Thursday, April 12, 2012

greatest memories (:


selamat malam wahai semua peminat aku .
sorry , dah lama tak update blog nie , busy laa . outstation empat / lima hari . sampai USM je dah tak larat nak buat apa-apa . hanya mampu rehat dan tidur sepanjang masa . online kemudian , apa yang penting ? tidur sahaja (: kali nie pergi bercuti agak lama kat Pulau Bidong , Terengganu , Malaysia . Pulau Bidong tuh tak berapa popular sangat , kan ? sebab tuh merupakan stesen penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu . kalau ada camp pun , UMT yang anjurkan , boleh laa dikatakan sebagai tuh pulau UMT . tapi takde lah semua , sikit je , sebab ada kat bahagian lain , kerajaan Malaysia punya . lagi-lagi kat tempat pelarian vietnam duduk dulu tu .







bermalam kat UMT , masa nie pergi cari makan malam , kat tepi pantai . kebetulan pulak ada match bola between Terengganu dengan Selangor . ahaha , meriah sangat ^^ . then balik , bulan cantik sangat malam tuu , kiranya nie sessi menembak bulan laa (: miss this moment . tak sangka , dapat jugak pergi Terengganu . negeri yang aku teringin sangat nak pergi (:







pendaftaran di UMT , 08 April 2012 . UMT , universiti yang cantik ! cantik mana pun , universiti aku yang terbaik ! aku takde la kutuk-kutuk universiti sendiri . aku tak faham betol dengan manusia yang tak sedar diuntung ni . bukan main sesedap mulut je kutuk universiti sendiri bila dah nampak universiti yang lagi cantik . sedar diri sikit arr . kau boleh blah mana-mana pun yang kau suka , kau fikir USM perlukan kau sangat ke ? tak efek apa pun lah . aku geram dengan manusia macam nie , apa pun tak boleh .







dalam bot , on the way pergi Pulau Bidong . ambik masa 45 hingga 50 minit nak sampai sana . hujan masa nie . agak lebat jugak lah . aku kuat , tak muntah . ekeke . 






oke , masa nie dah start hujan . bukan rintik-rintik , tapi sangat sangat lebat ! yang duduk kat luar nie habis semua basah kuyup . luckily aku dapat duduk kat bahagian dalam , ombak pun kuat , bukan main lagi . semuanya berserah , pasrah dan hanya mampu bertawakal sahaja , semoga selamat sampai ke destinasi . penuh dengan barang-barang (:




 



dah sampai pulau . tak ramai pun yang join HINEX nie , 45 orang je , dari PSAS , PMS , UTM , UiTM , USM , dan kebanyakannya senior-senior KLKM . peserta USM pulak semua dari level 100 , tak tahu apa-apa . ekeke :)





tuan tanah yang gembiraa ^^.





abg bijan main gitar . cukup untuk buat aku tertidur dengan lena kat buaian sebelah (:




just arrived Pulau Redang (:






Pulau Redang , Malaysia . best snorkeling kat sini . berenang sambil snorkeling dari tepi pantai sampai lah kat atas pelantar tuh . coral sangat cantik ! ikan yang jinak . ekeke .tengok dari atas je , sebab baru sampai , dah rasa tak sabar nak terjun dalam air ! haha . cantik sangat , serious . suka suka suka !






dapat pegang penyu . aku bagi dia nama Kiki . hee (;
tu je lah untuk malam nie , tak larat nak update banyak-banyak . nanti kalau dah dapat gambar banyak , aku upload jugak kat sini , okay ?


nak mimpi indah malam ni kat Pulau Bidong .
macam tak percaya je dengan apa yang dah aku lalui sepanjang beberapa hari yang lalu . ALHAMDULLILAH , aku diberi kesempatan dan peluang itu .


kawan-kawan pun semua best . aku tak terasa weird sangat kat situ .
sebab apa ? sebab masa kat HINEX camp tuh , tak ramai yang cakap dialek . semua guna bahasa biasa . aku sukaaa sangat . walaupun dari negeri-negeri yang berbeza , takde dialek-dialek yang aku tak faham tu . best weh . kalau ada pun , taksubb sangat . kahkah . siapalah kan ... :)
ada aku kisah ? takde .




No comments: