Wednesday, January 18, 2012

kisah lama .

bulan && bintang :]
storie of the heart years ago .



Bulan dan Bintang adalah sepasang couple yang palingg sweet di alam semesta nie .

ada satu bintang nie , dia menaruh hati sangatsangat kat bulan , namun malangnya bulan tak tahu pasal bintang yang sukakan bulan .. sampai lah suatu hari , bulan pergi rapat dengan bintang lain . masa tuh , bintang pun kecewa dengan bulan , tapi dia tak meluahkan perasaan dia . masa tu lah bintang pergi meninggalkan bulan . Tapi bulan tak perasan pun bintang hilangg sebab bintang kan ada banyak , berjutaa . Then , pada suatu malam , bulan terpandang ke arah Barat , bulan tenampak satu bintang yang sangat cantik dan berkilau kilauan cahayanya . namun bulan tak tahu pun tu bintang yang pernah menaruh hati pada bulan suatu ketika dahulu .




Bulan mula mencuba untuk mendekati bintang tapi bintang buat tak tahu je , bintang tak layan bulan pun . kemudian , bintang sakitkan hati bulan , bintang pergi couple dengan matahari yang kacak tuu . matahari pulak pergi kecoh kepoh dekat satu alam semesta yang dia kini dah couple dengan bintang cantik . bulan yang mendengar khabar berita tu , berasa sangat kecewa dan akhirnya bulan pergi membawa diri .. selama berminggu minggu bulan sembunyi di sebalik awan mendung . bulan tak tahu kenapa dia rasa dia mesti dapatkan bintang walau macam mana cara sekalipun . Lalu , bulan terasa kehilangan yang amat sangat . tetapi kehilangan apakah yang dirasainya ketika itu ?




Selepas itu , bulan cuba mengabaikan perasaanya , bulan pun buat bodo je lah . pada masa yang sama , bulan terjumpa dengan Pelangi . Cantik ! bulan pun pegi ushaa Pelangi cantik . kebetulan pulak , Pelangi masih single selepas kecewa dengan Matahari yang kini bersama bintang . maka mereka pun declare lah sebagai pasangan kekasih .




Beberapa hari kemudian , Bintang yang ketika itu sedang berbahagia dengan Matahari dapat tahu bahawa Bulan couple dengan Pelangi Cantik , bekas kekasih Matahari Kacak . bintang rasa cemburu . tapi bintang pelik , kenapa mesti dia rasa cemburu . mungkin kerana bintang masih menyimpan perasaan pada bulan . bintang cuba mengabaikan perasaan itu , sampai lah satu hari , bintang dapat tahu yang Matahari curang dengan dia . Bintang jadi sedih sangatsangat sebab bintang dah terlalu sayangkan Matahari . Matahari curang dengan bintang ! Matahari ruparupa nya ada hubungan sulit dengan kawan baik Bintang , iaitu Bumi . kes backstabber lah nie . hehe bintang tak sangka , kawan baik sendiri akan buat macam nie . bintang sedih sangatsangat , namun akhirnya bintang rela undurkan diri demi cinta Matahari dan Bumi .




Selepas itu , beberapa minggu kemudian . Bintang dengar cerita bahawa Pelangi dengan Bulan dah berpisah sebab they ' re not meant to be together anymorre . berpisah merupakan jalan terbaik bagi mereka berdua . cukuplah sekadar berkawan sahaja . Bulan kembali berusaha untuk mencari Bintang yang hilang . Bulan mula perasan tentang Bintang yang hilang itu .. sudah terlambatkah baginya ?




Sementara itu , bintang pun kembali ke tempat asalnya sebelum Bintang berpindah ke Barat , iaitu tempat di mana dia telah bertemu dengan Bulan suatu ketika dahulu . Bintang tidak mengharapkan apaapa dari Bulan sebab Bintang tahu , Bulan mesti dah tak ingat lagi tentang kewujudan dirinya . Kebetulan pulak , pada malam yang cerah itu , dengan bintang yang banyak bertaburan di dada langit , Bulan pergi mencari Bintang . Bulan agak kecewa sebab semua bintang nampak sama . takde Bintang cantik pun ? ..




Bintang dah berjanji dengan diri dia , kalau dia pindah semula kat tempat asal , bintang akan berubah warna , takkan berkilau seperti selalu sebab bintang nak memulakan hidup yang baru . Berminggu minggu lamanya Bulan pergi mencari Bintang cantik .. hinggalah pada suatu hari ..




Bintang memberanikan diri untuk menegur Bulan dan mengatakan '' Hai , saya Bintangg '' . Then , Bulan pun terus memeluk Bintang seeratnya dan mengatakan bahawa dia telah lama mencari bintang selama ini , namun tidak pernah berjaya .. Bintang kata '' I ' m just here , awaiting for my Bulan come and take me away ... '' . Bulan gembira mendengar jawapan Bintang tuu , gembira sangatsangat !
'' Bintang , i won ' t let you go anymorre . I give you my heart , please keep it as long as you breathe sayangg .. '' .



Bulan dan Bintang akhirnya bersatu , together and ever after :)
Awan mendung , Matahari , Bumi , Pelangi , Langit dan semua turut mendoakan kebahagiaan mereka . and that ' s why ada yang cakap ;
Bulan Takkan Berseri Tanpa Bintang .



TAMMAT :)



storie nie lama dah , beberapa tahun dah berlalu .
dan sekarangg , nak ada storie baru :




kumbang && bunga :]



tak lama lagi release la storie tuu , hoho :D
err err , pembetulan . kenyataannya : bulan tak bersama dengan bintang semula , bulan get engaged with someone else (:





No comments: