Sunday, January 5, 2014

Hello 2014 (:



HELLO 2014! Alhamdullilah. Allah masih panjangkan umur aku, dan kita semua untuk menikmati segalanya yang sementara cuma kat dunia ni. sedar tak sedar, dah setahun berlalu. sedar tak sedar macam-macam berlaku kat aku sepanjang tahun 2013. Alhamdullilah. 2013 taught me a lot. macam-macam aku belajar dari tahun 2013. 



kenal diri sendiri---
kenal kekuatan diri sendiri---
kenal kelemahan diri---



tahu apa yang aku perjuangkan---
tahu apa yang terbaik untuk aku---
tahu mana intan, mana permata---
tahu mana kaca, mana sampah tidak berguna---



2014 aku nantikan dengan pelbagai rasa. pertamanya, tidak tegar untuk menyakiti hati sendiri lagi. biarlah. orang nak kata selfish ke apa. hati aku. ikut suka aku. rasa aku. bukan kamu. apa yang aku tahu, aku akan kembalikan semula rasa itu sejak kali pertamanya kita bertemu. betul kata pepatah: bila kita hilang, baru kita sedar akan kehadiran dia yang selalu ada untuk kita. tapi.



tapi yang ni. aku belum hilang lagi. masih cinta. ecece. ayat, geli aje?
okay, fine. banyak benda yang aku dah target untuk 2014 ni. pelan-pelan kayuh katanya. tak apa. banyak event untuk 2014. Ya Allah. aku tak sabar! semoga Allah permudahkan. inshaAllah. amin amin amin! untuk awak: semoga dapat kerja yang awak idam-idamkan tu. Jangan lupa janji awak untuk hadiahkan saya Ford Fiesta masa birthday ke-23. EH? haha, kidding, lol! 



bila masuk je tahun baru, mesti dah berderet azam tahun baru kan? AKU? aku tak ingat apa azam tahun 2013 aku sebenarnya. aku lupa. oh, aku yang cepat pelupa T_____________________T
makanya, untuk tahun ni, aku taknak bagi azam berderet macam apa entah. satu aje. azam aku tahun 2014: nak menabung, satu hari RM1 (satu ringgit) dalam tabung! haha. masalahnya, tabung pun aku belom ada ni? aku tak nak tabung yang boleh bukak bila terdesak. aku nak tabung yang ada kunci, boleh buka guna kunci, tapi, aku nak campak kunci dalam laut dalam, ikat dengan batu sebesar pemeluk ambik kat Gunung Ledang! haaaa, nampak tak gilanya aku? haha. lol.



bila kira-kira balik. bagus jugak ni menabung satu hari RM1. cukup setahun sama dengan 365 hari, buka je tabung, dalam tu ada RM365.00! haha, seronok apaaa? boleh beli macam-macam! haha. RM365 je punnnnn? macamlah dapat beli Ford Fiesta? kikiki. whatever. usaha tetap usaha! menabung selama setahun, nak dapat RM365, habiskan dalam masa 30 minit. phewwwww. malas nak cakap ah. 




well.
kita tengok je lah nanti.
jangan sembang je lebih.
kikiki.
masalahnya---



hari ni dah 05 Januari, dan aku?
aku tak menabung sehari singget pun lagi.
bhaha.



*berhutang dengan tabung*
tsk tsk tsk!


untuk awak; TAHNIAH sebab berjaya habiskan praktikal selama enam belas minggu dekat MPOB, Keratong, Pahang. ingat lagi time cari MPOB sampai sesat entah ke mana. dari dekat jadi jauh gila. sabar jelah. keluar awal pagi, balik lewat petang. sesat punya pasal. TAHNIAH jugak sebab dah habis belajar! dah tamat Sarjana Muda! tinggal nak tunggu konvokesyen aje ni. TAHNIAH lagi sebab dapat anugerah apa entah nama dia, masa konvo nanti. *saya lupa*. TAHNIAH encik Pegawai ;)) TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAHHHH! aku pulak yang super-excited nak habis belajar ni? sabar--- lagi setahun setengah!




kbai.



No comments: