Sunday, June 11, 2017

Mommy Journey | Eps 1

Alhamdulillah. Salam Ramadhan ke enam belas.

Semenjak jadi mommy ni, banyak masa dihabiskan dengan anak je. Suami duduk tepi. Mana taknya, masa suami nak perhatian, anak sehabis clingy dengan aku. Nak berkepit aje. Nak ngempeng aje. Langsung tak bagi peluang dekat papa dia. Hihik.

Masa aku cuti bersalin, pihak sekolah approved 70 hari sahaja cuti berbanding cuti bersalin normal 90 hari. Jadinya waktu tu anak memang nakkan perhatian mommy dia dua puluh empat jam dan tujuh hari seminggu. Bayangkan, dengan cuti hanya 70 hari. Anak masih kecil comel masih tegar menyusu badan asal terjaga dari lena. Asal lapar akan cari mommy. Nak ngempeng, nak tidur sambil menyusu badan. Bayangkan- bila dah kerja. Mana ada masa. Jadinya, anak dihantar ke pengasuh seawal usianya dua bulan lebih. Paling sedih bila anak REJECT botol dengan pacifier. Alahai. Memang menangis nak tinggalkan anak dalam keadaan macam tu. Rasa macam nak berhenti kerja. Nak jaga anak. Nak tengok anak membesar depan mata. 

Patah hati-

Macam-macam mommy dengan papa usaha belikan botol susu untuk anak. Macam-macam jenis dan jenama. Asalkan anak nak minum susu melalui botol. Mommy dah cukup bersyukur. Bila cuba bagi botol, anak menangis tak nak macam kena cubit. Menangis lapar sampai tersedu-sedu sebab mommy paksa ajar anak minum guna botol. Mommy nak kerja sayangg... mommy pun tak sampai hati nak pisahkan susu badan dengan awak. Sumpah- masa ni memang sedih. Waktu-waktu paling mencabar mental mommy untuk jadi kuat macam Superman Batman John Wick.

Habis usaha-

Anak tetap reject botol dengan pacifier. Puas google tapi tak ada jaminan anak akan terima botol. Akhirnya- mommy mengalah. Tanya kawan-kawan dekat Facebook. How to handle the situation is. Alhamdulillah. Mommy dapat banyak feedback positif tentang botol susu untuk bayi yang reject botol. Bagi botol nangis macam kena cubit padahal tak ada apa pun. Anak memang tak nak botol tu.

Botol susu ke-7.

Terima kasih rakan-rakan yang budiman dan baik hati kerana sudi berkongsi pengalaman dan pendapat tentang botol susu yang paling hotseller- selesaikan masalah bayi reject botol susu sepantas ABC, semudah 123! Pertama kali mommy susukan anak pakai botol susu magik ni.., mommy menangis. Ya Allah. Gembiranya rasa, Allah je yang tahu. Semuanya untuk anak kesayangan buah hati intan payung mommy yang satu ni. Papa pun dah boleh tersenyum lebar. Dah boleh tidur lena.

 
Tadaaaaaa. Inilah dia botol magik.
Pigeon wide neck.
😍😍😍😍😍😍


Untuk pacifier pulak, mommy dah cuba banyak jenis bagi dekat anak, tapi anak tolak pakai lidah dia selamba aje. Muka memang innocent macam selalu lah kan. Pacifier ni bagi mommy untuk elakkan anak meragam nak mengempeng aje masa mommy kerja. Susah pulak pengasuh nak melayan nanti. Lainlah kalau awak tak bekerja duduk rumah sahaja memang akan ada banyak masa untuk melayan anak. Mommy pun teringin... tapi- demi tugas mendidik anak bangsa. Untuk hidup senang dengan anak pada masa akan datang. 

Tahu, pacifier ni tak elok. Tapi... setiap ibu tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Mommy buat keputusan yang tepat setelah menimbang tara 100 aspek yang akan timbul jika tiadanya pacifier ni. Alhamdulillah. Anak terima yang ini.

Sampaikan pergi klinik-
Nurse tegur;

"Puting mahal ni."

Hihi. Kalaulah awak tahu betapa struggle nya mommy dengan papa carikan pacifier yang paling serasi dengan anak-

 

Yang ini;
Kredit untuk Lin sebab suggest Hevea.
Memang terbaik.
Jenama Haakaa pon anak ai reject tau.
Last, nak beli Natursutten. Tapi anak dah serasi dengan yang ini.
Alhamdulillah-

Semuanya untuk awak, Anakku sayang!
💋


Gais. Mana yang pening-pening tak tahu nak beli botol apa yang sesuai dengan anak, masukkan Pigeon Wide Neck dalam lists anda, okay! Ada kat kedai baby, kena rajin cari sebab biasanya sold out!  Memang puas hati sangat! Untuk pacifier pulak, gunakan kuasa hashtag dekat Instagram atau awak boleh cari dekat website TheBabyLoft. Mommy beli dekat TheBabyLoft. Recommended!


Nah. Tidur lena-lena ye sayanggg.
 
Ni gambar pertama kali bagi Hevea Moon and Star.
Terus je hisap macam pekena candu. Hihik.






No comments: