Monday, June 23, 2014

Review Novel: 2 Nyawa 1 Cinta

Hai.
Assalamualaikum.





hari ni terasa rajin lagi nak review another novel yang aku dah baca. tapi sebelum itu, nah. tazkirah hari Isnin yang indah ni. sama-sama ambil iktibar, sama-sama fahamkan. inshaAllah, hati akan tenang. kadang-kadang bila kita tulis atau update sesuatu yang elok-elok macam ni, secara tidak langsung dapat jugaklah membantu mana-mana yang tengah dalam kesedihan ke, kesusahan ke, kesempitan ke, cinta tiga segi ke. ecece. haha! sama juga macam 'mungkin senyuman kita boleh buat hilang stress somebody, atau mungkin juga dengan senyuman, boleh buat orang jatuh cinta dengan kita'. haha. mana tahu, kan?



okay-- kali ni nak review novel Gedebook lagi. untuk last entry pun pasal novel dari Gedebook, dengan website, *boleh scroll ke bawah* atau klik link ini : http://storimorie.blogspot.com/2014/06/review-novel-bukan-isteri-simpanan.html. aku macam biasalah, sebelum beli novel, aku akan survey dulu mana-mana tajuk yang best, sama ada dekat facebook, atau dekat website. biasanya website Kaki Novel, Buku Prima, MPH Online, atau google je. senang. hehe. dekat facebook, aku suka baca komen sesiapa yang dah beli novel tu. bila majoriti cakap best, maknanya, novel tu patut ada dalam list.



 


2 Nyawa 1 Cinta
ISBN: 978-967-0185-55-2


HUMAIRAH- hidupnya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang nyata tidak menemukan sebarang jawapan. Lebih memelikkan, di mana permulaan hubungan dingin dia dengan Fadzlan? Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dia bagai seorang musuh yang harus diperangi? Sungguh, tiada apa-apa yang tinggal di dalam peti ingatan!
“Satu kebetulan yang begitu menakjubkan. Humairah kami muncul depan mata. Nama sama, paras serupa. Awak umpama jelmaan Humairah kami yang dah hilang beberapa tahun lamanya.” – Haikal
Antara percaya atau tidak, kini dia berdiri di tengah-tengah. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lampau tiada tersisa dalam fikiran melainkan mimpi-mimpi yang kerap menjengah kala dia menelusuri lembah tidak berdinding itu. Ara… ‘Humairah’ yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran.
“Siapa Mai sebenarnya? Dan dia… perempuan dalam gambar ni… Ara. Nama dia Ara. Paras kami serupa. Seolah orang yang sama. Atau memang orang yang sama?”
Dia terus mencari. Jawapan itu kian menjelma depan mata dan untaian misteri yang berserabut semakin terlerai satu per satu. Humairah… atur langkahnya nyaris meragut nyawa sendiri!



Seronok cerita ni. sumpah tak tipu. banyak konflik and plot-plot pun memang terbaik. buat pembaca rasa sedikit keliru dengan watak utama, kenapa dan mengapa, apa yang berlaku seterusnya. memang tak sabar nak baca. mula dari prolog je dah buat aku berminat nak baca habis. macam buat assignment jugak. bahagian abstrak tu la yang buat pensyarah tertarik hati nak baca assignment kita atau pun tidak. prolog main peranan terbaik I tell you. sebab tu bagi aku, novel-novel dari Gedebook ni memang best-best. serious, tak menghampakan walaupun beli dekat kedai Bismi Sungai Dua tak dapat diskaun! *novel lain elok je dapat diskaun 10%* haha.



Tahniah Hanah Rishas. saya suka baca novel awak ni! hope awak keluarkan lagi novel yang best-best ye. saya mesti beli punya. confirm! hehe!



so, untuk yang lain-lain tu. aku memang cadangkan korang beli dan baca. bagi aku menarik, tapi tak tahulah bagi korang macam mana. lain manusia, lain pendapat. ye tak? last but not least, novel-novel Gedebook memang patut ada dalam koleksi simpanan okay! Trust me ((:






2 comments:

~::HANAH RISHAS::~ said...

Assalamualaikum :)

Tq utk review ni :) and tqqqqq sudi beli Ara kite :)

Unknown said...

Dah baca.. Mmg best.