Friday, November 29, 2013

Life.

dah lama tak datang melepak sini, kan?
ada yang rindu kita tak? heheww. ada yang baca post kita ke? kalau si stalker tu tahu dah, memang melambak. tak apa-tak apa. terima kasih sebab men-lift-up-kan traffic. thanks ;)

sedar tak sedar, diam tak diam, dah nak hujung tahun. bukan dah nak, dah memang hujung tahun dah ni pun. ok. dah nak masuk bulan Disember. kemudian, masuk tahun 2014. yang mana, al kisahnya, aku akan berusia, 23 tahun. ohmai. dah boleh start buat perancangan pasal masa hadapan dengan lebih rapi lagi. bukan kawen ok! haha. tapi, lebih kepada kerjaya, dan masa depan. semestinya---

kawen? ada dalam list, tapi itu kemudian. depends on Jodoh dan takdir Tuhan. samada cepat atau lambat. tu saja. banyak faktor nak kena pertimbangkan. termasuklah restu kedua ibu bapa. kalau dorang setuju, aku on jaa. kalau tak, tak apa. perjalanan hidup ni masih jauh lagi, masih panjang lagi. aku tak adalah sampai meroyan sikit-sikit cakap 'nak kawennnnnnnnn'. ohmaigad. belom lagi macam tu.

cakap pasal kerjaya---
ada banyak matlamat hidup aku lepas habiskan degree ni nanti. semoga Allah permudahkan segalanya. inshaaAllah.



dalam hidup ni, kita tak akan selalunya berada kat atas. roda. bumi berputar mengikut paksi. takdir hidup manusia tak sentiasa akan indah. tipu kalau hidup sentiasa senang hati tak pernah bermuram durja, sakit hati, rasa teraniaya dan dianiaya. tipu. siapa yang sentiasa ada kat atas tu, tahniah. sebab anda memang hebat. tapi, ingat. Tuhan maha Adil. dalam hidup ni, satu je prinsip yang aku pegang. pegang kuat-kuat, erat-erat. YOU GET WHAT YOU GIVE. Allah bayar cash. kalau kau senang hati tengok orang lain menderita atas perbuatan kau, tanya hati kau. tanya diri kau. kau senang? sungguh walau sesaat kau rasa tenang? 

aku dah banyak kali rasa. sungguh. aku teraniaya. orang fitnah aku sana sini. untuk apa? tahu hukum dan dosa memfitnah? andai esok lusa Allah tarik nyawa kau tanpa sempat kau minta maaf, kau rasa? kau mampu nak cari aku kat alam sana demi secebis kemaafan dari aku? selagi aku tak maafkan, dan selagi kau tak minta maaf secara berhadapan dengan aku, kau rasa? kau tenang? kau mampu jalani hidup macam biasa. bila benda sama jadi kat kau, kau maki-maki macam orang gila. tak boleh terima hakikat. eh boleh pula...

ingat. dunia tak selalunya indah. kalau kau rasa seronok atas dosa yang kau buat, nak buat macam mana. hati dan perasaan kau, aku tak tahu. tapi Allah tahu. Allah sentiasa ada. Maha Mendengar, Maha Melihat. kau buatlah sesuka hati kau. menyakiti hati insan lain tanpa pernah berfikir, mungkin perkara yang sama akan berlaku ke atas keturunan kau. aku tak mendoakan. langsung tidak. aku cuma mengingatkan. aku tak nak menyusahkan hidup kau demi secebis kemaafan. tapi beringatlah---

pertamanya. apa salah aku kat kau?
keduanya, apa yang aku dah buat sampai kau benci kat aku bagai nak gila?
ketiganya, pernah aku usik keluarga dan hati kau?

kalau kesemua tu tak ada, jadi, apa pointnya?
apa masalahnya?

apa?
tak boleh tengok aku lebih?
eh come on. Allah bagi kelebihan kat manusia semua sama rata. tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. bezanya, sama ada kita yang pandai menghargai atau pun tidak. jangan kerja asyik nak condemn orang je.

selama ni, aku anggap kau kawan. kau sahabat. tapi rupanya, kau lagi busuk dari segala jenis bangkai di dunia. kau lah musuh dalam selimut paling bijak bersembunyi. kaulah segalanya bagi aku sekarang ni. aku dah tak tahu nak kata apa lagi. aku sedih. terlalu sedih. macam ni kawan? macam ni sahabat? pergi mampus. sampai mati pun aku takkan mengaku kau kawan aku.

aku taklah baik mana. aku tak lah bijak mana. cuma rezeki Allah bagi, alhamdullilah. alhamdullilah. lumrah manusia. harap apa yang kau buat kat aku, takkan jadi kudis dalam hidup aku ni. malah aku sangat berterima kasih kat kau sebab sedarkan aku mana intan, mana permata, mana racun, mana musuh nyata. kalau kau benci aku, fine. inshaaAllah ramai lagi yang sayang aku. *mohon ada* sobs. hehe. terima kasih sekali lagi sebab jadikan aku semakin kuat. jadikan aku mengerti tentang erti kehidupan yang sebenar. bukan senang nak cari sahabat. bukan susah nak cari musuh. 

semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. semoga Allah melembutkan hati kau. semoga Allah membuka pintu hati kau yang busuk, keras dan kejam itu. Jangan risau, aku sikit pun tak pernah nak ambik tahu pasal kehidupan kau. sikit pun tak pernah---

orang, kalau buat salah, bila jumpa kita, tegur pun tidak. serba salah lagi ada. terpulang. kau yang pilih jalan kehidupan kau macam tu. peluang? setiap manusia diberi peluang untuk memilih. pilihan terletak kat tangan dan hati masing-masing. aku? pilihan apa yang aku ada? aku mungkin maafkan, tapi.. parutnya masih ada. dan kekal sehingga bila-bila. maaf. nama kau dah blacklisted. opps, dari dulu lagi sebenarnya---



"Jealousy is a disease. Get well soon."






2 comments:

violetanis91 said...

Bru bca your entri.. i've got confused now.. i never know you hurt this nuch. :(

LiaNelissa said...

heh ;)