Sunday, June 22, 2014

Review Novel: Bukan Isteri Simpanan

Assalamualaikum, selamat malam (:
kalau haritu aku ada review pasal satu novel tu tajuk dia Kita Kahwin Koboi, hasil karya Mia Kiff under penerbitan Gedebook. sila usha link ini untuk maklumat lanjut: GEDEBOOK. aku suka dengan Gedebook ni sebab apa tau? sebab bagi aku cover buku dia semua cantik-cantik. ohmai! kulit keras, walaupun takda penanda buku, kira okaylah-- harga untuk sebuah novel pun paling kurang RM30 tak termasuk ada diskaun kalau beli kat website. tunggu time sale lah. aku siap dah subscribe dengan gedebook dah. boleh dapat harga special punyaaa, kira member-member ah ((:





tengok logo dia.
comel kan?
kan kan kannnnnnnn?




setakat ni, Gedebook baru je kuarkan empat buah novel (kalau tak silap) sebab aku tengok kat website je ni. dan setakat ini, koleksi aku bersama gedebook, dah tiga daripada empat. 





okay, jelas tak?
yang aku dah ada;
Kita Kahwin Koboi?, 2 Nyawa 1 Cinta, Bukan Isteri Simpanan.
belum ada; Abang King Kontrol.



tak larat hoi nak beli sekali dua buah. 
hahaha.
beli satu-satu je yang I mampewwww.



okay- yang aku nak review ni:
Bukan Isteri Simpanan.


haritu teringat macam nak beli novel ni preloved je. dah ada dah. tapi, aku tak dak akaun Maybank. so, aku lupakan je niat tu. aku beli baru je terus. kebetulan pulak terjumpa novel tu beberapa hari lepas. terus je ambik, dan pegi cashier. tak fikir lama dah. sebab dah survey tajuk-tajuk novel dengan sinopsis dia. hehe. entah kenapa, tertarik dengan tajuk, dengan cover, dan dengan hasil karya Mia Kiff tentunya (:





Novel Bukan Isteri Simpanan merupakan novel sulung terbitan syarikat penerbitan Gedebook Sdn Bhd. 
Tahniah!



Sinopsis: 
Bukan Isteri Simpanan
ISBN: 978-967-0185-52-1

DANIA - Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff. AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain?



Thorbaikkk!
macam biasa, aku habis baca novel ni satu malam jugak.
dari beli, sampailah pukul 3-4 pagi.
DONE! hehe.


ehem. next to hunt:
Abang King Kontrol.
haaaaaaa


opss. bukan tu je. ada beberapa buah dah masuk dalam senarai menunggu novel wajib beli. untuk stok cuti semester katanya. haaa, well--- tak lupa jugak. ada enam buah novel Hlovate yang aku belum baca. cukup sudah koleksi Hlovate. tak sabarnya nak habis exam dan balik rumah dan membaca novel!!! ohmai!



No comments: