Wednesday, July 10, 2019

Hello Diarie ♥♥


Image result for kejayaan takkan datang bergolek




Salam sejahtera, salam sepuluh julai dua ribu sembilan belas.
tahun ni aku dapat kelas tingkatan 3, kena mengajar tingkatan tiga which is batch pertama PT3 KSSM. mencabar rasanya, dup dap jantung ni. yelah, baru je dalam bidang ni tiga tahun, dah kena mengajar pulak kelas peperiksaan. tak ada pengalaman weh. sebelum-sebelum ni aku mengajar kelas-kelas selamat aje, contohnya macam tingakatan satu atau dua atau empat. tak melibatkan kelas-kelas peperiksaan. so memang boleh sangat tarik nafas legaaaa.



tapi tahun ni sangat berbeza sebab kena mengajar kelas peperiksaan. cikgu yang overdose nervous, murid camtu lah jugak takde perasaan nak exam. memanglah katanya PT3 je pon. tak sepenting SPM, tapi kalau tengok sejak daripada PT3 ni tak ada effort nak cemerlang, rasanya dah boleh dah agak keputusan SPM nanti macam mana, kan?



Nak throwback balik pengalaman masa aku nak exam PMR empat belas tahun yang lepas. masa ni memang dugaan sangat rasanya. kalau boleh ulang balik masa, aku nak ulang. aku nak perbetulkan semula kesilapan dan kebodohan waktu tu. memang aku nak belajar pandai-pandai. nak capai cita-cita yang bukan guru. wellsaid- aku sejak daripada tingkatan satu sampai tingkatan tiga dapat stay dalam kelas pertama, yang mana aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang pandai dan bijaksana. so- environment untuk sentiasa belajar tu aku memang dah ada, tapi tu lah tuu. aku terjebak dengan cinta. hmmm, cinta ni memang membinasakan seluruh kehidupan aku. dan lagi menjahanamkan bila aku tak achieve apa yang aku target. sampai akhirnya aku pilih ke sekolah teknik.



susah aku nak terangkan bagaimana-
tapi, keputusan aku takdelah bodoh mana, 4A 3B 1C je. hahaha. aku pon memang bukan student target straight A's. aku akan pastikan anak-anak aku tak mengulangi kesilapan yang sama suatu hari nanti. sebab sakitnya kegagalan itu lebih sakit daripada putus cinta.



sekarang ni, aku tengok ada murid aku yang umur 15 tahun berhenti sekolah semata-mata nak hidup bertuhankan nafsu. yes- she's a girl. berhenti sekolah sebab dah sakan bercinta dengan lelaki yang tak habis sekolah juga. nak kata cantik, cantik lagi acik cleaner. hm. antara asbabnya, parents bercerai berai, duduk dengan nenek. ni pun satu masalah juga, bila parents bercerai berai, efek dia cikgu kat sekolah nanti yang nampak. dia cenderung untuk jadi murid yang mempunyai masalah disiplin, bergaduh, kurang ajar dan biadap dengan guru dan banyak lagi yang aku sendiri tak mampu nak senaraikan. hm, berbalik kepada murid aku tu tadi, nanti bila dia dah betul-betul nak kahwin, yang inilah nanti yang demand hantaran sampai 15 ribu. hahahaha. pendidikan takat tingkatan dua je, PT3 tak ambik, demand hantaran 15k weh.



lagi satu-
time tu nanti dia akan menyesal kalau dia nampak kawan-kawan sebaya dia pakai kereta mewah, ada kerjaya yang bagus-bagus, dapat travel all over the world, dapat shopping barang-barang mewah berjenama, sedangkan dia...... duduk rumah buruk kendong anak kiri kanan, baju lusuh tak berganti, suami pulak tak ada kerja tetap, masih lagi naik motor buruk masa zaman bersyinta dulu. kesian. masa ni memanjang nak bergaduh laki bini, lepastu nanti anak kemana, suami kemana, diri sendiri entah kemana. nampak tak susur galurnya kehidupan tanpa pendidikan?



semua ini takkan jadi kalau-
keluarga kau kaya raya. tanah ada seratus ekar. kerjaya mak ayah memang tiptop. sedangkan kau melungkop sana, tak ada masalah sebab mak ayah dah memang kaya raya dan kau pulak memang anak orang kaya. kau buat masalah cemana pun, who cares?



meleis gais, meleis.



Alhamdulillah, berkat doa mak ayah, aku bangkit balik daripada kegagalan masa lalu, aku buat yang terbaik untuk STPM dan akhirnya, alhamdulillah. walaupun tak mampu nak banggakan mak ayah dengan kerjaya yang hebat-hebat, tapi aku tahu. ini kemampuan aku, Allah tahu yang terbaik untuk semua hamba-Nya, asalkan kita kena usaha, usaha, usaha, redha dan tawakal. pokok pangkalnya aku nak cerita harini- rebut dan ambillah peluang yang ada masa ni.. tolonglah jangan sia-siakan masa yang ada. waktu belajar, belajar. itu je. belum tiba lagi masanya untuk murid tingkatan tiga ni bekerja, sekarang adalah masa untuk belajar. belajarlah dengan sepenuh hati 



apa pun, good luck and all the best anak-anak murid saya yang akan menduduki peperiksaan PT3 2019.
semoga kejayaan akan terus menjadi milik anda, milik kita semua.
Viel Gluck.


Image result for kejayaan takkan datang bergolek



No comments: