Tuesday, March 1, 2016

Convocation's storie.

"... cakap yang baik-baik. doa yang baik-baik. minta yang baik-baik. inshaAllah semuanya akan dapat yang baik-baik. aman damai..."

20 November 2015- akhirnya selamat bergraduasi di Universiti Sains Malaysia Penang Malaysia! empat tahun yang bukan mudah. tipulah kalau tak ada jatuh bangun tidur sentiasa selesa. uuu. tipu. tapi, aku waktu tidur aku memang sentiasa selesa pun. aku paling rajin pergi kelas kokurikulum aje. fuhhh. syok betul. lagi-lagi kelas canting batik di mana kita boleh melakar apa yang kita suka atas kertas A3 tanpa had. unlimited imagination beb! mana ada kelas yang berani biarkan pelajarnya berimaginasi dan berfantasi di luar kotak. heh. tahukan? aku suka seni. lukis. warna. conteng. fuh. jiwa.


duduk diam- lukis. lakar. warna. conteng. tak cukup dua jam. mintak pensyarah bukak kelas luar. nak siapkan projek. yelah. kelas 8 minggu sahaja. lepastu hari persembahan Ko-K. Naib Canselor nak tengok hasil kerja. puas hati dapat present yang terbaik. masa tu aku dilantik jadi Ketua untuk setup booth Canting Batik untuk kelas Canting Batik oleh pensyarah aku. sir Ari nama dia. tapi aku taknak. aku rasa berat sangat tanggungjawab tu. aku bagi dekat Meji. Meji tolong setelkan. lagi bagus sebenarnya Meji ni, dia budak kelas seni. tahu nak buat camana. wee.


kalau boleh repeat banyak-banyak kali untuk kelas Canting Batik ni, memang aku rela lalala. ambik setiap semester pun aku rela lalala. seronok! macam biasa- kelas macamni lelaki memang tak ramai mana. setakat dua tiga orang yang lebihnya perempuan ajelah~


classmates-
aku mestilah dekat sebelah Sir Ari. kikiki.
dan hasil karya aku mestilah terpilih untuk digantung dekat board belakang tu.
tak sehebat orang lain punya. tapi- aku puas hati. hasil tangan sendiri kot.


Kitorang banyak tolong satu sama lain. lagi-lagi bila bab mewarna. sesiapa yang ada pewarna dah siap bancuh ikut tone, bagi pinjam. atau bagi resepi macamana boleh dapat warna macamtu. semuanya okey. tak ada masalah. dan disebabkan itu, aku teringin nak kerja dekat kilang canting batik. tak kisahlah samada dekat Terengganu ke. Kelantan ke. teringin gilaaaa walaupun mungkin takkan kesampaian. duh.


sekarang- nak pegang pensel pun tak sempat. haih.


okey. nah gambar-gambar konvo sayaaaa!


Alhamdullilah syukur Ya Allah atas nikmatMu ini.
Terima kasih Tuhan atas setiap peluang demi peluang yang Kau berikan. 
sesungguhnya, hanya aku yang selalu lalai. alpa dan lupa.
ampunkan aku Ya Allah. 


another phases of life are done.
another book of life been created.
another history been written.
dear tomorrow; I am ready ;)
I'm totally grateful.




No comments: