebab nak makan . sampai depan bilik Lin , Lin nak buka kunci pintu , tapi pelik , sebab pintu bilik dia tak berkunci langsung . dah curious sangat . bilik pun gelap . lampu tak menyala lagi . aku suluh pakai lampu flash phone aku . then , bila dah bukak bungkusan nasi kerabu tuh , tiba-tiba Lin yang selama nie makan tak pernah nak basuh tangan , bangun , pergi pantri , nak basuh tangan . so , takkan lah aku tak basuh tangan , kan ? aku ikut lah dia pergi pantri .




aku tutup pintu , dengan segala bagai harta benda kat dalam bilik dia . kunci bilik memang tak bawak la , kejap je , nak basuh tangan . bila nak masuk semula bilik , ehh . apasal terkunci pulak nie ? tak boleh bukak pun . so , kitorang bajet , memang ada roomate dia . ketuk-ketuk-ketuk pintu bilik , still senyap . lima minit jugak ar . lepas tuh , lampu kat dalam bilik pon menyala . damn . kunci kat dalam .




permasalahannya sekarang : pintu bilik tuh tak mungkin boleh terkunci sendiri , sebab kitorang dah buat eksperimen kat beberapa pintu bilik yang lain . pelik . memang pelik . tak mungkin boleh terkunci sendiri dari dalam . tak tahu lah kalau ada masalah teknikal yang lain . semua dah seram . first : nie lah sebabnya makan tak ajak orang lain . second : atau memang ada benda saja nak main-main dengan kitorang . wallahualam . sampai sekarang pun benda nie masih lagi menjadi tanda tanya .............




lepas tuh , baru teringat , kat hostel aku nie memang ada banyak sangat gangguan . aku rasa , roh budak kecik yang tak tenteram kot . sebab masa tuh , ada sorang budak nie kena rasuk , so bila dah kena rasuk , kau tanya macam-macam pun dia akan jawab . dia kata , dia memang suka " main-main " dengan student kat hostel nie . memang dah ada pun yang kena kacau . pergghh , bila teringat pasal benda nie je , aku sekarang tidur malam kat sini , tak lagi tutup lampu . sedih sangat :/ apa pun , kuatkan semangat . study week pun dah dekat . tak nak lagi kejadian masa exam semester lepas berulang . aku pun dah kena sekali . cukup laa . 




“ Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kalian, maka jadikanlah ia sebagai musuh.”(Al-Fathir: 6) 













No comments: