Monday, December 23, 2013

Hiking Bukit Bendera | 211213

Alhamdullilah. aku tak tahu nak cakap macam mana. apa pun, aku bersyukur sebab aku dah lalui hari-hari yang kritikal tu dengan jaya dan gembiranya. apa pun juga, buktinya, aku masih mampu tersenyum pada hari ini dan lantas bangkit dari perkara-perkara 'sampah' yang langsung tak penting dalam hidup. syukur Tuhan masih memberi aku ruang dan peluang untuk aku perbaiki diri dan kehidupan aku. mungkin sekarang aku belum nampak hikmahnya kat mana, mungkin akan datang? inshaaAllah. Alhamdullilah. syukur dikurniakan sahabat, teman-teman, ahli keluarga dan kesayangan yang memahami. sentiasa ada untuk aku berdiri. walau semuanya jauh di mata, tapi dekat di hati. cakap saja apa, mereka akan sentiasa hadir. akan sentiasa ada. sokong dan capai tangan saat aku hampir terjatuh.



lihat, perjalanan kehidupan perlu diteruskan. Leaa mana tahu erti kalah? erti lelah? 
wake up. kehidupan tidak hanya terhenti setakat ini sahaja. Leaa kuat kan? 
aku dah tak mampu nak menangis walau apa pun yang berlaku. biarkanlah. biarlah ;)



21 Disember 2013.
Hiking Bukit Bendera, Penang.
anjuran MPD CG USM, Penang.


1000 meter pertama, aku dah semput, pancit, setengah nyawa nak teruskan~
2000 meter, masih lagi semput. sampai terduduk tepi jalan, terbaring. 10 langkah, sekali berhenti rehat. 
3000 meter, nak mendaki lagi ke? aku dah tak larat. dah tak mampu je rasa~
4000 meter, teruskan teruskannn. jangan nak mengalah. selagi masih mampu, teruskan!
5000 meter, eh, sampai dah? hahaha. gila ah!



jarak dari kaki bukit nak sampai ke puncak, 5000 meter.
bukan ketinggian okay---
aku berjaya? am I? hahaha. ramai yang give up. terpaksa naik kenderaan kecemasan Kor SUKSIS yang bertugas. aku? kami? kita? BERJAYA!
paling mengharukan, saat aku dah tak mampu, dah tak larat sangat, kawan aku pegang tangan aku, dia tarik aku. jalan. teruskan. jangan putus asa. jangan.
bila penat, rehat. bila terasa bag tu berat, aku bawakan. tukar-tukar beban asalkan sampai ke puncak. Alhamdullilah. thanks, sahabat! precious moments I ever had!




 

 



 



thanks for always be by my side.
apa? bukit bendera lagi sekali?
NO NO NO.
kalau tak hiking, aku on ja. kalau hiking?
tak mahu!
T__________________________T


bersyukur kerna masih bernyawa.
syukur!
#hikers #wonderwoman #bukitbendera #Penang #ILovePenang!



No comments: