Tuesday, October 29, 2013

Too Skinny & Plus Size.

morning, people!
hari tu, masa aku tengah seronok-seronok online facebook, keluar dekat homepage aku soalan survey dari Remaja. yeah, majalah Remaja yang aku sukaa tu. tapi tapi tapi, dah lama dah tak beli sebab aku lebih suka beli novel daripada beli majalah-majalah ni even dalam tu ada banyak sangat info. tak apa, mungkin lain kali. lagi pulak, kalau beli majalah ni, tak tahu mana nak simpan nanti. bila dah banyak sangat, tak tahu nak buat apa. jadikan koleksi mungkin? kalau novel yelah. boleh jadikan koleksi. lepas tu kira balik berapa yang kita dah belanjakan untuk kesemua novel dannnnnnnn.. barulah nampak kita dah belanja berapa banyak $$$ untuk hobi yang satu tu. hihiks!




oh ya, lupa nak bagitahu. Remaja sekarang ni dah berwajah baru. part font REMAJA tu je lah setakat ni yang aku nampak. dulu lain, sekarang dah nampak macam  comel-comel, moden, dan paling penting, barulah nampak remajaaaa sikit. hee. majalah ni dah ada di pasaran untuk edisi 1 November 2013. mungkin isi dalam majalah tu lebih fun, dan fresh sempena berwajah baru ni. mungkin mungkin mungkin. aku tak baca lagii.





soalan survey Remaja masa 24 Oktober yang lepas:



ada jugak yang likes statement aku tu. haha! aku nak ulas dengan lebih lanjut lagi pasal survey ni. bukan apa, tapi mungkin sebab aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang bersaiz badan besar, dan ada jugak yang terlalu kedings. saiz badan ni bukan untuk yang plussize aje, too skinny pun sama jugak. susah nak dapat saiz badan yang ideal ni. tapi, bagi aku, aku tak lah too skinny, aku ideal. walaupun berat aku sebenarnya under-weight. tak adalah kurus sangat macam si kedings tuu. kikiki :P



bagi aku, manusia diberikan terlalu banyak pilihan untuk memilih jalan hidup mereka. nak pilih yang baik ataupun sebaliknya, itu semua dekat tangan kita. kita yang pilih, kita yang tentukan. kan? kalau kita diberi pilihan A yang baik, berbanding pilihan B yang mungkin sebaliknya, tapi kita nak jugak pilih yang B, terpulang. hak masing-masing. kalau badan kita bersaiz plussize, kita ada pilihan untuk kuruskan badan, exercise, joging, mengamalkan cara pemakanan yang sihat untuk mendapatkan saiz badan yang ideal. tapi, kalau kita tak nak semua tu, nak buat macam mana. ada sesetengah manusia yang seronok dan gembira dengan hidup dia sekarang. fokus dengan apa yang ada depan mata, yang lain-lain keep in view. plussize ni sebenarnya comel. orang lebih pandang yang comel daripada yang too skinny ni. tak percaya? try. haha :P jadi skinny salah, jadi plussize pun salah. ada aje yang condemn. eh, biarkan je boleh tak? jaga diri sendiri, jaga diri masing-masing. kita tahu apa yang kita buat. nasihat boleh, condemn? HELL DON'T




tipulah kan kalau tak nak kurus. tipu tipu tipu. aku yang macam ni je pun dah terlalu risau kalau berat badan aku naik. hm, well. aku, obses-kurus. haha! sorang kawan aku ni, dia plussize. dia dah usaha join game lose weight segala bagai, tapi...... semua aktiviti yang pihak tu buat, tak sesuai dengan stamina dia yang plussize. akhirnya quit sebab tak ada disiplin dan badan jadi letih semacam aje. mana nak study, mana nak pergi program, mana nak rehat dan etc. and she's back to her normal life with his own motto, hidup untuk makan. benda paling susah nak buat dalam hidup ni, nak disiplinkan diri. susah woi. aku admit, bila aku dah penat dengan urusan seharian, apa yang aku perlukan adalah makan dengan banyak. see? penat sangat pun tak boleh jugak ;)




tak payah nak risau sangat pasal size badan, yang penting kita happy. bila aku tengok dia happy, dia survive dengan cara dia, aku pun happy jugak. I am totally proud with her. tapi, apa yang aku nampak tu semua luaran. dalaman dia, perasaan dia, aku tak tahu. apa pun, aku tetap sokong dia walau macam mana pun dia pada masa ni, dan pada masa-masa akan datang. size badan tidak pernah menghalang seseorang daripada terus bergembira dan ketawa. eh come on! the world stand stood still wanna hear your voice and your laughter. live your life and inshaaAllah, the solutions will came out someday.... I love her sincere heart. 




bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdullilah alhamdullilah alhamdullilah!




No comments: