Monday, December 2, 2013

Andai Saja Jika Kau Masih Ada.



kalaulah kad boleh dihantar.
guna poslaju pun tak apa---

kalaulah kek boleh disuap.
pakai sudu pun tak apa---

kalaulah hadiah boleh diberi.
walaupun tidak seberapa---


tak apa.
asalkan sampai pada tuannya---

tak apa.
asalkan nampak di depan mata---

tak apa.
asalkan dia masih ada---


tapi.
mustahil.


banyak mana pun sayang kita pada dia,
kadang kita terlupa,
Allah lebih sayangkan dia.

banyak mana pun sayang kita pada dia,
kadang kita terlupa,
dia hanya pinjaman dunia.

banyak mana pun sayang kita pada dia,
kadang kita terlupa,
dia hanya insan biasa.


takdir Tuhan itu pasti.
siapa kita untuk menghalangnya?
siapa?


apapun jua,
aku harap doa ini sampai padanya---

apapun juga,
aku harap dia mendengar setiap patah doa untuknya---

apapun jua,
aku harap dia tahu, aku setia untuknya---




AlFatihah.
Muhammad Nemo bin Azhar.
tenanglah dikau di alam sana.
selamat ulangtahun ke-25.
(01 Disember 1988-2005)


Andai saja jika kau masih ada.
rindu.
be strong, girl.



No comments: