Thursday, March 13, 2014

#ProjekSeniKhat

Assalamualaikum—

Dah lama rasanya tak berbelog nih. Rindu. Nuff pun tak geraklah gamaknya. Nak kata sibuk, sikitlah. Tapi, semester ni jadual memang agak padat. Tambahan pulak, aku ada ambik satu kursus istimewa semester ni. Hehew.


Sebenarnya, aku taknaklah terlalu-exposed-kan-diri dalam kelas tu. Aku nak buat low-profile-seperti-biasa sahaja. Tapi, akhirnya, kantoi jugak. Ehem. Ouh, lupa nak bagitahu. Semester ni aku ambik kursus kokurikulum (Ko-K) WCC 121/1 (Seni Khat).


Sengaja—

Nak asah semula bakat terendam yang sudah sekian lama aku tinggalkan. Sejak habis sekolah agama, sejak tamat Darjah Khas. Sejak tu, aku tak sentuh lagi dah hatta pen khat mata 2.0. kikiki. Memang tak ada.


Semester ni, aku malas dah nak ikut orang sangat (memang takde dah pun). Aku ikut hati, akal, otak, fikiran, kemahuan, kehendak, kesukaan, dan minat aku sendiri je. Tak ada kawan pergi kelas pun tak apa. Aku tak kisah dah, asalkan kelas tu, kelas yang aku minat dan imaginasi aku boleh ‘hidup’ dan berinteraksi dengan bebas tanpa had, halangan, dan apa jua.


Almaklum—


Minat setiap manusia tidak sama. Tidak pernah sama. Dan tidak akan sama. Lagi-lagi aku yang jenis LIMITED EDITION tak bertempat ni. EH? Haha. Joke. Seni--- seni buat aku hidup. Jika diberi pilihan di antara course yang aku pilih ni dengan seni, aku akan pilih seni. Titik. Noktah. Bulat tekad. Tapi, apakan daya? Mak aku takkan pernah setuju.


Never—


Bukan nak kata apa, tapi. Ijazah Sastera dengan Pendidikan ni, aku hadiahkan khas setulus hati buat kedua ibu bapa. Jujurnya, bukan ini yang aku mahu. Aku cuba. Aku cuba. Aku cuba sehabis daya. Sehabis mampu. Maaf, kalau aku mengecewakan kalian. Maaf—



Bukan tak pernah aku suarakan pendapat tentang ini. Mak bagi kata dua. Suka hati kau. Pilih mana kau nak. Ahh, itulah ayat yang paling gerun aku nak dengar. Maknanya, aku tak ada pilihan pun. Pernah aku apply Ko-K gitar (semester lepas), aku bagitahu kat mak, aku nak belajar main gitar. Tahu mak aku cakap apa? ‘bila kau jadi cikgu, kau pakai ke kemahiran tu kat sekolah? Baik pilih benda lain yang kau boleh aplikasikan kat sekolah, ajar budak-budak benda yang diorang boleh buat’. Ahhh, apa pilihan yang aku ada? Mak memang tegak-tegak-tak-ada-belok-bengkang-bengkok, straightttttttt terus cakap camtu kat aku. At last, aku memang tak dapat pun Ko-K gitar tu. (see? Tak ada restu, memang takkan berjaya, takkan mampu). Macam tu lah juga bila bercinta. Tak ada restu, ingat mampu bertahan sampai ke syurga ke? Kirim salam seribu kali sayang je lahhhh. 


Pasal ko-k gitar tu aku redha. Haha. Takpe, aku apply yang lain!


Back to main topic, semester ni, aku cakap dekat mak, aku nak apply Ko-K seni khat. Hm, tak payah cakap banyak. Mak aku terus je setujuuuuu. Baik untuk kesihatan katanya. Haha, tak ada kena mengena. Tak kisahlah. Asalkan mak happy. Aku pun happy :P


Apa pun, aku masih lagi ‘budak’ baru belajar, kalau salah, tolong tunjukkan (:
See? Banyak defect. Banyak cacat. Ohmaigosh.



Embedded image permalink



masa aku cakap aku ambik Ko-K Seni Khat ni, ramai je yang cakap; kenapa tak ajak? nak jugak ambik Ko-K ni. ramai ok. ramai. maaf. aku tak tahu kalau korang pun minat benda yang sama macam aku ni. maaf. aku tak tahu. aku tegaskan kat sini-- aku tak tahu minat korang apa, aku just ikut minat aku, and aku.. takkan follow kawan. means, kalau kawan tak nak, aku pun tak join, sebab apa? sebab takut tak ada kawan datang kelas or blah blah blah.



sebenarnya, mula-mula aku risau jugak. tapi, aku pegang satu benda ni. ALLAH kan ada. ALLAH paling dekat dengan aku. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk aku, semoga segalanya dipermudahkan. inshaAllah. dan Alhamdullilah, aku boleh buat.


aku dah cakap.
i am strong-tough-enough (:
sekian.



next-
#ProjekSeniKhatLiaNelissa dan 16 days morreeeeeeee ((: #lianelissaturns23




No comments: