Saturday, May 24, 2014

Review Novel: Kita Kahwin Koboi



Kita Kahwin Koboi.
mula-mula baca tajuk novel ni, aku agak keliru sebenarnya. 'Kita Kahwin Koboi', kalau tengok dari cover novel, mesti kau bayang perempuan tu kahwin dengan somebody karakter ala-ala koboi, kan? haaa, macam tu la yang aku faham masa mula-mula.



tapi, lama-lama. aku rasa semacam pulak.
ada dua maksud ke macam mana.
"Kita Kahwin Koboi'- kahwin dalam keadaan yang semuaaaa nak cepat. tak berkenalan, tak apa, terus je masuk meminang. tak kenal isi hati, tak kenal hati budi, terus je kawen. haaa, lepas tu baru tahu rupanya laki kau tu suami jenis apa dan macam mana.

'Kita Kahwin Koboi'- kahwin dengan somebody karakter ala koboi. atau memang koboi. atau.? haha. susah nak kata.



tapi, serius cakap. ni novel aku yang ke-71. novel ke-70 hasil karya Hlovate - Versus yang adik aku belikan masa kat Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2014 yang lepas. still- belum buka lagi wrapper dia, dan belum baca. hehe. sabar. sabar.



novel ke-71 ni aku beli kat sini je. masa tu sesaja jalan-jalan survey novel baru. lepas tu terjumpa pulak karya Mia Kiff ni. haritu aku ada terjumpa novel Mia Kiff tajuk dia Bukan Isteri Simpanan (BIS) tapi tak terbeli pulak. entah, dah kenapaaaaa. menyesal pun ada. FYI, novel karya Mia Kiff ni hasil terbitan dari GedeBOOK. well- my very first time novel with GedeBOOK.



serius. tak tipu.
novel ni memang best. haha, paling tak boleh blah bila penulis guna; Anugerah Bintang Berkelip, Zizang, Berita Hari-Hari. bagi aku, novel ni agak sempoi, kelakar pun ada. aku baca asyik tergelak sorang aje. tapi, part yang last tu memang tak boleh nak kata apa lah- meleleh jugak. ciss. sedih kot, walaupun agak cliche macam novel-novel yang lain, uh, tetap meleleh. mengadanya rasa. aku habis membaca dalam masa satu malam je.



kalau aku berjaya habiskan membaca dalam masa satu malam, maknanya- novel tu memang best, seronok, dan aku suka jalan cerita dia. tapi, kalau aku baca sekejap je dah menguap- maknanya, huh. malas nak cakap. haha. tapi tu lah, bukan senang nak menulis sebuah novel ni. aku ada jugak cuba, memang tak pernah bersambung. tak sampai klimaks pun. setakat prolog je mampewwww. haha. whatever.



apa pun, dari lima bintang, hakak bagi 4.5!
hehew. memang tak rugi untuk memiliki novel ni. tak percaya? cubalah (:





oppss :P








3 comments:

Miakiff Azlisha said...

Terima kasih sis atas review comel ini... Sudi baca dan terima karya mia dgn baik. Luv u..

sizzuka lea said...

hehe, u're welcome sistah!!
pls, I need moreeee. hehe. congrates ;))

Ezahaiza Insyie said...

memang novel ni sangat menarik...besa kalau baca novel kalau berhari2 baru habis..kureng ckit..tp yang ni smpai lewat tido sbb nk abiskn baca...huhuhu