Saturday, September 13, 2014

Review Novel | Bukan Cinta Secondhand

hari ni aku terasa nak hapdate pasal another novel yang aku beli beberapa hari lepas. sebenarnya, pada saat itu tangan menderhaka dengan diri sendiri bila hati kata jangan- tapi tangan terus capai- belek- dan pergi cashier. durhaka sungguhlah. mana tak tertarik. sebelum novel tu released kat pasaran aku dah usha awal-awal. termasuklah Nada Dering Cinta, dengan Bintang Hati Saya. so, bila TERNAMPAK je terus capai tak fikir panjang lagi dah. hiks!



tu yang kalah lagi tu. novel punya pasal. 





macam biasa, novel kegemaran aku dari Gedebook! setakat ni aku belum pernah lagi missed mana-mana novel dari Gedebook. hehe, dah jadi macam kegilaan pulak sebab sempat nak follow Gedebook dari mula. novel pun belum banyak. kalau missed pun, dah tahu dah tajuk mana- kat mana nak cari-



bak kata penulis Bukan Cinta Secondhand (BCS), nama asal novel ni 'Biar Aku Mencintaimu'. sungguhlah- banyak konflik dalam novel ni sampai aku terpaksa aci redah baca part Naira sebenarnya kahwin dengan siapaaaaaaaaa! haha, sebab aku tak sabar dah nak tahu. hish. sejak bila entah jadi anti-klimaks macam ni. teruknya.



part Dewi Aleeya pulak- Ya Tuhan. manusia jenis apa entah yang penyabar macamtu sekali. masih wujud ke dalam dunia fana ni. masihkah? sepanjang membaca- perkara tu yang bermain dalam minda dan otak. manusia mana yang tidak melatah bila diuji? sungguh tak terbayang dek akal kehidupan seperti itu. kerana apa? heh- meh beli sebuah, dan baca. ecece, promote pulak nah!



apa pun, thumbs up! kebanyakan karya-karya Gedebook setakat ini belum pernah menghampakan aku. serious tak tipu nih. novel-wajib-dimiliki! heh ;)



nah link blog Ezza Mysara; penulis BCS. boleh terjahhh okey!

selamat membaca! xxoo\\






No comments: