Saturday, March 5, 2016

Cen's got married!

"Alhamdullilah. dengan sekali lafaz..."
Jumaat, 04 Mac 2016- patutnya malam ni aku dah selamat sampai ke Negeri Sembilan sempena majlis pernikahan sepupu aku. antara ramai-ramai sepupu lelaki sebelah mak, dia ni je lah yang paling rapat dengan aku. kalau raya, orang lain sibuk beraya, aku sibuk berjalan dengan dia. tengok wayanglah. main bolinglah. pergi makan kfclah. padahal dekat rumah berlambak ketupat, rendang, lemang, masak lodeh. tapi- tak jadi nak pergi malam ni, esok je. majlis sebelah perempuan.


tapi- lepas ni nak pergi tengok wayang masa raya dah tak boleh dah. mesti dia nak kena balik Negeri Sembilan. beraya belah mak mentua. sob sob. bila dah besar, umur dah makin meningkat macam ni agaknya rasanya. fasa kehidupan. semua orang mesti akan laluinya. samada cepat atau lambat aje. apa pun, tahniah Cen dengan Tira! Selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke-Jannah. lepasni dah tak boleh nakal-nakal lagi tau. dah tak boleh nak main wassap dengan awek lain dah. hahaha. dah tak boleh pergi beraya rumah awek lain dah. oppps!


dah jadi laki orang-
perangai haruslah behave. suci. kihkih.


dia ni dah macam abang aku dah. dari kecik membesar sama-sama. sampailah dah besar panjang. masing-masing dah nak kahwin. eh. dia dah kahwin dah pun. kalaulah aku ada dekat majlis nikah tadi, mesti aku yang over- over- over. menangehh. hahaha. sabar aje lahhh! apa pun, aku doakan rombongan makcik-makcik dan juga pakcik-pakcik dari Johor ke Negeri Sembilan selamat pergi dan selamat pulang- inshaAllah. jangan nak berlumba atas jalanraya pulak ye. hehe. yang tak pergi majlis esok ni, kita jumpa dekat Batu Pahat minggu depan. majlis belah lelaki pulak. macam dah lama aje tak pergi majlis kahwin orang ni kan. semangat!!





Alhamdullilah.
kahwin jugak kau akhirnya Cen (nama gedik-gedik) haha.
aku panggil dia Cen sebab dia panggil aku Nel.
lol.
Encik Pegawai Penjara VS Cik Misi.

esok kita sampai nah.
nak makan sedap-sedap. banyak-banyak.
tahniah, sekali lagi....!!

menangislah dikau para syaitan sekalian.
bye.




No comments: